Prolog...

Sebiji botol kicap yang pecah berada di tangannya. Seorang lelaki pertengahan usia tergolek bermandikan darah. Melihatkan keadaan kepalanya yang hampir terbelah, harapan untuk masih bernafas tiada...

I

Keadaan di dalam Sungai Buloh seperti biasa pada waktu remang matahari ni. Di sebalik menara kawalan, berkumpulnya Pidomat dan kuncu-kuncunya yang digelar The Azlan's. Tidak lain aktiviti mereka melihat dan menggoda banduan-banduan jambu yang lalu-lalang di situ sambil bermain gelung getah. Di gelanggang bola keranjang pula berkumpulnya kuncu-kuncu Lan Naga bermain galah panjang sambil disaksikan oleh beliau. Asap berkepul-kepul keluar dari mulut dan hidungnya. Memang beginilah suasana di dalam Sungai Buloh setiap hari.

II

Tiba-tiba suasana tenang Sungai Buloh dikejutkan dengan bunyi siren yang panjang. Masing-masing mula berhenti dari melakukan sebarang aktiviti. Pandangan mereka tertacap pada pagar penjara. Ya, mereka cukup arif dengan bunyi siren itu. Pastinya ada penghuni baru yang bakal menjadi rakan mereka di situ.

III

"Siapa lauk baru kami hari ni Tok?" soal Naga kepada Rimau yang lebih mesra dipanggil Tok. Seorang warden penjara korup yang menjadi pembekal kepada Naga mendapatkan bekalan rokok dan gula-gula getah. Juga majalah Mangga sekiranya ada permintaan. Memang Naga di dalam penjara dikenali juga sebagai 7-11 bergerak. "Pipiyapong. Dia tu penulis baru nak naik. Kena 10 tahun pasal membunuh tanpa niat. Member suruh halau lipas yang melekat dekat kepala, dia boleh bantai dengan botol kicap. Alasan, takut lipas." "Yang lain-lain tu?" soal Lan Naga. "Tu semua bebudak Ismailist. Merusuh dekat penonton pasal kena boo masa Sure Pekat itu hari kat Kuala Lipis. Ketua dia yang kepala botak tu, Dean Sham. Dorang kena 2 tahun jaa" Balas Tok Rimau.

IV

"Amacam Ge, ada berani?" Soal Vovin, salah seorang dari kuncu-kuncu Naga yang bermain galah panjang tadi. Debu akibat terjatuh ketika mengejar pihak lawan masih melekat di muka nya. "Wa set jaa. Apa barang takut" balas Naga. "Berapa banyak nak letak ni?" Sambil melihat-lihat kepada Pipiyapong, Dean Sham dan bebudak Ismailist yang sedang berjalan menuju ke pejabat penjara, Vovin bersuara lagi "wa letak 2 kotak sampoerna untuk mamat kepala botak tu" merujuk kepada Dean Sham. "Wa letak dunhill 1 kotak untuk mamat belakang budak botak tu, yang rambut kerinting megi" sahut Azzam, geng galah panjang tadi. merujuk kepada Mael, salah seorang dari ahli Ismailist Sambil berkira-kira dan mengurut-ngurut cuping telinganya, Naga akhirnya membuat keputusan.."apa barang main sikit-sikit. wa letak gudang garam original sekarton untuk Pipiyapong". Vovin dan Azzam terperanjat. Nekad sungguh pertaruhan Naga kali ini. Memang selalu mereka bertaruh sekiranya ada banduan baru yang memasuki Penjara Sungai Buloh ini siapa yang akan menangis dulu tapi tak pernah pulak Naga seberani macam ni. Dah la gudang garam original tu susah nak dapat hatta di luar penjara sekalipun, sekarton pulak tu. Tapi Naga hanya tersenyum nipis sambil menyakini akan kata hatinya.

V

Malam menjelma. Setelah kiraan rutin selesai, mereka mula masuk ke dalam sel masing-masing. Kebetulan kali ni pipiyapong dan semua banduan baru tadi diletakkan sebaris di tingkat satu berhadapan dengan sel Naga dan kuncu-kuncunya di tingkat dua. Pidomat dan bebudak Azlan's pula di tingkat bawah. "Lampu padam!" jerit ketua warden, Jigo. Serentak dengan itu lampu semua dipadamkan. Memang menjadi amalan di sungai buloh selepas sahaja lampu dipadamkan, diharamkan walau bunyi bersin sekalipun kedengaran atau mereka akan berdepan dengan tindakan dari Jigo...

VI

Sekonyong-konyong itu juga kedengaran suara jeritan dan tangisan dari sel pipiyapong. Seluruh penjara gempar. Memang menempah maut budak ni. Kedengaran bisikan Dean Sham dari sel sebelah menyuruh Pipiyapong senyap tetapi tidak diendahkan. Malahan semakin kuat tangisan dan teriakkannya.

VII

Jigo meluru ke sel Pipiyapong diiringi oleh Tok Rimau dan Spyz, warden shift malam. "Aku kata diam!" jerkah Jigo. Namun tidak diendahkan oleh Pipiyapong. "Aku kira sampai tiga..satu..dua.." belum sempat kiraan dihabiskan Jigo mengarahkan Spyz dan Tok Rimau mengheret Pipiyapong keluar dan libasan cota serta hentakkan but saiz 11 bertalu-talu hinggap di tubuh Pipiyapong. Warga Sungai Buloh hanya diam memerhatikan kejadian tersebut...

VIII

Keesokkan harinya sambil menyumpah Tok Rimau menghadiahkan dua das penampar ke muka Naga atas permintaannya yang melampaui batas. "Mana aku nak cekau gudang garam ori sampai sekarton? Ko nak suruh aku berenang pergi Lombok?" maki Tok Rimau lagi. Akibat daripada pertaruhan itu juga Naga terpaksa menjadi balachi seumur hidup kepada Azzam dan Vovin atas kegagalannya membayar pertaruhan. Pipiyapong patah tulang selangka selain retak di tengkorak dan "slip disc" akibat dari penangan Jigo dan menurut Pidomat yang menjaga bilik sakit seminggu selepas hari kejadian, Pipiyapong tidak dapat diselamatkan lagi kerana pendarahan dalaman dan punca dia menjerit dan menangis pada malam kejadian adalah kerana seekor lipas telah merayap di atas badannya ketika sedang mengambil posisi untuk meletakkan kepala di atas katil...

Epilog..

Sehingga kini sel Pipiyapong terbiar tidak berpenghuni. Bunyi teriakan dan tangisan dari sel tersebut menghantui penghuni-penghuni Sungai Buloh...


sisi lain:

2060 (ori)
2060 (ciplak)
pasca apokalips
hujung nyawa
2059
back to the future 4