(gambar tidak membayangkan maksud tajuk, sekadar lambang espressi)
(sumber gambar : tak ingat)

Semalam hari terakhir bos aku dekat pejabat. Orang ibu pejabat dah tarik dia balik sana..alasan HQ perlukan orang berpengalaman untuk urus hal-hal pejabat. Dalam hati aku sebenarnya ada rasa terkilan dengan cara pengurusan ni.

Dulu sebekum masuk kerja, memang macam2 aku dengar orang kutuk pasal kerajaan (dan kutukan tu berlanjutan sampai sekarang). Tapi bila aku dah kerja dengan kerajaan, aku ada tanam satu sikap untuk sekurang-kurangnya membetulkan atau memadamkan 2-3 kutukan tu(tak tau la samada aku dah berjaya atau belum..)

Tapi pertukaran bos aku ni membuat aku terpikir, ape yang orang2 atas ni buat. Macam takde akal pun ye gak. FYI, bos aku ni baru setahun ditukarkan ke pejabat aku ni dari Pahang. Dan dalam masa setahun ni, macam2 benda dan perubahan yang dia buat yang aku nampak memang positif. Masalah disiplin dia alert, kewangan pejabat pun dia amik berat. Dan satu yang buat aku memang senang deengan dia ni pasal dia ni aku tengok orang yang berprinsip. Memang susah aku nak jumpa orang2 yang berprinsip sekarang ni lebih2 lagi yang bekerja dalam kerajaan dan memegang jawatan tinggi dan kuasa..

Lepas tu yang lagi membuatkan aku geram, bos aku ni mempunyai seorang anak yang "istimewa" atau dalam istilah sekarang ni OKU. Anak dia ni sekarang ni bersekolah dekat sekolah istimewa dekat area Klang. Tapi orang2 atasan dekat HQ aku tu macam tak pikir betapa susahnya nak uruskan hal anak yang "istimewa" ni, hal sekolah dia..bukan boleh bersekolah dekat sekolah biasa macam orang lain.

Tapi aku tau..aku menyalak macam mana pun, bos aku tetap akan tukar jugak. Aku kerja pun bukan untuk dia, untuk negara(haha..statement acah2). Jadi aku harap segalanya akan menjadi lebih baik pada masa2 mendatang. Teringat antara tulisan2 yang aku pernah baca dekat tandas asrama sekolah dulu.."Down Falls Good Guys"

I used to be such a sweet, sweet thing
Until they got a hold of me
I opened doors for little old ladies
I helped the blind to see
I got no friends cause they read the papers
They cant be seen with me and I'm getting shot down
And Im feeling mean
No more mister nice guy
No more mister clean
No more mister nice guy
They say he's sick , he's obscene
I got no friends cause they read the papers
They cant be seen with me and I'm getting shot down
And I'm feeling mean
My dog bit me on leg today
My cat clawed my eye
My moms been thrown out of society circle
My dads had to hide
I went to church incognito
When everybody rose, the reserved smith
He recognized me
Punched me in the nose

(music & lyrics : alice cooper)