Sabtu, 25 Ogos 2012
Dirgahayu!
Apa persamaan antara Gene Simmons, Elvis Costello, Tim Burton, Rob Halford, Vivian Campbell & Billy Ray Cirrus? Ya! Mereka semua aktif dalam penggunaan otak kiri iaitu terlibat dalam bidang seni hiburan. Siapa tak kenal Kiss, Judas Priest, Def Leppard, lagu She & Achy Breaky Heart serta filem-filem Beetlejuice, Edward Scissorhands dan Sleepy Hollow.
Mereka memang hebat dan terkenal dalam lapangan masing-masing. Kiranya mereka ini sudah boleh diletakkan dalam kategori lagenda dan layak diangkat sebagai Sifu dalam bidang mereka.
Tapi, ada satu lagi persamaan mereka selain terlibat aktif dalam bidang seni hiburan. Apa dia?
Cubalah teka...
*
*
*
*
*
*
*
Dah dapat?
*
*
*
*
*
*
*
Apa dia?
*
*
*
*
*
*
Ya, mereka berkongsi tarikh lahir yang sama! Mereka semua lahir pada 25 Ogos dan secara tak langsung mereka juga berkongsi tarikh lahir dengan aku dan Mawi (world!)...ha ha ha.
Justeru, dirgahayu diucapkan kepada mereka (dan kepada aku juga!). Untuk aku? Tak nak banyak. Kalau terasa nak beli hadiah, aku cuma nak balik gitar aku yang kena curi dulu je. Sudah tentu bukan yang dah hilang tu. Nak yang lain la..ha ha ha!
Khamis, 16 Ogos 2012
Raya Yang Selamat!
Kalau ikut kalendar, Ahad ini (19 Ogos 2012) kita akan menyambut perayaan kemenangan yang terbesar dalam kalendar Hijrah iaitu Eidulfitri. Jadi sempena perayaan yang bakal kita sambut ini, terimalah....
&
p/s: Iklan Bernas Raya semacam menyambung tradisi sambut raya dengan kesedihan di Malaysia ni. Sejak bila kita kena sambut "kemenangan" dengan bersedih?
Selasa, 7 Ogos 2012
Rahsia Victoria (Akan datang)
"by all means marry; if you
get a good wife, you'll be happy. if you get a bad, you'll become a philosopher" - Socrates (469 BC - 399 BC)
"let your heart be mine and mine be yours" - Hindu wedding hymn
"... married man live longer than single men" - some medical journal
"some men are in, for a slow and painful death" - some married man after accidentally reading some medical journal
"employ your time in improving
yourself by other men's writings so that you shall come easily by what
others have labored HARD* for" -
Socrates (469 BC - 399 BC)
Sesetengah pendapat mereka kata salah satu cara untuk gauge kejantanan
seorang kotey ialah melalui berapa banyak luka yang ada pada tubuh badan
mereka. Ini boleh jadi literal scars mahupun metaphor scars. Terdapat
perbezaan markah di antara luka ketika... say for example bertarung
dengan seekor buaya dan luka akibat kesilapan kecil semasa memotong
bawang di dapur. Andaikata luka akibat bertarung dengan seekor buaya itu
nilainya 10 markah, luka akibat potong bawang itu bernilai 2 setengah
markah.
Kemudian datang feminism. Selow-selow, mereka menyelinap ke dalam
falsafah peng-gauge-an kejantanan ini lalu selepas beberapa dekad,
mereka cuba ubah kepercayaan luka akibat potong bawang itu sebenarnya
juga bernilai 10 markah, instead of traditionally 2 setengah.
Untuk mereka yang lalai, ini tiada masalah. Untuk mereka yang peka,
pasti sedar ini adalah masalah. Sudahlah metaphor scars di badan kita
sepatutnya berasal dari benda benda macam jatuh akibat praktis wheelie
motor kali pertama, akibat feminism, off late, ia selalunya datang daripada
pengalaman buruk di lontar dengan kasut tumit tinggi atau dihempuk
dengan beg tangan Lois Vutton.
Antara ilustrasi paling ikonik, kalau boleh saya kata ikonik, ialah
gambar evolusi bagaimana seekor siamang yang berjalan bertukar bentuk ke
rupa seorang lelaki dewasa. Darwin kata men evolve from apes. Feminism
pula nampaknya cuba mengembalikan lelaki yang memegang lembing di akhir
pusingan itu, untuk berpatah balik, gostan ke belakang kembali ke bentuk
siamang. Dunia yang tidak pernah selamat ini, kini semakin bahaya untuk
kita.
Nevertheless, kita tahu Darwin dan ilustrasinya itu salah tapi itu beside the point.
Kita tak mahu buat silap seperti Darwin. Kita harus lebih berhati-hati.
Di mata kotey zaman moden yang tidak berhati-hati, baju dalam atau
disebut bra, tidak lebih hanyalah sebuah instrument untuk melindungi
sepasang benda itu dari apa saja yang ingin menyerangnya tapi buat
mereka yang tidak lalai, ia adalah sebenarnya senjata bahaya yang
dilindungi oleh set baju kurung, baju pejabat, blaus atau tidak
dilindung langsung.... betul, saya tak tipu!
Oleh itu.
Untuk tidak menjadi lalai, adalah perlu kita, the koteys memahami sepak
terajang politik putar belit kehidupan di dunia dan demi baju dalam Emma Watson, percayalah bila saya kata antara putar belit paling sukar di
dunia ini datangnya dari errr.... maaf cakap, wanita.
Semakin banyak kita boleh lihat sekarang ini apa yang dahulunya dikuasai
koteys, sudah beralih ke tangan wanita. 2 dekad lalu kita nampak Ali
dalam filem Ali Setan ialah 'The Alpha' dalam environment kampus tapi
andaikata any modern Ali gatal-gatal cuba melakukan antics yang dilakukan
oleh Ali Setan itu dulu, pada masa sekarang, hampir pasti dia akan
dilempar dengan kasut-kasut tumit tinggi dari semua arah kerana
statistik telah membuktikan di mana-mana IPT sekarang ini, kasut tumit
tinggi mengatasi jumlah kasut bola dengan nisbah hampir omaigodly
omaigod 4:1 ...!
Kemunculannya tidak akan merubah statistik nisbah gender di IPT tapi setidak-tidaknya, ia mampu jika dihayati dengan sempurna - melindungi kita dari dibaling dengan satu set kasut tumit tinggi. Jika objektif kecil ini tercapai ...
Watahelman...
Ini pun dah cukup orait dengan keadaan dunia yang agak kritikal sekarang ini.
Sumber entri: Sini.
Rabu, 1 Ogos 2012
Dirgahayu...QUEEN! (Akhirnya sempurna!)
Setelah sebulan lebih menunggu dengan (tak berapa) sabar, akhirnya posmen datang ke rumah aku dengan membawakan bingkisan terakhir dalam siri koleksi saga ini. Koleksi ketiga "Limited Edition" 40th anniversary Queen yang berwarna merah akhirnya tiba ke pangkuanku pada ramadan yang ke tiga.
Siri saga ini dikeluarkan khas oleh Hollywood Records dengan kerjasama Queen sendiri. Malah Brian May turut terlibat secara langsung dengan turut membantu menyelenggara proses pendigitalan mixing dan mastering koleksi ini.
Sekarang aku masih menelaah koleksi yang ketiga ini. Lebih tepat sedang melayan album The Miracle. Terus terang bila aku mendengar lagu-lagu mereka dari album pertama dalam koleksi yang pertama hingga ke koleksi terakhir ini, rasa kagum dengan bakat dan geniusnya mereka berkarya pada waktu itu. Ternyata pada zaman itu muzik dari England benar-benar menakluk dunia bermula dari The Beattles disambung pula oleh The Yardbirds, Black Sabbath, Led Zeppelin, Pink Floyd, Queen, Sex Pistols, Iron Maiden (banyak lagi sebenarnya tapi tak perlulah nak kena tulis semua kan?) semuanya dengan genre muzik yang tersendiri dan tidak meniru antara satu sama lain.
Mendengar muzik dorang kadang-kadang buat aku terpikir kenapa di zaman sekarang yang penuh dengan teknologi ini, ramai yang buat muzik sekadar nama 'buat' saja? Semata-mata kerana duit. Bukan nak menangkan mereka-mereka yang terdahulu ini tapi sekurang-kurangnya keikhlasan mereka berkarya kita dapat rasa. Semua lagu dan lirik dicipta sendiri makanya mesej mereka terus sampai kepada pendengar. Proses rakaman semuanya di bawah tekanan dan tak peduli samada harga sewa studio melambung tinggi asalkan mereka puas hati dengan hasil akhir. Ceh, boleh teremosi pula...kah kah kah!
Harga koleksi ini memang mahal (dan kebetulan aku "raya" awal tahun ni..keh keh keh). Setiap koleksi terdiri daripada 5 album sahaja dengan sekeping poster percuma. Tapi apa yang istimewanya koleksi ini ialah setiap album selain melalui proses mixing dan mastering secara digital, ianya juga didatangkan dengan sekeping cd extra. maknanya setiap album ada 2 cd. Cd extra ini mengandungi B single untuk setiap album, demo atau live version sesebuah lagu dan juga petikan lagu-lagu epik. Bayangkan korang mendengar seksyen koir dalam Bohemian Rhapsody tanpa iringan orkestra. Meremang bulu bukan?
Aku rasa koleksi ini memang tidak dijual di kedai-kedai melainkan melalui online saja. Jadi kalau rasa-rasa nak penuhkan koleksi Queen korang, bolehlah beli koleksi ini melalui Amazon.
Langgan:
Catatan (Atom)
BARBARIK PENTAS KERAS – PENUTUP MELAZATKAN UNTUK TAHUN 2022
Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...
-
Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...
-
Kehangatan Piala Dunia sudah masuk pusingan kedua. Rata-rata blog yang aku singgah kebanyakkannya semua update pasal bola. Tapi aku malas na...
-
Dua gambar yang cukup menceritakan segalanya. Pagi 28 Mac 2009 antara 1.15 am - 3.00 am, kereta aku kena pecah dan gitar bass kesayangan ak...