Rabu, 1 Ogos 2012

Dirgahayu...QUEEN! (Akhirnya sempurna!)


Setelah sebulan lebih menunggu dengan (tak berapa) sabar, akhirnya posmen datang ke rumah aku dengan membawakan bingkisan terakhir dalam siri koleksi saga ini. Koleksi ketiga "Limited Edition" 40th anniversary Queen yang berwarna merah akhirnya tiba ke pangkuanku pada ramadan yang ke tiga.

Siri saga ini dikeluarkan khas oleh Hollywood Records dengan kerjasama Queen sendiri. Malah Brian May turut terlibat secara langsung dengan turut membantu menyelenggara proses pendigitalan mixing dan mastering koleksi ini.  


Sekarang aku masih menelaah koleksi yang ketiga ini. Lebih tepat sedang melayan album The Miracle. Terus terang bila aku mendengar lagu-lagu mereka dari album pertama dalam koleksi yang pertama hingga ke koleksi terakhir ini, rasa kagum dengan bakat dan geniusnya mereka berkarya pada waktu itu. Ternyata pada zaman itu muzik dari England benar-benar menakluk dunia bermula dari The Beattles disambung pula oleh The Yardbirds, Black Sabbath, Led Zeppelin, Pink Floyd, Queen, Sex Pistols, Iron Maiden (banyak lagi sebenarnya tapi tak perlulah nak kena tulis semua kan?) semuanya dengan genre muzik yang tersendiri dan tidak meniru antara satu sama lain.

Mendengar muzik dorang kadang-kadang buat aku terpikir kenapa di zaman sekarang yang penuh dengan teknologi ini, ramai yang buat muzik sekadar nama 'buat' saja? Semata-mata kerana duit. Bukan nak menangkan mereka-mereka yang terdahulu ini tapi sekurang-kurangnya keikhlasan mereka berkarya kita dapat rasa. Semua lagu dan lirik dicipta sendiri makanya mesej mereka terus sampai kepada pendengar. Proses rakaman semuanya di bawah tekanan dan tak peduli samada harga sewa studio melambung tinggi asalkan mereka puas hati dengan hasil akhir. Ceh, boleh teremosi pula...kah kah kah!


Harga koleksi ini memang mahal (dan kebetulan aku "raya" awal tahun ni..keh keh keh). Setiap koleksi terdiri daripada 5 album sahaja dengan sekeping poster percuma. Tapi apa yang istimewanya koleksi ini ialah setiap album selain melalui proses mixing dan mastering secara digital, ianya juga didatangkan dengan sekeping cd extra. maknanya setiap album ada 2 cd. Cd extra ini mengandungi B single untuk setiap album, demo atau live version sesebuah lagu dan juga petikan lagu-lagu epik. Bayangkan korang mendengar seksyen koir dalam Bohemian Rhapsody tanpa iringan orkestra. Meremang bulu bukan? 

Aku rasa koleksi ini memang tidak dijual di kedai-kedai melainkan melalui online saja. Jadi kalau rasa-rasa nak penuhkan koleksi Queen korang, bolehlah beli koleksi ini melalui Amazon.  

6 ulasan:

speedrider berkata...

Mahal tu mahal la, tapi gambar pun instagram, ini boleh mendatangkan amarah. Hehehehe

Berapa posting dari UK untuk boxset ni Zan? Aku masih target untuk LP Metallica, bila tengok harga, pengsan.

zan berkata...

Guna Amazon posting cuma $8.69 saja. Tu guna standard international shipping (15-22 days ship)

Kalau nak cepat, dorang boleh guna courier tapi bayar mahal la.

Setakat ni guna standard shipping pun ok. Dorang ada cara nak kasi barang kita tak rosak dalam perjalanan. Aku suka!

deaf-angel berkata...

nice collection Zan.

zan berkata...

Thanks deaf:-)

darkshahrulez berkata...

nice bro...saya ada beberapa kerat jelah cd band ni..nak beli yang mcm lu punya rasanya tak mampu..

zan berkata...

Ni padahnya layan rock lambat. Kalau dari dulu beli sikit, tak perlu pun aku beli boxset ni..:-)

BARBARIK PENTAS KERAS – PENUTUP MELAZATKAN UNTUK TAHUN 2022

Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...