Khamis, 20 September 2012

Malaysia Rock Fest 2012


Konsert rock (lagi!) sempena Moto GP 2012. Kali ini dibuat di Bukit Kiara Equestrian Park. Membawa tema "Rock City", penganjur Red On Black dengan kerjasama Bombbay Worldwide akan membawakan 4 gergasi rock tanahair WINGS, MAY, XPDC-V6 dan LEFTHANDED bergandingan dengan lagenda rock Kota Singa, RUSTY BLADE!

Tiket-tiket berharga RM 88.00 dan boleh didapati melalui ejen-ejen ticket2u.biz dan juga Sayap-Sayap Wings. Konsert dijangka akan mengambil masa 6 jam penuh dengan aksi-aksi yang bakal mengujakan hati dan sanubari peminat rock tanahair.

Disamping konsert, juga akan diadakan bengkel muzik oleh pemuzik-pemuzik handalan, jualan barang-barang cenderahati dan juga makanan dan minuman.

Info lanjut: www.sayap2wings.com

p/s: kalau nak ambil poster di atas tu, ambil je..hahaha



Update 25/09/2012:


Poster terkini versi selepas press conference.

3 ulasan:

speedrider berkata...

Dem.... bertindih dengan Free Practice (FP2). Sempat ka dari Sepang aku nak ke Bukit Kiara?

Skudal berkata...

8 jam??

zan berkata...

Entry ni aku set auto update. Dah tulis sebelum press conference.

Masa press conference semalam depa kata 6 jam plak. Mula kol 6. So, aku assume yang depa kata tu paling terkini la...

BARBARIK PENTAS KERAS – PENUTUP MELAZATKAN UNTUK TAHUN 2022

Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...