Ahad, 20 April 2008
Sekolah..
Seingat aku dah hampir 11 tahun aku tinggalkan alam persekolahan. Tapi tak bermakna lepas sekolah je aku ni tak kena "sekolah". Ya..sekolah, disekolahkan. Satu kata baru aku rasa dalam prosa kata bahasa pasar yang bermaksud "membasuh", menegur" dan yang seangkatan dengan nya.
Baru-baru ni pun aku kena sekolah gak. Sebenarnya bukan secara terus dekat aku la. Pasal salah satu band yang aku turut terlibat dalamnya (ya..aku ada banyak band. Pasal tu aku letak bassist untuk disewa..haha). Aku ditegur perihal pemuzik zaman sekarang (?) yang terasa berbeza dari dulu. Ala..kalau nak dibandingkan dengan dulu, bukan pemuzik je yang berbeza kan?
Tapi teguran tu memang buat aku belajar sesuatu. Sifat yang patut ada dalam band tapi paling susah nak ada sampaikan menjadi salah satu sebab kenapa band-band boleh "bungkus" awal.. Sifat rendah diri sesama ahli band. Kalau diperhatikan banyak band-band kat dunia ni yang berpecah pasal ahli band tak respek satu sama lain. Tak payah la nak kasi contoh, korang boleh google sendiri ataupun beli la mana-mana majalah muzik.
Teguran tu jugak membuka mata aku bahawa jangan sesekali merendah diri tak tentu pasal bila orang dah bagi kredit @ pujian kepada usaha / permainan kita. Macam yang di tegur oleh akak tu (ya, yang menegur aku ni seorang perempuan dan sudah agak lama dalam arena muzik bawah tanah), kalau band dulu2, tiap kali abis je sesi jamming dalam studio, masing2 akan bertepuk tangan tanda menghargai usaha ahli2 lain yang sama2 jamming. Usaha dorang mencarik lagu (kalau main lagu orang) ataupun keringat yang dah dorang kasi untuk menjayakan sesi jamming-menjamming tu.
Apa2 pun, aku dah dapat satu pengajaran baru untuk band2 aku yang akan datang ni. Merendah diri tu sifat mulia tapi kalau tak kena tempat, memang boleh menjengkelkan sebahagian orang. Respek kepada orang / band mate juga elemen penting untuk mengekalkan band. Dan masing-masing pun kena buat homework jugak la untuk mendapatkan perasaan hormat dari kalangan bandmates lain tu kan?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
BARBARIK PENTAS KERAS – PENUTUP MELAZATKAN UNTUK TAHUN 2022
Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...
-
Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...
-
Kehangatan Piala Dunia sudah masuk pusingan kedua. Rata-rata blog yang aku singgah kebanyakkannya semua update pasal bola. Tapi aku malas na...
-
Dua gambar yang cukup menceritakan segalanya. Pagi 28 Mac 2009 antara 1.15 am - 3.00 am, kereta aku kena pecah dan gitar bass kesayangan ak...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan