Jumaat, 19 Januari 2007

Azam...



Diam tak diam, hari ni hari terakhir dalam tahun Hijrah. Jatuh pula pada hari Jumaat, penghulu segala hari. Tapi macam biasa la. Berapa kerat saja dari kita yang peka dengan tarikh ni. Kebanyakan akan lebih mengingati tahun "omputeh" ni dari tahun Hijrah kerana kebiasaan nak masuk tahun baru mesti ada konsert, bunga api kan? Pastu siap orang "wish" berbagai-bagai dan kebiasaan nya talian telefon bimbit mesti "jamm" malam tu. Kengkadang pukul 4 pagi baru terima sms yang dihantar pukul 11 mlm tadi (biasa buat ni..)

Benda yang tipikal tiap kali bab tahun baru ni ialah azam. Bukan Mohd. Nor Azam tetapi "Azam". Atau dalam bahasa lainnya, cita-cita atau sasaran. Masa ni la banyak azam-azam yang kita dengar macam "nak berhenti merokok", "nak carik jodoh" dan macam-macam lagi la. Tapi tu la..kebanyakan orang akan menanam azam dalam diri dorang ni ketika tahun masehi ni, bukan pada tahun Hijrah. Yang dorang ingat tahun Hijrah ni ialah peristiwa Nabi Muhammad S.A.W berhijrah dari kota Mekah ke kota Madinah.

Aku tak nak membebel pasal azam ni tapi motif utama aku hanyalah nak mengucapkan "Selamat Tahun Baru" 1428 Hijrah. Semoga segala yang menanti dan yang akan berlaku tahun ni akan lebih baik dari tahun lepas. Itu aje..haha. jom nyanyi ramai-ramai..

Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan Iman yang teguh
Kaun Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban, harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

c/o (ramai-ramai)
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrha memupuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat perjuang syiar Islam
Untuk sepanjang zaman (faded..)

1 ulasan:

carvedijan berkata...

Selamat tahun baru ya sahabat@jiran!!

Nak tumpang tanya boleh tak?

Lagu nasyid tu bukan dari mula sampai abis kena nyanyi ramai2 ke?

Walau mcmn pun

meh ramai ramai

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah memupuk perpaduan

BARBARIK PENTAS KERAS – PENUTUP MELAZATKAN UNTUK TAHUN 2022

Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...