Khamis, 19 Ogos 2010

Killer Queen: A Tribute To Queen


Aku agak skeptikal dengan album tribute. Bukan apa. kebanyakkan album tribute untuk artis-artis tak kira genre rock, pop mahupun asli kebanyakkannya lebih kepada "cover" iaitu menyanyikan balik mengikut versi artis tersebut. Contoh klasik ialah Whole Lotta Zep: Malaysian Artis Tribute To Led Zeppelin.

Aku suka petik dialog Chris Cole dan Rob Malcolm dalam filem Rock Star..

Chris: We are NOT a cover band, we're a TRIBUTE band!

Rob: No dude, we are a cover band! Problem is, we've been covering the tunes, you think you're in goddamn Steel Dragon...I love you man but you're mental, you really are. You need to get grip on reality man, you dont know where Bobby Beers ends and you begin..

Dialog ini pada aku dah menerangkan apa itu "cover": dan apa itu "tribute". Pasal tu kalau kita usha suatu ketika dulu, kemelut antara Syafinaz dan Ahmad Nawab mengenai kekecewaan Ahmad Nawab terhadap Syafinaz kerana "merosakkan" lagu-lagu beliau yang dinyanyikan semula oleh Syafinaz dalam album Syyy:...Syafinaz yang ternyata sebuah album tribute untuk Ahmad Nawab.

Ok. Berbalik kepada album ini. Aku dapat daripada seorang amoi (beli ok?) melalui mudah.my. Pada mulanya aku tak harapkan apa-apa daripada alhbum ini. Niat aku beli hanyalah kerana aku minat giler kat Queen (dan sedang dalam proses untuk mendapatkan box set mereka). Tapi bila aku pasang je dalam kereta selepas selesai urusniaga dengan amoi tersebut aku terasa macam...wow!

Mungkin ini bukanlah album tribute terbaik yang dihasilkan (aku masih percaya Encomium tetap di atas..hehe) tapi aku rasa album ini berjaya mendefinasikan maksud tribute dengan betul. Korang boleh bayangkan suara garau + soprano Gavin DeGraw menyanyikan We Are The Champions atau suara mellow Jason Mraz menyanyikan Good Old Fashioned Lover Boy dengan gaya dan genre muzik mereka sendiri. Senang cerita kompilasi ini adalah kompilasi lagu-lagu Queen yang dinyanyikan secara pop.

Cumanya aku pun hairan kenapa Bohemian Rhapsody dinyanyikan oleh dua artis yang berlainan dalam album ni. Aku rasa banyak lagi lagu-lagu Queen yang dorang boleh cover macam Seven Seas Of Rhye, Mustapha dan banyak lagi la. Feveret aku dalam album ni ialah Bohemian Rhapsody oleh Constantine Maroulis dengan iringan pelakon-pelakon We Will Rock You dan Good Old Fashioned Lover Boy oleh Jason Mraz. Juga dalam album ni ada penampilan oleh Eleven, band yang mengiringi Chris Cornell ketika album solo beliau yang pertama dulu, Euphoria Morning.

Track List..

1. Gavin DeGraw - We Are The Champions
2. Shinedown - Tie Your Mother Down
3. Constantine Maroulis feat the cast of We Will Rock You - Bohemian Rhapsody
4. Eleven feat Josh Homme (Queen Of The Stone Age) - Stone Cold Crazy
5. Jason Mraz - Good Old Fashioned Lover Boy
6. Joss Stone - Under Pressure
7. Breaking Benjamin - Who Want To Live Forever
8. Be Your Own Pet - Bicycle Race
9. Josh Kelly - Crazy Little Thing Called Love
10. Los Lobos - Slepin' On A Side Walk
11. Sum 41 - Killer Queen
12. Rooney - Death On Two Leg
13. Jon Brion - Play The Game
14. The Flaming Lips - Bohemian Rhapsody
15. Ingram Hill - '39
16. Antigone Rising - Fat Bottomed Girl

7 ulasan:

Portdy berkata...

aku suka lagu dari Breaking Benjamin - Who Want To Live Forever,


lagu asal dah gerek tapi BB bikin style macam ni asyik ah...

dan sama cam ko zan , aku pun suka versi Constantine tu...

matakucing berkata...

yeahh..gua suka joss stone nyanyi dlm ni..agak psychedelic.. lain2 pon best..jason marz..Constantine Maroulis..gay tersendiri..gua tgh cari OST "I am Sam"

zan berkata...

portdy..
apsal taste lu sama ngan wa? kita juga berkongsi minat dengan aweks jepang kan? hahahha

mk..
apa yang gay tersendiri tu mk..hahaha. ala..ko tak try tanya supplier ko tu? kot2 dia ada..

pst: weh..ko tanyakan sekali euphoria morning aku..album wajib ada tu sementelah one of Eleven line up dah mati..

sinaganaga berkata...

Paul Rogers ada nyanyi lagu Queen - diiringi band Queen yang masih hidup. Ada albumnya ke, dude?

zan berkata...

Naga:
Tu Queen + Paul Rogers (Bad Company) tapi w/out John Deacon (bassist).. Setau aku dorang baru settle tour je kan? Belum release studio album lagi..

deaf-angel berkata...

queen + paul rodgers ada album, tapi tak boleh angkat sey lagu Queen suara orang lain haha.


Tu hari tak salah aku We Will Rock You nye cast ke apa nye cast la.. ni Queen nye tributes..buat those teater shows kat Esplanade, mahal ah tiket..
kirim salam je la...

zan berkata...

Deaf..Ada album ek? hmm..camne la gaya tu..

Lu try rujuk track no. 3 dalam album ni.. Cast we will rock you tu amik part koir..

BARBARIK PENTAS KERAS – PENUTUP MELAZATKAN UNTUK TAHUN 2022

Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...