Hujung minggu ni insyaallah aku akan ke Pulau Pinang, layan festival jazz dekat sana dengan member aku. Hotel pun dah tempah dekat Georgetown (walaupun venue festival dekat batu feringghi) tapi tak jauh sangat kan?

Aku beli tiket festival ni dekat Rock Corner Subang Parade hari Ahad lepas. Dalam aku tengah tunggu mamat tu print tiket, dia leh buat muka tekanan depan aku. Siap dengan espressi fizikal lagi. Aku tanya la kenapa ni? Dia kata dia stress pasal tokey kedai tu suruh bukak lagu2 "Guitar Relaxing" sepanjang hari. Kata tokey dia, pak2 arab suka lagu2 macam ni n lagu2 tu boleh tarik minat dorang untuk singgah masuk kedai dia.. Huhuu.

Aku sebelum2 ni memang ada terbaca pasal perlumbaan negara kita ni untuk memancing pak2 arab ni supaya melancong ke sini. Tapi aku tak sangka pulak sampai macam ni sekali seriusnya sampai nak pasang lagu latar dalam kedai pun kena ikut citarasa dorang gak.. Dah la jalan bukit bintang tu dah macam jalan2 dekat Arab sana. Siap buat taman untuk diorang lepak. Nampaknya sekali lagi rakyat Bolehland akan mengalah untuk diorang ni.. Orang kita kan terkenal dengan budaya menghormati tetamu? hehe

p/s: Tak silap aku, orang kita zaman2 60-70an dulu pun memang macam ada sikap hormat "giler2" kat dorang ni kan? Konon2 keturunan nabi..hmm