Isnin, 8 Jun 2009

Maskara datang lagi..


Setelah puas dengan dentuman pedal drum yang menggila dan bunyi-bunyian gitar yang membingitkan (Konsert Lefthanded & Kawan-Kawan, Search berbaloi-baloi & Wings showcase @Bale@13), pada sabtu lepas (6/9/09) aku telah menghadiri satu acara hiburan santai yang hampir tidak menggunakan eletrik yang telah diadakan di Rumah Pena.



MASKARA showcase: Dewangga Sakti Terbang ke Dada Langit Sambil Meronggeng Pak Abdul adalah nama pertunjukan "separa akustik" yang ditunjangi oleh group "hip" tradisional Dewangga Sakti. Persembahan ini dibawakan khas oleh Sindiket Soljah yang dianggotai oleh blogger-blogger terkenal seantero Malaya yang cuba untuk menyuntik elemen "pop" kedalam seni.

Memandangkan ini adalah MASKARA kedua aku, maka aku berjaya men"jebak"kan sorang lagi mat kental rock untuk menemankan aku ke sini. Kitorang sampai dalam jam 7.45pm dimana ketika itu sesi "soundcheck" masih lagi berlangsung. Dah macam konsert rock kitorang buat. Mesti mau layan soundcheck dulu..haha. Oh ya,untuk yang tak pernah mendengar MASKARA selain dari alat solek perempuan tu, MASKARA bermaksud "Malam Baca Naskhah Sindiket Soljah & Kawan-kawan yang Kita Suka". Jangan tanya aku macamana "R" tu boleh muncul. Ianya kekal jadi misteri sampai ke hari ini.



(Terpengaruh dengan konsert rock, mesti mau carik setlist & mintak autograf..haha)

Sesampainya kami di Rumah Pena, Pipi dan Vovin kelihatan berlegar-legar di sekeliling kawasan Rumah Pena sambil meletak tin yang dilabel "Ini tempat membuang puntung rokok". Setelah bersalam lebih kurang dan berborak sambil menyental bihun goreng, kami pun masuk kedalam untuk mencari "spot" paling ngam nak layan "konsert" nanti..hehe.



(Sama seperti di atas)


Show bermula tepat jam 8.45pm dimulai dengan "mantera" pembuka gelanggang oleh Attokz Dikulgai yang membaca mantera dalam bahasa jawa aku rasa (pasal aku bukan Jawa). Setelah mantera pembuka gelanggang dibaca, maca tampillah 6 jejaka Dewangga Sakti mengambil tempat dengan lagu pembukaan "Mabuk Kepayang" dari album mini mereka yang juga bertajuk "Mabuk Kepayang". Kemudian diikuti dengan lagu yang dialihbahasa dari bahasa Minang yang bertajuk "Kaparingo".


Persembahan Dewangga Sakti dibahagi kepada 2 set dimana ada "Intermission" iaitu sesi makan-makan dan membeli buku-buku. Dari apa yang aku dengar sohseh-sohseh "chikadungSLR" (chick pakai tudung bawak kamera DSLR) yang MASKARA kali ini tidak sehebat MASKARA yang sebelum-sebelum ini dari segi sambutan penonton. Mungkin penganjuran yang jatuh ketika waktu cuti sekolah yang banyak menjejaskan sambutan penonton ke acara MASKARA ini.



Secara keseluruhan Dewangga Sakti telah menyampaikan sebanyak 14 buah lagu dan satu lagu tambahan yang di"sumbangkan oleh jeneral Soljah, Naga. Yang membuat aku bertambah kagum, berbanding MASKARA Filem pendek yang aku hadiri dulu, kali ni pihak penganjur berjaya menambah menu jamuan untuk pengunjung yang hadir TANPA mengenakan apa-apa bayaran kepada pengunjung. Ketika ditanya kepada seorang Soljah dimana dana untuk jamuan didapati, beliau menjawab dari jualan buku dan t-shirt mereka. Memang betul-betul DIY!


Diharapkan acara MASKARA ini dapat diteruskan hingga bilangan ke 1000 sebagai alternatif hiburan kepada generasi baru kita (cheh!). Sindiket Soljah boleh dikunjungi di pautan ini dan blog Dewangga Sakti di pautan ini. Akhir kata, berilah sokongan kepada produk Sindiket Soljah demi untuk menjamin menu chicken chop pada MASKARA yang akan datang..hahaha


Setlist 6/6/09


1st Set

1. Mabuk Kepayang
2. Kaparingo
3. 4 Dara
4. Selembar Kasih
5. Lemak Manis
6. Zapin Budi
7. Tertinggal Kapal Angkasa

Intermission

8. Belayar Ke Pulau Jauh (Untuk mencipta Rekod Dunia)

9. Aladom

10. Tudung Periuk

11. Wajah Kesayangan Hamba

12. Sukiyaki

13. Sway

*Lagu bonus Blues Naik Kereta oleh Naga

14. Joget Johor











13 ulasan:

speedrider berkata...

CHIKADUNG!!!!??? - pakai tudung
CHIKATAKDUNG??

harharharar
boleh aku pakai ayat ni sekarang!!! hahahahahahha

zan berkata...

Pakai je. Bukan aku pun pelopor perkataan tu..hahaha

Dewangga Sakti berkata...

Terima kasih. :)
Set list tu rare nanti. ha ha

zan berkata...

Dewangga Sakti..

Thanks. Dan juga thanks again pasal sudi sign kat setlist tu. Kecoh betul wa..hahaha

Syamsulfaiz berkata...

zan, terima kasih atas sokongan kpd Dewangga Sakti. Jeles btul aku tak dapat join. Kitorang punya pemain akordian tu pun mat rock tegar jugak. Nama pun Mat Rock.

AttOkz Dikulgai berkata...

Yups, mantra tu memang dalam bahasa jawa pun.
terjemahan penuh ada di blog buruk aku -->http://attokz.cjb.net

zan berkata...

Syam..
Takde ape ni beb. Memang aku suka band2 konsep ala2 ethnic ni. Takkan la asyik nak muzik "distort" je kan? hehe. Cuma sayang line-up asal dah tercampak jauh kat padang pasir..

Attokz..
Aku dah agak mantera tu memang ada unsur2 Islamik. Cuma tak sempat nak kira berapa ramai nabi yang ko sebut dalam mantera tu. Sekarang dah boleh kira..haha. Thanks sudi jenguk.

Tanpa Nama berkata...

uiihhh...pegi x ajak isk isk isk

zan berkata...

Lor..
Ingat kan ko busy..
Lama dah x sms aku ajak minum..hahahaha

Bulan 8 nanti ada lagi la chip!

deaf-angel berkata...

aloha..

aku suka baca report ko. tapi ko nye blog update ni rare sangat ler huhu.

zan berkata...

Deaf..
Kena paham beb. Aku jumpa internet hanya kat opis je. Dan aku jumpa "idea" tu tak selalu.
So bila ada bahan or idea & ada internet je baru aku tulis beb.

"aku menulis bukan kerna nama"

Portdy berkata...

nice review la zan...

ini show macam ni memang perlu support dari blogger macam kita..

diaorang pun nak acknowledgement untuk karya dioarang juga kan..

err zan ,

lu pegi itu konsert Lefthanded ke? kasi review skit?

zan berkata...

Portdy..

Aku memang pergi konsert Lefthanded tempohari.
Tetapi bukan sebagai penonton, hanya sebagai penjaga booth. Jadi aku rasakan aku tak berapa layak nak buat review pasal konsert tu since aku cuma layan 4 lagu jer..

Pencinta - Shima, Ku Di Halaman Rindu, Lanun - Awie & Semangat Lamina - Ramai-ramai..

Cuma yang boleh katakan, konsert tersebut GAGAL dalam erti kata sambutan penonton..huhuh

BARBARIK PENTAS KERAS – PENUTUP MELAZATKAN UNTUK TAHUN 2022

Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...