Haha..tajuk punya la gempak. Macam tajuk lagu Deep Purple
Lagu yang aku maksudkan lagu Search.."Gadis Misteri". Lagu yang dimuatkan dalam album "Fenomena", album studio Search yang ke empat selepas "Cinta Buatan
Aku suka part lagu ni masuk. Masa scene tu, Ramona Rahman berdiri dekat tepi pantai sambil pakai baju kurung. Memang ayu dia masa tu..hehe. Part muzik jangan cerita la. Memang part solo Hillary tu (Hillary main untuk 7 lagu dalam album ni walaupun dinamakan Kid sebagai pemain gitar untuk album ni) betul-betul berhantu. Lirik pulak betul-betul puitis & tak la menceritakan pasal jiwang-jiwang cintan tak ingat punya. Tak macam lirik-lirik lagu melayu dizaman kejatuhan muzik melayu (semua lagu cinta cerita nak mati pasal putus cinta..)
Hm..memang lagu ni plak boleh dikatakan agak nak kena dengan aku sekarang ni..cheh. Tengah mencari-cari ni
Musim saling berganti
Mekar layu di pinggir waktu
Lama aku mencari
Dalam angan dan mimpi
Keujudan jadi misteri
Berbagai bentuk dan rupa
Bermain di ruang mata
Siapa gerangan agaknya
Bukakanlah jendela asmara
Moga terang kamar cintaku
Moga langit menyeri warna
Mewarnakan taman hatiku
Berilah daku sayap impian
Bawalah daku di awangan
Bukakan jendela asmara
Untuk ku kenal resah dan rindu
p/s: Thanks to kdeternity for this wonderful clip..
