Khamis, 15 Julai 2010

Balada Pemuzik Tempatan...Bahagian Kedua

"Suasana di Malaysia emangnya berlainan dari di Jakarta. Di sana kami pentingkan sistem bunyi dahulu. Pentas dan lain-lain jatuh nombor dua yang penting soundnya wajib ngetop" Pipin Iskandar.

Dialog di atas adalah petikan perbualan (melalui private messsage @ fb) antara aku dan salah seorang tenaga kerja yang diimport dari seberang usai konsert Double Trouble di Bukit Kiara. Beliau ialah orang yang menjaga sistem lampuan ketika konsert tersebut dan juga sistem lampuan ketika konsert "Di Awan Biru" tahun lepas. Untuk makluman, jurutera bunyi juga didatangkan khas dari seberang dan merupakan rakan sepasukan beliau di sana (Indonesia).

Kenapa aku membangkitkan dialog ni? Seperti yang kita semua maklum taraf persembahan langsung di negara ini terutamanya yang melibatkan artis tempatan sememangnya mendukacitakan. Persembahan langsung yang dimaksudkan bukanlah semata-mata melibatkan artis itu sendiri (tapi memang ada artis yang hancur juga persembahannya) tetapi produksi untuk persembahan tersebut. Kerapkali faktor kewangan dijadikan alasan mengapa sesuatu persembahan tersebut gagal mencapai taraf yang memuaskan.

Aku pernah bertekak dengan seorang anonymous dalam sebuah blog pasal kualiti sound konsert di Malaysia. Si anon secara terus menempelak mengatakan peralatan yang ada di Malaysia tak cukup bagus (out to date) berdasarkan pengalaman beliau lepak2 dengan soound engineer Korn ketika konsert mereka satu ketika dahulu.

Aku kurang setuju dengan pandangan anon tersebut. AKu rasa peralatan yang kita ada sudah lebih dari cukup untuk penganjuran sesebuah konsert berskala besar. Yang menjadi masalah pada aku adalah sikap orang yang terlibat secara langsung dalam perjalanan sesebuah konsert. Aku ada di Cyberjaya ketika Toto datang untuk jelajah "Falling In Between" pada 2007. Ketika borak-borak dengan salah seorang krew konsert, aku diberitahu yang sistem bunyi yang digunakan bernilai kira-kira RM 20,000.00. Dan sound Toto malam tu tersangatlah superb! Jadi apa yang menghalang konsert-konsert artis tempatan untuk mencapai taraf macam Toto?

Realitinya produksi di Malaysia pada aku masih belum mencapai tahap seperti di luar negara. Antara sebabnya ialah kita tiada produksi yang terlibat secara sepenuh masa untuk konsert berbanding luar negara. Mungkin faktor kekerapan konsert boleh diambil kira tetapi sepatutnya kita sudahpun ada perancangan untuk mengatasinya. Faktor "nak untung lebih" pun aku lihat terlibat secara tak langsung dalam permasalahan ini. Seperti yang semua tahu (kepada sesiapa yang pergi la) ketika konsert Double Trouble @ Bukit Kiara tempoh hari, sound yang terhasil seperti ada kasta. Ada tempat yang sedap dan ada tempat yang jahanam terutama di hujung-hujung indoor arena. Sebabnya? Tiada delay speaker untuk menampung bunyi yang keluar dari speaker utama. Akibatnya bunyi bergaung yang didengari kepada yang duduk di hujung arena.

Lagi satu yang aku rasa tak patut ialah pentas yang berlebih-lebihan. Kalau kita rajin tengok konsert-konsert rock luar negara, reka corak pentas adakalanya simple je. Setakat ada platform untuk gitaris dan penyanyi berlari tanpa mengunakan lampuan atau bunga api yang menyemak mata. Tapi di sini yang dijadikan keutamaan adalah pentas. Dengan set yang terlampau canggih sampai mengenepikan bajet untuk sistem bunyi. Akhirnya hasil yang dapat adalah gambar artis yang cantik di atas pentas tapi sound system hancur!

Pada aku pentas yang gah dengan efek-efek yang canggih berguna kalau konsert tu konsert artis yang berkonsep. Macam Pink Floyd atau Radiohead. Penonton yang datang memang nak tengok magis mereka ketika membuat persembahan. Tapi kalau setakat rock n roll band punya konsert, memadai sebenarnya pentas yang simple tapi sistem bunyi yang canggih yang sepatutnya diberi keutamaan. Yang lebih mengharukan artis yang akan dipersalahkan kalau sound system hancus padahal dorang pun dapat bayaran lumpsum daripada pihak penganjur. Apa cerita?

Rasanya panjang lagi kalau aku nak cerita mengenai produksi konsert di sini. Memadai kalau aku buat kesimpulan bahawa selagi tiada keikhlasan hati untuk menganjurkan sesuatu konsert dan sikap untung lebih masih wujud, maka tahap konsert di Malaysia akan tetap pada takuk tersebut dan yang paling sedih, artis jugalah yang akan dapat nama busuk seolah mereka yang menganjurkan konsert tersebut.

12 ulasan:

Dr. Bentara berkata...

nice read... waiting for part 3

[ a D D y ] berkata...

suka juga..

berteromber berkata...

Artikel menarik...Keep it up zan...

zan berkata...

Ah..part 3 ek? hahaha

deaf-angel berkata...

go zan go
go zan go

maybe 31/7 or 1/8 aku jumpa ko k kalo ko senang.

zan berkata...

Deaf..
1/8 aku ada kelas beb. Kalau malam 31/7 ok..

municipal_waste berkata...

yup..part 3 please..;)

portdy berkata...

zan ujung tahun lu buat lah rating peribadi konsert2 yg lu dah pergi sepanjang tahun ...ahaks

ayobkelubi berkata...

you are so true brader.

konsert Pearl Jam. pentas yang digunakan adalah default dlm Cardiff International Arena. Buka tirai jek. terus ada Eddie Vedder tapi bunyi mmg brilliant. Kawan aku yang di humban keluar dari tempat konsert tu kerana terlebih body surf masih boleh enjoy lagu2 PJ dari luar.

kalau tgk NIRVANA : UNPLUGGED IN NEW YORK. bunga2 sikit atas pentas. dah. tapi bila kita dgr sound dia. mmg bunyi drum dave grohl sebijik2 dgr.

kenapa malaysia tak boleh buat macam ni ek?

zan berkata...

ayob..

sebab sebenar aku pun tak tahu tapi aku rasa selagi ada orang yang makan dua hala (gaji dapat, komisyen pun mau) macam tu la sound konsert2 kita ni..

matakucing berkata...

setuju ngan ko..aku ada ulas benda ni dulu kat mag. GuitaR & bass..vol 6. part 3 & on & on

m6hidrogen berkata...

yg penting bunyinya ngetup.

air nano HidrogeN

BARBARIK PENTAS KERAS – PENUTUP MELAZATKAN UNTUK TAHUN 2022

Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...