Sekarang semua orang asyik bercerita pasal Iron Maiden. Memang gila-gila punya kecoh la kali ni. Pinjam kata-kata
Deaf (via sms); "Tak pernah dalam sejarah (di Singapura) sesebuah konsert jadi meriah macam ni".. Baru kau kenal penanganku..hahaha
Jadinya sekarang memang sudah SAHIH yang Iron Maiden akan turun buat pertama kalinya ke rantau Asia Tenggara dalam jelajah dunia selama 66 hari mereka. Indonesia dapat dua
show dan Singapura satu. Malaysia? Aku tak tahu apa perkembangan tentang deal
itu hari. Tugas aku hanya menemukan
contact person Iron Maiden dengan
prospect sponsor. Yang lain-lain mereka akan
deal sendiri. Tapi aku rasa macam tak boleh jadi kot. Sebabnya?
Pasal Iron Maiden dah turun Singapura! huhuhu
Ok. Kita bercakap benda yang pasti saja. Sekarang aku juga dalam dilema. Niat di hati nak ke Singapura tapi ada pula puak-puak yang ajak ke Bali.
Travel guna flight baru terasa
Flight 666 katanya. Adus..bingit juga bila kena pilihan-pilihan macam ni. Ibarat disuruh memilih antara Nanako Matsushima dengan Lisa Surihani..hahaha
Mari kita tengok kemungkinan-kemungkinan yang ada..
Untuk konsert di Indonesia (Jakarta dan Bali), ikut maklumat dari
laman web ini, tiket
pre-sale untuk Indonesian Iron Maiden Forum adalah antara IDR (Indonesia Rupiah) 200,000 ke IDR 1,000,000 yang bila ditukar ke matawang Malaysia menjadi antara RM 69.28 ke RM 346.40 mengikut laman web tukaran matawang
di sini. Dan ini adalah harga pra-jualan!
Manakala untuk konsert di Singapura pula mengikut tampalan di blog
berteromber, harga tiket adalah dari SGD (Singapore Dollar) 101 ke SGD 178 yang bila ditukar ke matawang Malaysia menjadi antara RM 241.99 hingga RM 426.48. Ini rasanya adalah harga jualan (bukan
pre-sale). Dan telah termasuk yuran tempahan tiket sebanyak SGD 3 iaitu RM 7.18
Rasa-rasanya mana satu yang lebih praktikal dan ekonomi? Dengar khabar AirAsia juga akan membuka tempahan promosi untuk ke Bali sedikit hari lagi. Sila abaikan faktor jarak kerana kita di Malaysia akan tetap menggunakan passport tak kira ke Bali mahupun Singapura.
p/s: Inilah masanya nak pakai baju band yang betul di konsert yang betul. Bukan pakai baju Iron Maiden pergi tengok konsert Search atau Wings....hahahaha