Isnin, 14 Jun 2010

Syair Melayu gaya Art Fazil...Satu Ulasan


Setelah melalui kepenatan konsert DT (Darul Takzim?) di stadium Larkin dan tugas-tugas duniawi akhirnya baru datang mood nak update blog balik. Nampaknya penulisan entry lepas mendapat pandangan yang kurang menarik ye? hahaha. Baru berjinak-jinak nak tulis macam awek-awek. Nampaknya terpaksa menjadi abang besar semula..hahaha

Nak tulis pasal konsert DT itu hari rasanya Deaf dan Berteromber dah ulas dalam blog dorang. Lagipun dorang punya ulasan aku rasa lebih tepat pasal dorang tumpu 100% tengok konsert dan duduk berhampiran dengan pentas sedangkan aku banyak mundar-mandir di belakang (booth sayap-sayap wings) sambil bersosial dengan member-member yang jaga booth..hehehe. Cuma aku pelik masih ada lagi manusia yang susah nak guna otak kalau nak buat keputusan. Apa kejadahnya tak boleh gunakan "Double Trouble" sampai terpaksa diganti dengan "DT"? Apa yang ada dalam kepala otak mereka yang memegang kuasa ni? hmm..

Aku terpanggil nak review satu album yang aku baru beli 2 minggu lepas (balik dari konsert DT) setelah terbaca review dalam satu paper melayu ni. Dan aku rasa pembelian cd ni antara pembelian yang berbaloi-baloi pada aku.

Bila kali terakhir korang rasa seronok dan tersenyum sendiri lepas dengar sesebuah cd / kaset untuk kali pertama? Aku tak malu nak mengaku yang aku memang tersenyum sendiri sambil menerawang kembali zaman-zaman kecik dulu. CD yang aku maksudkan ialah Art Fazil - Syair Melayu.


CD ni adalah rilisan terbaru dari Art Fazil. Pada yang kurang kenal beliau ialah seorang penyanyi lagu-lagu "folk" dari Singapura yang sekarang menjadikan London sebagai rumah kedua. Beliau juga adalah bekas anggota kumpulan "Rausyanfikir" yang juga memperjuangkan irama "folk" satu ketika dulu yang top dengan lagu "fikir-fikir" dan "satu suara".


Album beliau ni walaupun bertajuk syair melayu tetapi tidaklah sepenuhnya menggambarkan syair dalam rupa bentuk sebenar. Album ini mengandungi lagu-lagu rakyat yang dinyanyikan semula dan diberi nafas tersendiri oleh Art Fazil. Dari lagu Bangau Oh Bangau sampailah ke Rasa Sayang album ni memang menjentik nostalgia yang tersendiri kepada aku. Satu pertanyaan: Bila kali terakhir korang boleh tengok / dengar kanak-kanak main kejar-kejar atau main enjit semut? Kali terakhir aku rasanya masa aku sekolah rendah kot. Budak-budak sekarang? Aku rasa dorang lagi kenal lagu Mawi dan boleh sing-a-long sekali dari lagu Air Pasang pagi.

Objektif pengeluaran album ni seperti kata Art fazil dalam temubual dengan wartawan adalah untuk memastikan lagu-lagu rakyat ini tidak berkubur disamping membolehkan kanak-kanak zaman sekarang menyanyikan lagu yang sesuai utuk mereka. Tak la nanti kita tengok budak-budak ni asyik nak nyanyi lagu-lagu Misha Omar atau Dia Fadilla padahal baru masuk darjah 2. Memang 100% aku bersetuju dengan beliau.

Susunan lagu dalam album ni banyak menggunakan peralatan muzik tradisional seperti Bedok, Gendang Sunda, Djembe, Rebana, Kompang, Marakas dan sebagainya (kalau tak kenal sila google sendiri ya?). Tak silap aku satu ketika dulu penyanyi Malaysia Zainal Abidin (ex-headwind) pernah juga merakamkan lagu kanak-kanak ni. Tapi aku tak tertangkap dengan irama yang beliau cuba bawakkan kerana muzik semua dimodernkan. Dah tak rasa aura tradisional lagi. Tapi Art Fazil pada aku berjaya mengembalikan mood tradisional kedalam lagu ni dengan cara yang tersendiri. Dah la suara dia pun macam "kena" dengan semua lagu..

Komen kawan aku, Zul Gambus (ahli Dewangga Sakti) Art Fazil berjaya membawa mood tradisional kedalam lagu-lagu beliau ialah kerana beliau pernah merasai kehilangan budaya melayu itu sendiri (masih ingat tragedi Istana Kampung Gelam?) dan beliau terpaksa berjuang untuk memartabatkan budaya melayu beliau dan berjaya! Tersentak juga la aku dengan komen kawan aku ni dan terpikir takkan la artis Malaysia terpaksa mengalami seperti apa yang Art Fazil rasa baru mereka semua terhegeh-hegeh nak angkat balik budaya dan irama tradisional? Memang kita ada Pak Ngah dan barisan anak didik beliau seperti Siti Nurhaliza dan err...siapa lagi ek? tapi aku tak rasa ianya mencukupi. Masih banyak irama melayu yang belum digali dan ditonjolkan lagi. Mungkin ada antara kita yang tak tau apa beza nazam dan berendoi. Apa beza inang dan zapin dan apa pula irama masri dan ghazal. Shah Rukh Khan berlakon kat Melaka dapat Dato' tapi allahyarham Fadzil Ahmad yang memperjuangkan irama ghazal sampai beliau meninggal dunia dapat a.m.n je?


Aku cadangkan korang carik album ni dan dengar sendiri. Mungkin korang akan dapat rasa perasaan apa yang aku rasa (tapi kalau tak dapat aku tak boleh nak kata apa). Dengan packaging yang pada aku menarik (inlay yang dibuat booklet dan dilekat pada casing) serta kata pengantar dari seorang Profesor Budaya Universiti Nanyang, Singapura sudah cukup membuktikan betapa istimewanya album ini. Cuma muka depan yang pada aku macam kulit vcd karaoke artis melayu je yang agak sikit spoil la. Apa-apa pun, korang cuba beli dan try dengar lagu-lagu dalam ni sambil korang bernostalgia zaman korang main enjit-enjit semut bawah pokok rambutan atuk nenek korang dengan sepupu-sepupu dulu.

Track list:

1. Kampung Pasir Berdengung (intro)

2. Bangau Oh Bangau

3. Air Pasang Pagi

4. Ikan Kekek

5. Lagu Tiga Kupang

6.Syair Hang Nadim (lagu baru)

7. Nenek Si Bongkok Tiga

8. Geylang Si Paku Geylang

9. Lompat Si Katak Lompat

10. Injit Injit Semut

11. Rasa Sayang


16 ulasan:

Dewangga Sakti berkata...

Salam Zan,
Art Fazil bagi aku seorang genius dgn muzik dan pembawaan senikata yg mendalam di dlm semua album yg dia buat-Rausyanfikir dan album solo dia sebelum ini (Nur).
Banyak yg berjaya dgn muzik tetapi kosong dgn isi. Salah satu sebab dia buat kerana mengenangkan arwah neneknya yg mendodoikan beliau dgn lagu2 rakyat sebegitu.
Haha bukanlah bermakna kita kena hilang dahulu baru boleh merasanya. Itu juga boleh jadi satu faktor.
Seperkara lagi berkait rapat dgn kembara Art ke London yg sedikit sebanyak mendorong penerbitan album sebegini. Kalau kau tgk Souad Massi (Algeria,skrg menetap di Perancis) pun mcm tu juga.

Dewangga Sakti berkata...

Di Singapura walaupun begitu,seni budaya Melayu masih rancak dan aktif. di antaranya Sri Mahligai (ada dua album tradisional -bkn cover tapi original songs) dan banyak kumpulan-kumpulan muzik dan tarian yg lain.
Kita jangan terkejut jika muzik mereka lebih segar dan ada gaya sendiri.
Aku rasa subjek kehilangan tu(boleh dibaca drp pelbagai perspektif) membuatkan mereka lebih gigih berjuang utk masyarakat mereka.

zan berkata...

Macam tau-tau lak aku ada mention nama Dewangga Sakti kan? hahaha.

Yup. Aku bersetuju dengan ko. Malahan aku terasan "kecil" (literally) bila aku dapat setlist korang itu hari. Banyak rupanya irama muzik sendiri yang aku tak tau..hmm

Er..Nur ada jual lagi ke? Merindu Kepastian tu memang feveret song. Burnkan dulu cd tu boleh Zoy? Sementara nak jumpa cd ori..hehehe

berteromber berkata...

aku memang minat Art Fazil sejak zaman Rausyanfikir lagi...nanti senang aku review kaset Rausyanfikir dan album solo omputeh 1st Art Fazil yang ada lagu "Sometimes When I Feel Blue"...

cadang nak cari jugak la cd ni nanti...thanks for review.

zan berkata...

Alamak! baru perasan aku salah eja "Rausyanfikir". Sudah diperbetul..hehehe

deaf-angel berkata...

tragedi kampong gelam?

kampong glam singapore ke?

zan berkata...

Deaf..
yup. harap aku tak salah..

Portdy berkata...

album rausyanfikir sama Lovehunters, susah gile nak carik sekarang ni huhuhu

Kristus berkata...

La ko ni memang otak celaru. Nak falsafah tulisan mcm sampah hehe.

Jesus di sebut jii-sus oleh Inggeris.

Mubalikh Katolik Kristian yg dtg ke Sabah dan Sarawak utuk menyebarkan dongeng Kristus kepada tribal kuno, kebanyakan dari Jerman dan lain2 bangsa eropah. J di sebut sebagi Y.

Jadi Jesus disebut Yeesus.

Katolik Kristian tidak boleh dipandang mudah. K Kristian pemikiran yg jahat yg mengagung agunkgn Vatican.

Sesiapa yg nak masuk syurga mesti melalui Vatican! Muahaha. Ye kita boleh ketwa tapi di sebabkan Katolik Kristian ini, orang Eropah membunuh Avatar di US (Red Indian), membunuh orang India di India, dan membunuh orang Melayu di Melaka dan merampas Tanah Melayu untuk Queen Portugal.

Kemudian Queen Elizabeth. Di Indonesia orang Kristian merampas tanah Jawa/Melayu untuk Queen Beatrice Belanda.

Ya.. Katolik Kristian itu percayaan yg jahat utk kepentingan paderi mereka yg sodomi budak altar.

Jadi jangan nak ketawa. Mereka ini berbisa dan bukan main2. Kalau orang Sabah Sarawak jadi fanatik Katolik Kristian mereka akan lawan orang Melayu Islam dan akan jadi seperti Filipina hari ini.

zan berkata...

Ada sesiapa kenal pengomen di atas? Sesat bangat ni..

matakucing berkata...

beli 1 aje?

zan berkata...

Kedai banyak MK..

matakucing berkata...

butterfingers transcendance reissu ko dah bli lom

zan berkata...

Ada keluar reissue ke? Sapa keluar? EMI? Tengah busy dengan box-set Queen ni..insyaallah..hahaha

Syamsulfaiz berkata...

zan aku sempat beli album ni atas recommendation Zoy. Ingat nak bawak balik Dubai tapi di tahan oleh anak aku kerana, dia suka layan lagu no. 2 Bangau Oh Bangau..hahah. Sampai juga matlamat Art Fazil. Sekarang anak aku dah tahu kenapa Bangau kurus...

zan berkata...

ALong..

Hahaha..memang beb. Aku pun layan je lagu Hang Nadim tu. Zoy memang kuat mempengaruhi orang ni.. Aku tengah tunggu 2 cd kumpulan Sri Mahligai dari Singapura. Kawan aku dah belikan..

Pergh..layan folks la pulak lepas ni..hahaha

BARBARIK PENTAS KERAS – PENUTUP MELAZATKAN UNTUK TAHUN 2022

Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...