Rabu, 28 Januari 2009

Tahun baru?



(Resolusi tahun baru..boleh ke? hahah)


Rasa macam tak kena pulak tajuk entry kali ni kan? Tahun Masehi dah berlalu 28 hari. Nak masuk bulan ke dua. Tahun Hijrah dah masuk bulan Safar pun. Tahun Lembu je yang kira masih "fresh" lagi..hehehe

Naik tahun baru ni secara tak langsung angka yang selalu mengekori kita pun akan meningkat gak. Selalu gak manusia akan membuat resolusi atau azam yang ingin dicapai pada tahun baru. Yang lama tu? "make it burn" lah..huhuuh

Malam tahun baru Masehi, setelah beberapa tahun aku tak tengok bunga api, malam tu aku layan bunga api kat Danga Bay. Jauh tu dari sarang aku. Tapi bukan aku pergi suka2. Pasal memang ada tugasan kat sana yang membuatkan aku terpaksa berada di Danga Bay tu ketika dorang tembak bunga api ke langit. Hari pertama tahun baru Masehi pulak aku menjadi polis pencen dengan 2 orang kawan mencari kenderaan beliau yang hilang ketika di Danga Bay. Seronok aku macam ni. Bergembira di atas kedukaan orang lain. Kan ke saling tak tumpah macam manusia yang mengebom Gaza tu?

Tahun baru masehi ni juga banyak aku mendapat seruan untuk memboikot barangan USA atas kapasiti "penaung" Israel. Tapi aku tak terjebak dalam ini filem. Aku ada kawan2yang berkerja di syarikat2 yang mengeluarkan barang2 yang mereka boikot tu. Aku membli bukan kerana aku sokong umat Palestine di sembelih tapi aku beli pasal menyokong kawan2 aku yang berkerja di sana secara khususnya dan ekonomi orang Islam yang berkerja di sana secara amnya. Nak kasi hujah "banyak lagi rezeki Allah kat muka bumi ni. Kenapa kerja kat sana"? Aku akan jawab "Sejarah perang Islam lawan kafir MEMANG tak pernah adil. Islam sikit & kafir banyak. Tapi kenapa Islam boleh menang? Kenapa sekarang bila Islam dah banyak tak boleh nak gigit sikitpun?"

Scene muzik aku awal2 tahun ni agak perlahan sikit. Tak jejak lagi studio jamming untuk tahun ni. Line up lama aku rasa dah boleh isytihar pupus..hahaha. Macam lagu Dewa pulak. Mungkin boleh masuk dalam resolusi tahun baru kot... "Mencari band mate"..hahaha

Sekarang ni tetiba lak aku jadi giler bila layan satu lagu lama ni. Boleh jadi khayal oo..bahaya..hahaha. Jom kita nyanyi ramai-ramai. Satu..dua..tiga!

Ingin ku milik kasih
Ayu jelita
Wajah cantik berseri
Sinar cahaya

Sopan santun berbudi
Bergaya sederhana
Halus tutur bahasa
Sungguh mulia

Rambut panjang terurai
Bagai sutera
Hias bunga sekuntum
Tambah jelita

Bibir merah delima
Merdu alun suara
Penambat jiwa nan lara
Rasa bahagia

( korus 1 )
Pipi pauh dilayang
Alis matanya lentik
Sekali mataku memandang
Hati tertawan

( korus 2 )
Wajahnya mempersona
Tiada lagi tandingan
Bagai dewi menjelma
Jadi temanku

Datanglah wahai pujaan
Datang padaku
Lukisan wajah kasih
Di ruangan mata

Kalung dirimu sayang
Dengan cinta nan mesra
Wajah kesayangan hamba
Kini ku jumpa




(Giler macho abang ni..hahaha)

4 ulasan:

deaf-angel berkata...

hail amir je?
uji rashid mana

zan berkata...

Uji Rashid?

"Kali terakhir ku lihat wajahmu"

Touching siot..huu

Syamsulfaiz berkata...

Bro, hail amir punya suara mmg antara yg ter'gatal' aku pernah dgr. Lenggok dan 'air'nya sempurna. Band aku selalu jam lagu Wajah Kesayangan Hamba. masyukkkk.
Lu dapat cari LP ni ke? Rare siot...sempoi !

zan berkata...

Takder la bro..
Amik gambo dari net jer..
Tapi lagu ni memang sentimental bro..
Betul2 memuji wanita..
Tak la macam lagu2 sekarang..sedih macam nak bunuh diri jer..huhuhu

Thanks bassist Dewangga Sakti membuat kunjungan hormat ke blog wa..

BARBARIK PENTAS KERAS – PENUTUP MELAZATKAN UNTUK TAHUN 2022

Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...