Jumaat, 4 September 2009

Up Close & Personal with Wings! One night only..


Wings kembali lagi. Kali ni di venue yang berlainan (Planet dah musnah di bom, jadi berpindah pula ke Kedai Kopi). Setelah puas melantak lemang, ketupat, rendang, nasi beriani, nasi dagang, kek lapis, ketupat daun palas dan apa jua makanan eksotik yang biasanya hanya ditemui di bulan Syawal, maka acara ini adalah acara yang amat sesuai untuk membakar kembali lemak-lemak yang dikumpulkan hasil daripada aktiviti mencekik di pagi Syawal.

Tiket-tiket telah mula dijual mulai sekarang. Ada can untuk "sold out" seminggu sebelum persembahan bermula. Apa lagi, kepada rocker-rocker di luar sana khususnya kepada semua "sayap-sayap wings", mari kita gegarkan Hard Rock Cafe pula untuk satu persembahan yang mungkin akan menjadi persembahan yang akan diingati sepanjang tahun.

p/s: Dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, kapasiti Hard Rock Cafe hanya dapat memuatkan kira-kira 700 orang sahaja berbanding Planet Hollywood iaitu kira-kira 1000 orang.

p/s: Persembahan Wings sebelum ini di Planet Hollywood tak pernah menyaksikan kedatangan penonton yang kurang dari 1000 orang. Dalam erti kata lain, sold out! So, you can do the math right?

"Pastikan Orang kita ada dimana-mana sahaja.."


6 ulasan:

berteromber berkata...

bila la Wings nak turun Jb ni..lama dah tak nengok dorang live

Portdy berkata...

setuju dengan encik broteromber

zan berkata...

Wings dah ke JB (Danga Bay) ketika malam tahun baru 2009. Konsert Suria FM..

Untuk konsert berbayar..erm, kena sealed mulut dulu..hahaha

deaf-angel berkata...

aku nak gi tapi date tu aku rasa tak boleh make it la.
dah survey dok naik lrt turun mana semua haha.

wasted sey.

zan berkata...

Ala Deaf..kalau lu boleh turun pasal transport lu tak payah risau..macam tak biasa lak..hahaha

speedrider berkata...

zan,insya-allah jumpak kat sana. tunggu bos approve cuti dulu.

BARBARIK PENTAS KERAS – PENUTUP MELAZATKAN UNTUK TAHUN 2022

Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...