Peringatan: Mengandungi kesalahan tatabahasa dan percampuran bahasa melayu - inggeris yang sungguh jahanam. Malas nak edit-edit...



Tamat sudah salah satu konsert paling epik dalam sejarah hidup aku (harap-harap lepas ni akan ada konsert yang dapat potong konsert ini). Iron Maiden Live In Singapore: The Final Frontier World Tour 2011 telah selamat berlangsung pada 15hb Februari tempoh hari.

Sejujurnya aku bukanlah seorang kipas-susah-mati Iron Maiden. Yang ada dalam koleksi aku hanyalah album terbaru mereka, The Final Frontier. Jadi apasal aku menggatal tangan pegi konsert ni? Beli tiket mahal lak tu? Pen A tu.. Saja nak berlagak ke? Hahaha

Sebenarnya aku ada prinsip dari dulu yang tengok konsert rock tak boleh duduk (ini prinsip peribadi aku ok?) Alasan utama yang aku nak tengok sangat konsert ini adalah kerana aku nak rasakan vibe dan atmosphere konsert yang aku yakin takkan dapat di tanah air sendiri. Last aku dapat feel ini ialah masa Toto Live In Cyberjaya tahun 2008 dulu. Even konsert Slash itu hari pun tak dapat vibe yang sama (pasal ada kekurangan sistem bunyi).

Aku bersama 3 rakan mula berlepas dari Sunway pada jam 11.30am 14 februari yang lepas. Lebih kurang 4 jam perjalanan (campur lepak RNR Seremban) kami menjejakkan kaki di Lavender Street, di hotel penginapan kami, Hotel A Queen. Hotel yang kami duduk istimewa kerana terletak bersebelahan dengan kedai keranda! Hahaha. Naik teksi senang kerja driver teksi…kah kah kah.

Malam tu aku takde ke mana-mana pun. Sekadar berjalan kaki ke Mustafa (terima kasih kepada Deaf atas anggaran minit berjalan kaki ke Mustafa tu) sedangkan 2 orang kawan aku telah ke stadium untuk menyaksikan Eric Clapton. Tapi sebelum tu sempat juga lepak kejap kat studio latihan kumpulan Wicked Aura. Kumpulan ni kalau korang nak tau adalah kumpulan berasaskan gendang (percussionist) dan ada juga seorang guitarist dan bassist. Agak menarik konsep muzik dorang (boleh check youtube untuk layan video klip dorang) tapi yang lagi istimewanya adalah lokasi studio dorang. Studio dorang terletak betul-betul di depan hotel aku. Terdiri dari 4 tingkat bangunan dan yang paling best bila aku layan lift nak ke studio dorang…

Tingkat pertama adalah tingkat untuk karaoke dan bar. Jadi kalau nak berhibur ditemani gadis “rama-rama’, di sinilah tempatnya. Tingkat dua pula adalah gereja! Hahaha. Aku rasa gereja ini memang dibuat untuk manusia-manusia di tingkat bawah tadi bertaubat…hehehe. Tingkat 3 lebih dramatik dimana terletaknya “reban ayam”. Dengan lampu merah semua cukup, tak terkata aku tatkala menjengukkan kepala ke dalam dan tingkat 4 barulah studio mereka. Best gila bukan komposisi mereka?

Siang 15hb memang puas aku berjalan. Dari hotel ke Kompleks Bras Basah menaiki teksi. Kemudian ke Peninsular berjalan kaki sebelum patah balik Bras Basah juga berjalan kaki. Ini semua gara-gara kawan aku mencari gitar idaman, Les Paul Custom Classic. Tapi memang takde yang berkenan. Yang berkenan pula terasa macam “overprice”. Sempat lunch di restoran “fine dining” depan Kompleks Bras Basah sebelum kembali ke Peninsular menaiki teksi (pasal dah tak larat nak berjalan) dengan niat untuk membeli tali gitar. Tapi memang hampa bila setelah pusing-pusing satu Peninsular, tak de satu kedai pun yang jual tali bass RotoSound. Kawan aku yang nak borong tali gitar ErnieBall pun kecewa bila hanya dapat beli 7 paket je (niat asal nak borong 2 kotak). Aku dengar saudara Eddie Wings juga kecewa pasal tak dapat beli tali gitar kat Peninsular ni..hmm. Apa sudah jadi dengan Peninsular? Kemana stok-stok tali gitar disorokkan? Hahaha.

Saudara Pacai tiba pada petang tu. Baru landing dari airport terus ke Peninsular. Setelah borak-borak lebih kurang, kami bersiap-siap untuk balik ke hotel tukar apa patut untuk malam pula…

Sebelum ke stadium, sempat kami ke restoran Zam-Zam di jalan Sultan untuk berjumpa dengan kawan. Setelah pekena air bandung secawan, kami ramai-ramai berjalan kaki selepas hujan ke stesen MRT yang terdekat (tak silap aku depan Shaw Tower, ke Esplanade punya stesen). Naik MRT, jumpa lagi dengan mat-mat metal yang semua menuju ke arah yang sama…Iron Maiden!

Perkara pertama yang mengejutkan aku bila sampai je di venue adalah suasana kehitaman menyelubungi perkarangan stadium! Gila ah penangan Ironm Maiden ni. Yang paling best ialah merchandise pun habis licin padahal jam baru menunjukkan pukul 6.30pm. Gila punya penangan! Double Trouble pun tak sedahsyat ni..kah kah kah. Antara yang aku sempat jumpa di perkarangan stadium ialah rakan-rakan dari DuniaSearch, Andi Flop Poppy, Rashid Rockers n isteri beserta Auze dan 2-3 muka-muka regular Amcorp Mall. Tak lupa juga member-member Sayap-Sayap Wings dan member-member DuniaSearch Singapore. Oleh kerana tiket aku di Pen A, maka pintu masuk kami pun berlainan. Kami terpaksa ke belakang stadium. Waktu ni aku diberitahu oleh Deaf yang pintu masih belum dibuka lagi. Gila ke apa ni?

Setelah beratur setengah jam (atau lebih!) dan melepasi kawalan yang teramat dahsyat (pada aku la) akhirnya aku berjaya masuk ke stadium tatkala band jemputan menyanyikan lagu terakhir mereka. Rise To Remain ke ape ntah nama dia. Waktu tu stadium dah penuh dengan seragam hitam dan gamat dengan suara-suara peminat Iron Maiden ni. Dah terasa aura positif konsert ni. Aku suka!

Tengah-tengah selit-selit nak carik port boleh pula aku jumpa sama Duta Iron Maiden di Singapore. Siapa lagi kalau bukan Deaf..hahaha. memang tak sangka dude boleh terjumpa pula dalam pit Pen A tu. Dengan baju Somewhere In Time Sydney Tour, memang Deaf antara pemakai baju “rare” malam tu (disamping aku n member yang pakai baju Rimes Of The Ancient Mariner..kah kah kah)..Gila tinggi cita-cita nak dengar lagu tu..

Aku tak bercadang nak ulas permainan atau setlist lagu-lagu Iron Maiden untuk konsert ni. Aku rasa ramai yang akan ulas mengenai setlist ataupun performance mereka. Confirm Berteromber, Deaf atau Ben Krenmaut akan mengulas mengenai setlist konsert ini. Cuma apa yang aku nak ulas ialah mengenai vibe dan aura konsert ni. Terasa kecil betul diri ini bila Murray, Smith, Dickinson, Mcbrain, Harris dan Gers mula memasuki pentas. Sedangkan video “opening” mereka saja dah tapau habis semua-semua band yang ada kat dunia ni! Memang gempak, memang extravaganza! Dengan atmosphere yang sangat-sangat....yeah! Crowd yang maha sporting! Boleh bayangkan la kalau ada band di dunia ni yang boleh membuat penonton “sing-a-long” dari lagu pertama dampai lagu terakhir. Siap dengan melodi solo pun dorang boleh ikut! Sekarang kita bercakap mengenai “big boys toys” dan mereka datang dan seolah-olah berkata kepada umat manusia Asia Tenggara “inilah cara sebenar membuat konsert!” Memang terasa macam disepak-sepak siot!

Mungkin aku agak keterlaluan tapi aku rasa semua artis-artis Malaysia, Singapura atau mana-mana yang mengaku diri tu artis supaya tengok dan rasakan sendiri penangan Iron Maiden. Dorang tak sibuk-sibuk dengan teknologi “LED Board” macam Juara Lagu yang lepas. Cukup dengan tirai belakang sebagai “backdrop”. Tapi setiap kali pertukaran lagu dan backdrop yang hampir sempurna masih tetap membuat orang kagum! Apatah lagi dengan setup pentas dan penggunaan “fog machine” yang superb! Bayangkan ketika lagu Evil That Man Do, latar belakang adalah muka raksasa dan satu ketika asap disemburkan kemudian disedut kembali seolah-olah lubang hidung raksasa tu yang menyedut asap tersebut! Showmanship masing-masing jangan cerita la. Walau rata-rata dorang semua berumur 50 tahun ke atas, tapi showmanship mengalahkan budak-budak “so-called-indie” yang baru nak naik! Dengan menyanyi lagi, berlari, siap boleh interact dengan crowd, mak ai! Memang betul-betul superb!

Hanya yang menjadi sedikit spoiler ialah venue itu sendiri. Aku rasa ciri-ciri akustik untuk Singapore Indoor Stadium ni memang dicipta bukan untuk konsert-konsert rock sebegini. Terasa ada ketidak seimbangan frekuensi di awal-awal konsert sehinggakan terasa vocal bunyi seakan bergema. Mungkin level mid-range yang agak berlebihan. Tapi aku yakin kalau setup yang sama untuk persembahan “open air”, pasti hasilnya lebih gempak! Dengan bulu roma di tangan pun bergetar pabila Nicko Mcbrain menghentak kick drum 24 inci beliau.!

Dave Murray dan Adrian Smith bertukar-tukar gitar antara Fender Stratocaster dan Gibson Les Paul (ini sebab ketara kenapa hanya Fender dan Gibson sahaja gitar yang layak dibawa untuk beraksi di atas pentas!). Sedangkan Steve Harris setia dengan Fender P-Bass beliau yang sangat-sangat ketara denting besi ketika soundcheck terakhir sebelum tirai dibuka. Nicko Mcbrain aku perasan masih setia dengan Premier drumset dengan tom-tom yang panjang dengan kit 24 inci (saiz standard drummer biasanya 22 inci sahaja!). Patutlah bila time rolling, bunyi panjang dan sedap! Snare beliau aku yakin masih setia dengan Ludwig seperti Live After Death punya setup. Sedap betul bunyi snare beliau. Cuma Janick Gers aku kurang perasan apa gitar yang beliau pakai tapi kelihatan seperti Fender Strat putih pada sebahagian lagu (ada yang mengatakan beliau juga menggunakan gitar Jackson, ada siapa-siapa boleh confirmkan?). Aku juga perasan soundman di belakang yang menggunakan board Soundcraft Digital untuk menyeimbangkan bunyi-bunyian yang dihasilkan dari atas pentas. Rigging lampu dan pentas memang dibawa khas menggunakan Boeing 757 Edd Force One yang pastinya setup yang sama juga untuk baki 27 persembahan lagi.

Konsert tamat tepat jam 11pm dengan satu encore. Number Of The Beast, Hallowed Be Thy Name dan Running Free rasanya cukup sebagai penutup konsert. Walaupun aku tahu ramai yang mengharapkan lagu-lagu seperti Rime Of The Ancient Mariner (ehem!), Wasted Years, Sign Of The Cross dan macam-macam lagi. 15 album mereka, takkan la dorang nak main semua lagu kan? Hahahaha. Lepas konsert kami kembali menapak sampai ke restoran Mcdonalds di depan stadium semata-mata untuk dapatkan teksi. Boleh pula terserempak dengan abang Ramli Sarip yang sedang dalam perjalanan nak menjemput 12 orang ahli rombongan yang menunggu di stadium…hahaha. Penat memang penat, rabak memang rabak tapi yang penting kepuasan yang didapati tu tak dapat dijual beli. Secara rasminya carta konsert terbaik yang aku pernah pergi selama ini telah diambil alih oleh Iron Maiden: The Final Frontier Tour manakala Toto: Live In Cyberjaya jatuh ke nombor dua. Pada aku untuk menyaingi konsert Iron Maiden ini baik dari segi produksi mahupun persembahan, hanya band-band otai seperti Led Zeppelin atau Pink Floyd sahaja yang mampu melakukan. Itupun kebarangkalian untuk mereka reunion tersangat nipis dan line-up klasik mereka memang takkan pernah dapat untuk dikumpulkan balik!

Rating: 98/100

p/s: ketiadaan gambar memang disengajakan. kalau nak tengok gambar-gambar sekitar konsert, dalam facebook rasanya ramai yang dah upload..keh keh keh

p/sii: setlist lengkap kita tunggu mahaguru-mahaguru die hard fans Iron Maiden kita punya review...

p/siii: terharu dengan kata-kata bruce dickinson sebelum lagu blood brother. walaupun aku tak dapat tangkap keseluruhan ayat tapi maksud keseluruhannya berbunyi lebih kurang "biarpun kita seorang muslim, kristian, jew atau sebagainya, kita semua sebenarnya bersaudara..." betul tak maksud lebih kurang ni otai-otai Maiden sekalian? huhuhu