Sambil-sambil aku menyelongkar ke dalam Facebook kawan-kawan aku (mengular diwaktu kerja..haha) aku ternampak satu status kawan aku "iklan ulangan: mencari calon suami untuk adik saudara. Ciri-ciri..Islamik, berkerjaya tetap, TIDAK MEROKOK, dan mempunyai ciri-ciri lelaki soleh"..lebih kurang ayat tersebut berbunyi.
Ni bukan gambar calon ye..
Serius aku takde masalah dengan ayat tersebut. Cuma apabila komen-komen aku dibalas (aku bertanyakan samada adakah petunjuk atau indikator untuk menentukan bahawa seorang lelaki itu ada ciri-ciri lelaki soleh) dan jawapan yang aku terima."Soleh..guna reasonable man test..yg jaga segala ibadahnya dan boleh bimbing isteri..bukan isteri bimbing dia! Dan dia tak nak yang masuk panggung wayang...lebih-lebih lagi kelab malam!"
Hm..mungkin itu pilihan atau kehendak tuan punya badan tapi..adakah lelaki soleh tak pernah masuk kelab malam & panggung wayang? Maknanya lelaki yang masuk dua tempat ni x berapa nak soleh ke? Menarik jugak label yang diberikan..
Terus aku teringatkan artikel yang aku baca dari blog ini. Tentang perkahwinan campur. Mungkin takde kena mengena tapi ntah la..rasa cam related lak pada aku..
(Gambar diambil dari Google)
12 ulasan:
Tak adil...
ada jugak lelaki yang tak pernah masuk PANGGUNG dan KELAB tapi perangai mengalahkan bapak setan....
hmmm...
tentang member lu tu, mungkin itu pendapat dia tentang ciri2 lelaki soleh...
Sigh...apa nak dikata? masing masing punya view? biarlah dia...
in our side pulak (rockers2 macam kita ni) , lets improve our quality as a muslims....untuk keredhaan Allah, bukan untuk manusia...
artikel kawin campur tu gua dah baca tadi...
Ada yang betulnya, kadang2 sedih tengok bangsa seagama kita sendiri yang hipokrit macam tu...
no wonder non-muslim pun sangsi dengan kita, because kita sendiri pun banyak kelemahan dalam mempraktikkan cara hidup islam yang SEBENAR.
Sebenar, bukan ertikata dengan pakaian luaran sahaja, maksudnya ialah the way of living & thinking, akhlak, adab, with non muslim people...dalaman tu beb...
mengingatkan gua pada filem "KIngdom of Heaven" pulak , respect stail Salahuddin Al Ayubi dengan King Baldwin tu , heh!
just my little opinion.
speed..
Betul tu. Biasalah manusia..mana ada sempurna?
Portdy..
Aku pernah dengar seorang pendakwah bebas ni cakap (sori aku lupa nama) kalau nak dikatakan orang bukan islam di negara ni masuk islam pasal orang melayu islam, memang takde sapa yang teringin nak masuk islam.
AKu juga punya pendapat yang method dakwah cara lama patut digantikan dengan cara lebih modern. Seperti mubaligh kristian. Perbandingan jurujual yang bersih dan bergaya dengan jurujual yang selekeh & comot, kita tentu cenderung kepada jurujual yang bergaya bukan?
Alamak..agak terpesong pulak reply..hahaha
great post zan.
takde orang dalam dunia ni sempurna.
Kadang2 kita fikir kita lagi bagus dari orang lain, ni kalau tak jaga, boleh sebabkan kita jadi sombong.
dan aku pernah dengar khutbah, imam cakap orang sombong tak boleh masuk syurga.
lagi baik kita doakan untuk keluarga dan kawan2 kita semua sentiasa selamat dunia akhirat.
gua setuju ngan deaf,nobody perfect,
gua paham perasaan lu Zan, in fact gua pun penah jumpa dengan orang2 yang macam ni....
tu baru kes masuk kelab, tengok wayang,
kalau gi konsert rock? hehehehe...
kita manusia memang selalu melakukan kesilapan, sebab itu kita perlu mohon keampunan Allah, bertaubat setiap hari,menandakan kita sedar akan dosa kita...
macam gua bilang tadi, improve ourself...
namun mereka2 yang riak dan sombong ni sedar tak mereka juga sedang melakukan dosa?
gua suka hayati lirik lagu "M Nasir - Di Jalan Sesat". banyak maksud tersirat.
"Aku Rockers Muslim "- kata M Nasir dalam Kembara seniman Jalanan.
sori zan , terover pulak...huhuhu
Deaf..
Mungkin itu takrifan dia tentang soleh. Biarlah..
Portdy..
Biasa la. Metallica dah cakap dulu "hollier than thou". Soundgarden pun ada pesan "Jesus Christ Pose"..
bukan cakap jadi geng jahat tu best, tapi ingat tak cerita yang pelacur tu, buat maksiat je tapi dia kasi anjing haus minum air?
dan jugak orang alim tu, sekali tu dia kena duga bunuh orang ke, zina ke atau togok? dan kita tahu apa jadi kat akhir cerita.
jadi kita tak boleh ingat kita rasa kita dan keluarga kita alim, semua dah ok, pasal kalau Allah nak uji kita, dia terbalikkan hidup kita. Danger ah. So kena hati2
memang betul deaf..
kita lahir Islam, hidup Islam tapi mati belum tentu Islam..
Aku sekarang tengah berusaha nak habiskan bovel Imam karya Abdullah Husein. nanti bila habis nanti aku ulas. Banyak yang aku baca dalam novel tu yang boleh kita amik ikhtibar..
ermmm bila lagik?? entry cam dah beri hint jer..hahaha
Pergh..
MK..lu jangan nak macam-macam lak ye..
Aper hint-hint..huhuhu. Tutup mulut sudah..hahaha
zan,
Novel Imam ?
yang pasal imam muda yang nak buat perubahan kat surau kg dia tu eh?
kalau yang tu memang best Zan,
masa wa bujang dulu, gua penah pinjam library, baca novel tebal tu satu malam beb tak tidur, one shot!
Portdy..
Yup..tu la novel dia..
Zaman2 wa study + tanam anggur dulu boleh la baca 1 novel tebal sekali harung (lagenda Budak Setan tu..)
Sekarang stamina dah kurang..hahaha
Kena baca runcit-runcit..
Amik masa dekat sebulan gak baru khatam beb..
Catat Ulasan