Selasa, 14 April 2009

Floyd Zeppelin @ Amcorp Mall

Semenjak-dua menjak ni dah jadi macam satu ketagihan untuk aku ke Amcorp Mall tiap hari Ahad. Macam yang semua sedia maklum, "Flea Market" kat situ memang sangat meriah. Macam-macam ada. CD, kaset, LP, stering kereta.. namakan apa saja. Semua korang boleh jumpa. Samada terpakai ataupun baru.

Dan dalam2 aku ke sana, tak disangka-sangka pula aku akan turut terjebak untuk menjadi pengumpul CD artis jugak. Dan CD2 artis yang aku sasarkan ialah 2 band otai..Pink Floyd & Led Zeppelin. Alang-alang nak jadi "collector" ni dah tentu aku akan cuba untuk cari versi yang dicetak di luar kan. Apa barang beli version "Printed in Malaysia"..haha. Walaupun murah tapi kengkadang aku tengok yang versi Malaysia punya dah nak macam cetak rompak pun ada.

Untuk permulaan, aku beli cd ni mula2..




Pada yang tak tau, ini ialah album "Pink Floyd - Meddle". Dalam ni ada lagu yang paling "berhantu" aku rasa, Echoes. Nak lagi feel, try layan "Live in Pompeii". Memang meremang bulu roma beb. Track list:

1. One Of These Days (dalam Pulse Live masa lagu ni dorang keluarkan maskot babi tu..hahaha)

2. A Pillow of Wind

3. Fearless

4. San Tropez

5. Seamus

6. Echoes (23.27 minit. Track Pink Floyd paling panjang kot untuk satu lagu!)

CD ni di cetak di UK. Versi "Digital Remastered" tahun 1991 (versi original tahun 1971. Teknologi cd pun takde lagi time tu).


Kemudian aku jumpa CD ni pulak..


Album Relics adalah album kompilasi Pink Floyd yang dikeluarkan sekitar tahun 1971. Artwork untuk cover album ni adalah model arca yang dihasilkan berdasarkan lakaran lukisan Nick Mason, drummer kumpulan ni. Cd di atas dicetak di USA sekitar tahun 1996, juga versi Digital Re-Mastered. Track List:

1. Arnold Layne (single A-side)
2. Interstella Overdrive (instrumental dari Piper At The Gates Of Dawn)
3. See Emily Play (single A-side)

4. Remember A Day (dari A Saucerful of Secrets)
5. Paintbox (single B-side untuk Apples and Oranges)
6. Julia Dream (single B-side untuk It Would Be So Nice)

7. Careful With That Axe, Eugene (single B-Side untuk Point Me At The Sky)

8. Cirrus Minor (dari soundtrack More)
9. The Nile Song (dari soundtrack More)

10. Biding My Time (previosly unreleased)

11. Bike (dari The Piper At The Gates Of Dawn)

sumber rujukan: sini

Terakhir untuk hari ni aku jumpa cd ni..


Muka Depan



Muka Belakang


Lampiran lirik depan

Lampiran lirik belakang

Yup, ni cd dari band yang memang satu dunia kenal..Led Zeppelin. Dari 1st album dorang yang juga menggunakan "Self Titled", band ni dah memang tak perlu diperkenalkan lagi. Cover album yang diambil sempena saat-saat terbakarnya kapal udara "Hindenburg" telah memperkenalkan kumpulan ni ke seantero dunia. Versi CD di atas dicetak di Jepun (terang2 dah kan..hehe) versi Digital Re-Mastered "replica sleeves" iaitu versi replica LP. Track list:

1. Good Times Bad Times

2. Babe, I'm Gonna Leave You

3. You Shook Me

4. Daze And Confused (ingat filem The Song Remains The Same? Giler mental masa live lagu ni..)

5. Your Time Is Gonna Come

6. Black Mountain Side

7. Coomunication Breakdown (Soundgarden pernah cover lagu ni masa live)

8. I Can't Quit You Baby (versi Live BBC paling "seksi" aku rasa)

9. How Many More Times

Sumber rujukan: sini

Cukup untuk posting hari ni. Mengalu-alukan komen dari otai2 yang terserempak masuk ke blog ni...

p/s: latar belakang gambar : poster Jibam oleh Jaafar Taib. Medium: Water colour

15 ulasan:

deaf-angel berkata...

ni memang selera ko eh..pink floyd , led zep.

tapi led zep tu memang lagu smua alrite. tapi kan, kalo satu lagu je aku pilih mesti babe i'm gonna leave you.
Punye la sedih....
tak boleh bayangkan pendengar yang beli ni album tahun 1969, apa dorang rasa dan dorang mesti tak imegin led zep akan jadi monster besar giler

deaf-angel berkata...

how many more times aku ada kot bootleg Metallica bawak live. Actually Jason Newstead soloing.

communication breakdown - iron maiden dah bawak..

ko ada Great White nye Led Zep tribute?

zan berkata...

Great White nyer version aku ada versi mp3 jer. 2-3 lagu. Dyer Maker, stairway to heaven ngan satu lagi dah lupa lak. Lama tak dengar. Tu pun version live kan?

Tapi tak boleh tahan "Thank you" version Duran-Duran. Emo beb..hahaha

deaf-angel berkata...

zan ko gi carik the full cd great white main led zep tribute tu..

untuk telinga aku, aku suka giler..

kalo takde nanti aku burnkan secopy, tu pun kalo aku jumpa mana aku taruk ntah

hf berkata...

hah !!!!!!!
baru lu tau AMCORP MALL tu dia punya stim macam mane ...
haha...

allrite..
lu tangkap tuari dah rare..
price pun allrite tu...

tak payah fikir shipping2 sume.
haha...

*** tengok LP Saxon,Deep Purple rasa nak bunuh je tokei tu & ambik sume LP nya.
Hah !!!!!!

zan berkata...

Beb..

Kalau wa ada player, wa dah borong dah LP Deep Purple tu. Takat lima ploh ketul, ok lagi.

Target wa, nak kasi lengkap semua Zeppelin & Floyd wa tahun ni..hahaha

matakucing berkata...

pink floyd kalau takde album sd barret tak complete bro..aku suka era syd barret sebab dorang buat lagu iktu suka hati dorang. cam lagu dak2 pon ada.

zan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
zan berkata...

Katalog wa dah update 1 album lagi. A saurceful Of Secrets. Album ni satu2 nya album yang ada Gilmour n Barret.

Tengah carik Momentary Lapse of Reason. Giler payah nak jumpa cd tu..huhuu. Division Bell pun dah jatuh kategori rare..

Saudagar Mimpi berkata...

Oh ye satu lagi koleksi yg kau kena ada ialah The Wall Live "Is There Anybody Out There" Limited Edition. Bebaloi bro!

zan berkata...

Saudagar..
The Wall pun memang antara senarai wajib aku tu. Cuma live ni yang mana? Dekat tembok Berlin ke? Kalau yang tu memang berpeluh aku nak carik..huhuhu

Saudagar Mimpi berkata...

Yang aku maksudkan ialah CD kembar The Wall Live 1980-1981 "Is There Anybody Out There". Ni release tahun 2000 tak silap aku.
Ada 2 versi , biasa dan limited. Aku ada dua-dua tapi yg biasa tu cuma tinggal kotak je, CDnya sudah kena rembat ketika peristiwa rumah dimasuk penyamun satu masa dulu.

Yg limited tu dalam kotak panjang dan ada booklet oleh Storm Thergerson.Banyak gambar balik tabir konsert tu + komentar dari setiap member Floyd.

Yg Berlin tu best jugak terutamanya Roger Water DVD+2CD. Menariknya terdapat dokumentari berkenaan Sejarah Berlin dari kaca mata artis & tenaga produksi tu sendiri.

Hehheheh. Terpanjang plak entry ni...Aku ni kalau pasal The Wall ni mmg minat giler lah hahhaha.

zan berkata...

Mana nak carik tu bro?
Wa ada jumpa cd "the wall" yang biasa kat Amcorp Mall tu, harga dia pun dah RM 60.

Tapi pernah terbaca yang Gilmour & lain2 tak gemar kat The Wall pasal Waters dah tapau semua..hahaha. kira macam tribute album untuk ayah & mak dia pulak.

Saudagar Mimpi berkata...

Entah. Aku pun tak dapat nak menolongnye. Sekarang ni nak cari CD terkini pun susah. Banyak kedai2 "vintage" mcm dulu-dulu dah tutup.

Ya la, mmg ahli Floyd lain agak bengang dgn Waters selepas The Wall. Kalau kau dengar album selepas the Wall, The Final Cut, lebih ketara dominasi Waters dalam Floyd dan lebih ketara Waters memberi "tribute" kepada ayahnya yg mati dalam Perang Dunia ke2 tu.
Lebih politikal.

Ada org kata kekuatan The Wall pada hook solo Gilmour tak kurang juga yg kata kekreatifan lirik dan konsep yg diketengahkan oleh Waters. Mason dan Wright hanya tumpang kereta api aje...
Ego mungkin menjadi masalah. Itu pasal agaknya sampai sekarang Waters dan Gilmour masih perang dingin. Nasib baik jugak ada En Mason jd org tengah kalau tak, tak dapat tgk diorg kongsi pentas masa Live8.

Album The Wall tu lebih kepada semi biografi, tapi kekreatifan mereka buat show utk sebuah konsep album seperti ni sewajarnya dikagumi. Idea asalnya mereka nak buat konsert dan menyanyi disebalik tembok dari lagu pertama sampai habis. Kalau kau sanggup tak pegi tgk konsert hanya memandang tembok?
Mungkin hanya Pink sahaja yg sanggup.

zan berkata...

Memang dorang je bro yang selalu pikir idea2 giler untuk konsert dorang. Mungkin masa dorang pikirkan idea tu, sambil menikmati LSD barangkali? hehe

Live at Pompeii tu lagi tak boleh handle. Buat live tapi tak de orang tengok. Pastu background konsert pun ala2 seram gitu..macam sodom & gomorrah.

Dorang memang legend la bro.

BARBARIK PENTAS KERAS – PENUTUP MELAZATKAN UNTUK TAHUN 2022

Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...