Rabu, 20 Januari 2010

Terlalu indah...

Pejam mata, hayati melodi lagu ni. Bukak mata, hayati lirik pulak. Lagu yang sangat bagus pada aku tapi jarang-jarang keluar radio. Ntah apa masalah dengan stesen radio kat Malaysia ni pun aku tak tau...

Didedikasi untuk seseorang yang "terlalu indah"...ahaks!



Dari redup matamu, di situlah ada
Kemilau yang tenang, terlalu indah
Aku tak percaya kau berdiri di situ
Masih ada jiwa sama tak setuju...

Ku cuba berulangkali, cuba mempercayai
Apakah ini realiti???

Dari redup matamu, semua terpaku
Telah lama menunggu, terlalu rindu
Datanglah kau salju dekatlah ke hatiku
Ku mahu kau tahu ku sayang padamu...

Ku cuba berulangkali, cuba 'tuk menyakini
Agar kau takkan pergi lagi...

Kau bawa cinta yang ikhlas, kau bawa karma yang jelas
Pastinya kau yang terbaik untukku...
Terlalu indah, kau terlalu indah
Dari mataku kaulah satunya yang paling terindah

Kau bawa sayang yang kukuh, kau bawa kasih yang utuh
Segalanya yang kau ada kau bawa bersama
Kerna kau terlalu indah

Di dalam hati ini, ku harus akui
Telah lama menanti, terlalu sunyi
Aku tak percaya kau masih disini
Pasti ada auramu yang tersendiri

Ku cuba berulang kali, cuba mempercayai
Apakah ini realiti???

Kau bawa cinta yang ikhlas, kau bawa karma yang jelas
Pastinya kau yang terbaik untukku...
kau terlalu indah..

(lagu: cd naz lirik: zizie hashim)

13 ulasan:

speedrider berkata...

pengaruh nur kasih ni....
maksud aku... yang buat entry neh.. hehehehe

zan berkata...

Ahhh..
Level lagu ni sama macam kejoraku bersatu pada aku...huhuhu

eddie dewanaga berkata...

zizie yg bikin lirik dia ye...

nice!

berteromber berkata...

boleh tahan lagu ni...tapi radio malaysia macam biasa la...sampai sekarang masih tak jelas apakah kriteria untuk satu2 lagu tu dapat dimainkan kat radio..

zan berkata...

Pernah dapat info dari kawan yang pernah jadi artis bahawa PRO dia "entertain" sorang DJ dari radio melayu yang kononnya rentak terkini tu dengan pergi lunch n siap belanja main pool hanya nak dapat airplay. Tapi lagu dorang tu kuar ada la 2-3 kali...

Tu baru artis yang tak berapa nak jadi..Kira la berapa banyak artis yang macam ni...hahaha. Memang jahanam muzik Malaysia...

10tonmind berkata...

yaaa...terlalu indah

deaf-angel berkata...

zan lama tak jumpa ko.

rindu.

huhu

zan berkata...

Ceh..ko turun Cheras senyap2..camne mau jumpa..huhuhu
Kasi sms la kalau lain kali turun. Boleh aku seret MK ngan Auze turun skali..

Er..beb..duit ko camne ni? No. akaun tak dapat ke? huhuhu

matakucing berkata...

ermm taknak kenal2 kan ker???

zan berkata...

Memang nak kenalkan tapi lom jumpa lagi la MK...hahaha

deus X machina berkata...

lagu pe ni bro
xpenah lak ku dengar
erk888

zan berkata...

Tajuk lagu : Terlalu Indah
Artis: CdNaz (CD Khanzab ex- guitarist Sil Khannaz, vox Metalasia)
Pencipta lagu: CdNaz
Penulis lirik: Zizie Hashim (adik Edrie Hashim)
Album: Single untuk album kedua CdNaz (belum berada dipasaran)
Kenapa tak pernah dengar? Rujuk sebab dipermulaan entry..

...$weE+ 666... berkata...

:-)
terlalu indah ditujukan buat seseorang yg terlalu indah dalam hidupku, FENRIZ SHAMUDIN! <3

BARBARIK PENTAS KERAS – PENUTUP MELAZATKAN UNTUK TAHUN 2022

Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...