*updated 6/2/10*


Damn..lama sudah tak update semenjak entry terakhir aku. Sebetulnya banyak benda yang nak di cerita tapi kamera digital aku ntah hilang ke mana. Konon-konon buat entry baru sambil letak gambar baru la meyakinkan..betul tak?

Bercerita pasal tahun 2009, aku pernah tulis dulu yang aku nak cuba lengkapkan koleksi Pink Floyd & Led Zeppelin aku sebelum akhir tahun. Alhamdulillah..tercapai sudah impian tu (walaupun buat masa ini hanya studio album dan sebutir-dua cd live). Aku akan teruskan pencarian untuk mengumpul material-material dari ahli-ahli kedua-dua band ni pulak (line-up Pink Floyd banyak jugak keluar album solo. Tiap-tiap orang ada album solo).






Tahun 2010 dimulakan dengan aku terlantar kat rumah. Rekod cuti sakit aku paling lama. Hampir sebulan dua belas hari! Krismas aku dalam bilik, tahun baru pun dalam bilik. Alhamdulillah aku dah masuk kerja semalam (2 februari). Moral of the story: Jangan belajar-belajar beli / carik mc kalau tak sakit. Nanti betul-betul mc..baik punya lama..huhuhu

(sepatutnya nak letak gambar salinan mc aku)

Wings akhirnya mengeluarkan album Live 21st anniversary mereka yang dirakam dua tahun lepas (18 & 25 Mei 2008). Walaupun rakaman ni hanyalah rakaman pada hari kedua (hari pertama lebih gurih dengan kehadiran Kid, Mus, Hattan) namun personally pada aku aku suka giler album Live ni. Pasal apa? 1st pasal aku turun kedua-dua malam tersebut (yang juga merupakan titik-tolak bermulanya idea untuk mewujudkan sayap-sayap wings) dan 2nd pasal ada lagu ni. Lagu ni disebut oleh Awie sebagai "request" khas dari Jojet. Dan pada aku, Awie berjaya membawa lagu ni (walaupun tak secemerlang masa mudanya) dengan bantuan penyanyi latar tak berbayar pada malam tersebut. Lagu apa?

(Sepatutnya inlay vcd 21st anniversary wings yang aku beli dengan posternya sekali)



(Sori kalau video klip takde kena-mengena dengan lagu. ni jer yang paling best boleh dapat kat youtube)

Runtuh..Penjara impian
Ku dihempas gelora
Linangan tangisanmu

Bila kau..Pertahankan kesucian
Cinta yg masih kabur
Di balik awan

Sesungguhnya..Terbukti kebenaran
Bisikan nurani
Ku yg melamar
Ke hujung dunia

Tiada ku terduga
Akan ketemukan
Yang diburu-buru
Seribu malam berlalu

Dan tak terlintas
Akan kutemukan
Gemala Saktiku
Dalam diri
Seorang perawan

Gemala saktiku
Oh..Dalam diri
Seorang perawan
Kota yang...kota yang berwarnakan dosa

Maafkan diriku sayang
Kerna terlanjur dan keliru
Maafkan diriku sayang
Kerna tersalah, dalam bayangan silam....

p/s: Untuk "wang bezaku" yang berada diluar sana..