Entri aku untuk kali ini terinspirasi daripada gambar-gambar yang aku lihat di dalam fb salah sorang contact aku semalam. Tapi sayangnya pasal aku taip entri ni di opis yang mem"block" hampir kesemua nikmat duniawi berinternet, maka tak dapat aku nak letak link fb tersebut.
"People who forget their history are people with no future"
Quote keramat dari bekas pengurus Liverpool, Rafa Benitez (cerita lain). Quote yang sama jugak yang diucapkan oleh ramai orang-orang terkenal tika aku google di internet (sila google sendiri ya).
Apa nostalgia aku bersama Penjara Pudu? Aku tiada sesiapa dari kalangan ahli keluarga atau kalangan yang aku kenal yang pernah menghuni tempat tersebut. Tapi aku ada nostalgia ketika kecil dimana tiap kali arwah ayahku membawa kami sekeluarga bertandang ke rumah Pak Lang aku yang terletak di kuarters Balai Polis Cheras KL, masa hendak pulang ke rumah mesti kami sekeluarga akan tersangkut di trafic light Jalan Hang Tuah. Dan memang kebiasaan aku akan berkhayal sambil memandang tembok penjara tersebut yang dipenuhi lukisan permandangan (pada masa tu aku terlalu kecil untuk tahu makna "mural" atau "lukisan terpanjang di dunia)
Lagi sekali aku tekankan, aku tiada siapa yang pernah menghuni Penjara Pudu atau pernah kenal dengan sesiapa yang menghuni penjara tersebut (baik atas kuota penjenayah mahupun pekerja) tapi bilamana pengumuman dari kerajaan untuk meruntuhkan penjara tersebut atas alasan pembangunan, hati aku terusik. Tak tahu macamana nak terangkan perasaan tersebut tapi aku memang tak boleh terima alasan "pembangunan" untuk menghalalkan kemusnahan. Lagi pula benda yang mahu dimusnahkan itu telah berusia ratusan tahun.
Memang ada kenyataan dari Timbalan Menteri yang menyatakan bahawa Penjara Pudu kurang nilai sejarah dan kerajaan takkan mewartakan kawasan tersebut sebagai tapak warisan tapi ingin aku sebagai rakyat Malaysia bertanya apa yang YB tahu pasal sejarah? Apa kriteria yang diperlukan untuk menjadikan sesebuah kawasan itu sebagai tapak warisan? Adakah hanya rumah kelahiran Perdana Menteri sahaja yang boleh dipulihara? Macamana aku nak tunjuk dekat bakal anak aku nanti letaknya penjara yang pernah memenjarakan penjenayah paling tersohor negara, Botak Chin?
Kalaulah ada kumpulan muzik di luar sana yang mendapat inspirasi dari kejadian ini sepertimana Roger Waters & Pink Floyd dengan The Wall. BrainJelly mungkin?

9 ulasan:
macam aku pulak, lain pendapatnya.... nak runtuhkan pun, runtuhkan ajalah.... Daripada terus jadi liabiliti untuk maintenance.
Alcatraz tak pernah jadi liabiliti kepada USA malahan menjadi sumber tarikan pelancong. Secara automatik menjana pendapatan pula kepada negara Uncle Sam.
Boleh saja search "heritage prison" di wikipedia untuk lihat penjara2 lama ni..
Sape simpan batu batu serpihan dinding tu nanti buleh jual kat mudah.my.
Memang rare!
masa aku masuk curi2 dulu, aku jumpa mat saleh kat dalam tu sorang2..betul2 menghargai mamat tu
http://semaksesatsarat.blogspot.com/2010/06/penjara-pudu-dalam-kenangan.html
Nostalgia aku pun lebih kurang mcm kau juga. Terhimpit dlm bas di traffic light Jalan Hang Tuah selepas pulang dari menuntut ilmu.
Pernah juga tertanya-tanya, aku ke yang terpenjara di luar, sedangkan mereka merdeka di dalam?
Salam Zan,
Sebagai kakitangan gomen, mesti ko tau kan macam mana birokrasinya walupun antara dept-dept dalam Jabatan ko sendiri.
Agak2, kalau nak buat sebagai tarikan... Sapa nak jaga? Fort Cornwallis kat Penang pun tak untung-untung.
Hang pernah masuk Fort Cornwallis tak?
Sebab tu pada pendapat aku, seperti yang aku kata kat atas. imho.
betul tu Mus. Tapi takkan pasal fort cornwallis ko nak hukum semua benda sama?
Yeah..birokrasi memang ada dimana-mana tapi sampai bila kita nak tunduk pada peninggalan orang2 lama yang birokrasi ni bagus? kita sendiri boleh ubah dan kalau semua amik inisiatif nak berubah, selamba je kita boleh saing Jepun, Korea ataupun eropah dalam semua bidang..
Ni baru hilang kuasa pemerintahan kat 4 buah negeri dah kalut pasal melayu nak pupus.. 51 tahun dah perintah dok buat apa?
zan,
rilek bro, gua tak kaitkan isu politik pun.
Fort Cornwallis gua cuma petik sebagai contoh, sebab dekat dengan gua.
Betul jugak kata lu, gua pun kalau ikut2 keturunan gua, Cina jugak. Jadi gua pun bukan peduli pun gua Melayu ke tak, janji gua Muslim.
peace.
BrainJelly? haha insyallah.. opss aku bercakap bagi pihak band hehe.. memang gua terkejut giler bila dgr berita ni tuari.
Catat Ulasan