"Ain't no way to keep a band together. Band come and go. You got to keep on playing no matter with who" - Del Paxton.
Mungkin ada antara korang yang masih ingat cerita apa dan masa bila dialog ini diluahkan. Pada yang tak tau @ tak ingat, dialog ni adalah petikan dari filem "That Thing You Do", scene masa drummer "The Wonders" aka hero cerita ni baru lepas layan satu show jazz and lepas tu waitress club kenalkan dia ngan Del Paxton. Aku bukan nak cerita pasal Del Paxton or Jazz. Tapi meaning wording tu pada aku.
Sejarah aku dengan band ni masa aku tingkatan 3 sekolah menengah (15 thn umur). Masa tu nak main gitar pun pasal terpengaruh ngan member2 kat rumah. Lagu pertama belajar "The man who sold the world" - Nirvana unplugged. Main satu tali je. Punya la syok sampai ulang itu je. Sampai la jiran aku ajak aku follow dia jamming ngan budak sekolah dia. Time tu main lagu tak penah nak abis. N time tu aku main gitar pasal nak glamer..hahaha
Bila lepas SPM, skill didalam dada makin meningkat (acah2 je) dan makin kerap jamm. Masa tu dah boleh mainkan sampai habis lagu. Tapi still lagu2 yang simple2..Ramones, Sex Pistols, Carburator Dung..kiranya band time tu lebih kearah punk la. Aku pun time tu hampir2 nak mohawk la..kahkahkah..acah je..tak mau la aku nak wat rambut camtu.
Scene aku dalam punk ni agak lama gak. Tapi more to dengar je. Kalo nak jamm pun lagu2 yang terpilih dan senang2. Sampai la masa aku meniaga jap (jual burger je pun) kat Town Klang dalam tahun 2001-2002, Member2 aku ajak aku main bass untuk dorang. Oh ye..masa ni aku dah beralih kepada "Bass" pasal aku sedar yang aku tak boleh nak pegang "full chord" dan aku tak nak pening2 kepala belajar kording..hehehe. Lagu-lagu yang kami selalu main mase tu banyak cover lagu2 Alice In Chain, Pearl Jam, Soundgarden, Classic rock sket2. masa ni la yang aku sedar aku dah minat giler kat bass. Dah rajin tengok cerita pasal bassist, kalau tengk konsert tu, rajin dengor sound bass n macam2 lagi la. Pendek citer memang dah jatuh cinta dengan bass ni..hahaha
Band aku yang ni memula ada prob sket. Vokalist kitorang masa ni agak busy ngan kerja. Dan sebenarnya dia ni tak berapa nak ok la kalo nyanyi. More to suka2 je. Memula tu tahan la gak. Lama2 terasa jugak la kat aku dan band mate yang lain. Sampai bila nak improve kalau asyik suka2 je. So kitorang wat keputusan, carik org baru. Dapat sorang mamat ni. member kepada gitarist aku. Suara memula cam biasa. tapi aku suka dia pasal dia ada semangat nak bagus. Sanggup praktis sendiri kat umah semata-mata nak baguskan diri. Sanggup beli album tamil "Sarigama Paramisa" semata-mata untuk belajar melenggokkan suara. Aku plak masa ni dah rajin lepak studio jamming member2. Selalu ikut member aku kalo dia jamm. Tengok bassist2 yang dah bagus dari aku main. Kira curik sket2 ilmu dari dorang la. kerja aku ni berjalan la sampai aku dapat kerja kat dalam "Gomen". Hehehe.
Selepas je aku kerja, time ni dah mula aku berangan nak beli gitar bass sendiri. lagi plak masa tu kena api ngan sorang Old-Timer yang betul2 "Old" kat tempat aku selalu jamming. Dia kata gitar ni "sajak" nagn aku la, sound aku sedap la (betul ke?) aku patut ada gitar la. Kat situ dah mula berkira-kira nak kumpul duit. Maklumlah..bukannya murah. Ngan band aku plak time ni mula ada riak2 gelombang tak puas hati. Semuanya pasal gitarist aku ni terlalu mengejar perfectionist. dan mula nak memaksa band-mate yang lain ikut ape yang dia nak main. Dan yang paling aku tak tahan..moody. Penah dia kanselkan jamming pasal dia takder mood nak jamm malam tu. padahal dah sampai studio ni. Influence satu hal gak. Kalau kena time dia dengar Vai, maka macam Vai la dia nyer main. Lagi satu yang aku kurang minat pasal dia nyer "over feel". Kalau solo tu mesti nak lama2. Tak sah kalau solo tak cecah 5-10 minit.
Aku dah mula fed-up. Kata nak improve tapi kalau jamming asyik nak solo je payah la camni. Over feel lak tu. Aku dah start rebel (darah punk dalam diri ni ader lagi kot..hehe). Aku dah mula kasik alasan tak nak jamming lagi. Ye la dari buang duit bayar duit jamm, baik aku guna duit tu wat beli benda lain. Penah pasal angin nyer pasal, aku penah putuskan tali bass masa tengah main lagu "Man in the box - Alice In Chain". Korang bayangkan tali Low E aku putuskan. Kuatnyer aku..hahaha. Drummer aku lak jenis tak wat homework kat umah. Suma nak kena aku wat. Sampai jaga counting pun aku gak. Mak ai..bassist pegang counting. mana nak carik..
Last2 aku amik keputusan, aku tarik diri dari band. Sebelum jadi ape2 baik aku chow. Secara otomatik semangat aku nak beli bass sendiri dah hilang. Dan dah kira tak nak main muzik dah ni. Nak dengar je. Tapi tu la. Sekali dah main muzik, mana leh nak tinggalkan terus. Aku selalu ikut member aku aku gi pub kalau dia perform. Masa ni member aku rajin ajak aku teman kalau dia perform kat mana2 pub kat area KL- Subang ni. AKu lak dah naik syok tengaok doraNg perform kan..enjoy je. Secara tak langsung meransang la niat nak main muzik tu balik. Kebetulan ada lak band member aku nak pakai bassist. Dorang ajak aku main untuk dorang. Band dorang ni banyak main lagu sendiri. Kurang main lagu cover. So makin syok la aku. Takder la aku terikat ngan style orang kalau aku main lagu cover.
Tapi aku ngan dorang tak lama. Bassist lama dorang main balik ngan dorang. Alasan dorang pasal bassist nak main bass balik. Sebenarnya band ni dulu 4 pieces band. Pas sorang gitaris kuar, doarang takder ganti gitarist so bassist dorang cuba nak amik possition tu. Tapi mungkin bukan rezeki aku kot. Takpe la. aku kasi balik la post tu kat dorang. Tapi semangat nak bass sendiri tetap berkobar-kobar. Masa ni jiran aku ajak main ngan dia lak. Mamat ni dah 10 tahun dah tak pegang gitar. Katanyer la. Lama gak la kitorang dok depan umah sambil refresh balik zaman2 dia main gitar dulu. Kemudian mamat ni dah assemble satu band. Dia kerah balik member2 seangkatan ngan dia masa dia main muzik dulu ajak main balik. Korang bayangkan aku sorang je yang "solo" atau dalam erti kata lain, BUJANG dalam band ni. Yang lain anak sekurang-kurangnya dah 2 orang. Ui..main ngan otai2 aku..hahaha.Kitorang cuba jamm for the first time. Cover lagu2 Wings. "Bley lagi ni"..drummer aku bersuara. Kena lak time tu kat NTV7 ada siaran "Rock Unite". terus berkobar-kobar balik la memasing nak main muzik. Nak masuk "Rock Unite" tahun depan kononnyer..hahaha. Sampai la skang ni kitorang still jamming lagi. Mamat jiran aku tu nama dia IJAN atau gelaran alter-ego dia, CARVEDIJAN. Cuma nyer skang ni kitorang banyak main lagu2 cover. tapi citer2 aku, aku nak main lagu sendiri. Aku nak ada bukti aku pernah main muzik ni dengan bukti samada cd or album band aku nanti. Bley aku citer kat legacy aku nanti. tapi takper. Wat masa skang ni aku layan band ni dulu. Aku anggap sebagai satu cara lagi untuk aku men"terrer"kan diri aku ni. Dan perkara best yang jadi kat diri aku, aku dah berjaya beli gitar bass sendiri. Itupun setelah aku mengkopakkan ASB aku. Takpe la. Janji Fender Jazz Bass USA model 1990's tu aku dapat simpan. Boleh jadi aset tu..hahaha. Aku kenang-kenang balik, memang betul kata2 Del Paxton tu. Walau apa jadi, walau band bertukar-tukar, main tetap main. Dan sekarang ni aku sedang buat seperti ape yang dipesan oleh Bill Cosby tu (dia la yang pegang watak Del Paxton tu). Kepada korang semua yang baca catatan mengarut aku ni, tunggu la kalau satu hari nanti aku dapat kuarkan album dengan band aku (band mana aku tak janji), berbanggalah korang kerana korang antara orang pertama yang kenal dengan aku..hahahaha (angkuh sungguh bunyiknyer!!) .
*Entry ni pernah keluar dekat blog Multiply aku. Saje aku paste dekat sini pasal takder benda aku nak update..hehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan