Rabu, 13 Mac 2013

Hinggap di Istana... Wings Rockestra 2013



Setelah sekian lama tiada kemaskini. aku mulakan entri tahun 2013 dengan konsert ini. Nampaknya pihak Istana Budaya suka betul dengan Wings hinggakan memberikan peluang untuk menjayakan konsert di sini buat kali ke dua.

Masih mengekalkan kolaborasi bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan pimpinan En. Mustafa Fuzer Nawi, persembahan untuk kali ini menjanjikan lebih kelainan berbanding konsert pada tahun 2011 dulu. Dengan senarai lagu yang diwar-warkan hampir 80% berbeza berbanding konsert yang lepas, format persembahan juga menjanjikan kelainan. Apa yang pasti untuk konsert kali ini tiada lagi Superfriends dan ex-Wings. Yang ada hanyalah Black, Eddie, Joe dan Awie sahaja dibantu Rozza di bahagian keyboard.

Tiket-tiket telah mula dijual sejak 3 minggu yang lepas. Khabarnya ada hari yang hampir sold out! Jadi, apa tunggu lagi? Jom ke Sayap-Sayap Wings atau Ticket2u.Biz untuk tiket Anda! Anda! Anda! 

4 ulasan:

deaf-angel berkata...

pure wings?
hmmmnnnn ni yang best ni takde hegeh2.

aku cam nak pegi, nanti aku kena cek aku free tak, thanks for info Zan.

zan berkata...

Sama-sama Deaf..:-)

PC kOKak™ berkata...

rindu wings dgn mus.

awie? no thanks.

zan berkata...

"Beza pada gaya, rasa yang berbeza, itu pilihan masing-masing yang empunya.."

Takde paksaan dalam melayan Wings ni bro..hahaha

BARBARIK PENTAS KERAS – PENUTUP MELAZATKAN UNTUK TAHUN 2022

Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...