Isnin, 12 Januari 2009

Captain America?



Persekitaran aku penuh dengan produk ataupun orang yang berkaitan dengan Amerika. Aku ada 2-3 orang kawan yang kerja dengan Nestle. Mereka semua sudah berkeluarga. Jiran aku bekerja dengan Hewlett-Packard (M). Adik kawan aku kerja sebagai "shift manager" di restoran KFC. Alat-alat muzik juga banyak diperbuat dari sana dan kita cukup berbangga bila jenama gitar atau alatan muzik kita tertera perkataan "Made In USA". Belum dikira jenama baju dan seluar tak kira apa fesyen sekalipun, mesti nak carik yang "Made In USA" walaupun ianya sebenarnya "Celup dari Thailand"..

Hari ini boleh dikatakan setiap masa kita mendengar seruan untuk "boikot" barangan & produk dari Amerika. Aku tidaklah membangkang walaupun tidak juga bersetuju akan tindakan ini. Cuma..sekiranya benar2 boikot ini memberikan hasil yang berbaloi, adakah kita sudah bersedia dengan alternatif yang sepatutnya untuk menangani kesan boikot ini? Mungkin untuk minuman seperti "Coca-Cola" kita boleh gantikan dengan "Mecca Cola" atau banyak lagi minuman lain tapi bukan alternatif untuk barangan maksud aku. Tapi alternatif untuk pekerjaan pekerja-pekerja itu sendiri.

Terdengar seruan dari mantan Perdana Menteri kita agar rakyat Malaysia yang berkerja dengan syarikat Amerika untuk berhenti kerja. Mungkin cadangan tersebut boleh dipraktikkan sekiranya kerjaan dapat memberikan alternatif pekerjaan kepada bakal-bakal penganggur ini. Tapi dengan jumlah penganggur sedia ada yang mencecah 343,700 orang (sehingga suku tahun ketiga 2008), mungkin kita cuba untuk menaikkan angka pengangguran setelah sekian lama di canang sebagai "peratus pengangguran yang terendah di dunia". (rujukan: sini)

Dengan kedudukan Amerika sebagai antara rakan dagangan terbesar Malaysia, adakah tindakan boikot ini akan menyebabkan negara kita mengalami kesan dari segi ekonomi sekiranya boikot ini benar2 memberi kesan kepada syarikat-syarikat Amerika itu? Memang tindakan Israel keatas Palestine benar2 benar melampau dan tidak berperi kemanusiaan tetapi adakah dengan cara boikot ini boleh memberi kesan kepada mereka? Meminjam kata-kata mantan Perdana Menteri sedikit masa dahulu yang menyebut "sekiranya di cabut bangunan-bangunan di Kuala Lumpur yang bukan milik Melayu / Bumiputra, maka apa yang tinggal?" begitu jugalah dengan "Sekiranya di boikot semua produk-produk dari Amerika yang ada di pasaran kita, maka apa yang tinggal?"

Aku masih percaya ada cara lain yang lebih efektif dari tindakan boikot ini. terpulang pada pandangan masing-masing untuk mengambil tindakan.


Gadis kecil itu telah bertahun
Dicengkam derita
Di khemah pelarian
Yang menjanjikan duka cita
Munir tak mengenal erti cinta
Telah kering airmata
Menangisi kematian
Ayahbonda dan saudara
Pada suatu senja
Langit Syatila
Menyaksikan pembunuhan
Anak kecil dan wanita
Munir ditembak
Penuh luka
Tapi ajalnya belum tiba
Kerna Tuhan mengasihi dia
Peristiwa hitam 17 September
Telah menjadi bukti
Sempurnalah kekejaman
Suatu bangsa yang sombong dan hina

(balada seorang gadis kecil - zubir ali)

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

betol jgak...mgkin byk lagi cara lain untuk memboikot US ni.Sama2 kite fikirkan.

Mungkin ada care lain yg lebih bernar utk memboikot US ni, selain dari menggalakkan rakyat Malaysia berhenti kerja dgn syarikat dari US.

Jika di sediakan kerja selepas berhenti bagus la.Jika tiada macam mana?...bertambah la penganggur kat Malaysia ni...

deaf-angel berkata...

yo zan

short term solution, cease fire.

long term solution, orang islam kena start rajin, jujur, sekolah pandai2, and takeover massmedia, ekonomi dunia, pembinaan senjata.. baru Israel tak boleh buat sebarangan lagi dah.

BARBARIK PENTAS KERAS – PENUTUP MELAZATKAN UNTUK TAHUN 2022

Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...