Khamis, 15 Mac 2007

Keluh-kesah..

Peringatan: Entry di bawah mungkin agak serius nadanya dan mungkin melibatkan perkara-perkara yang agak sensitif..


Malam tadi ada sesi bersembang didepan rumah aku. Aku dan member aku. Tengah syok2 kami bersembang, datang seorang member lama yang dah lama tak lepak sekali. Selepas bersalaman, sambil menghidupkan "Benson & Hedges"nya (dan tak lupa menghulurkan sebatang kepada kawan aku, bukan aku pasal aku dah 6 bulan kata TAK NAK!), beliau mula bercerita...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Cerita beliau dimulakan dengan cerita beliau telah bertukar tempat kerja (sebelum ini beliau bekerja di Sri Kembangan sebagai penjual kereta2 Proton). tempat kerja baru beliau sekarang di kawasan Setapak, sebagai penjual kereta Honda pulak. Baru mula bekerja tak sampai sebulan.

Cerita beliau dimulakan juga dengan masalah kekurangan duit yang dialami olehnya. Cerita tentang perkembangan jualan kereta di Malaysia yang dikatanya terlalu teruk (dari kaca mata seorang penjual kereta). Cerita tentang kehidupan di negara ini yang semakin hari semakin mendesak penduduknya tentang duit. Cerita tentang "cerita" yang diceritakan kepada beliau oleh seorang yang bekerja "menaiki-motor-besar-warna-putih" setiap hari tentang kenapa orang2 seperti beliau mengambil rasuah. Juga cerita beliau tentang seorang kawan didalam industri penjualan buku mengenai betapa "susahnya" hidup sebagai penjual buku (salesman syarikat) untuk menyara bini dan 5 orang anak dengan gaji yang "ado-ado". Sehingga tergamak memberi nasihat yang "berguna" kepada beliau dengan mengatakan "sekarang ni, apa benda yang boleh disebat, kau sebat.." Hingga kepada cerita terakhir kawan aku yang menceritakan kerana kesusahan yang dialami sekarang, beliau mula berjinak-jinak bermain "nombor ekor" dengan kadar yang konsistan, setiap Sabtu sebanyak RM 10.00 sekali main.

Kawan aku ni juga sempat memetik sebuah hadis yang bermaksud (tafsiran bebas) "sesungguhnya kemiskinan itu membawa kepada kekufuran" untuk membawakan maksud ke"relevan" an beliau bermain nombor ekor. Itu belum dikira dengan caci-maki dan herdikan beliau kepada pihak pengurusan negara dan partai politik kerana kesusahan yang menimpa beliau sekarang.

Apa yang aku dapat lihat pada masalah kawan aku ni ialah DUIT. Hm..punca kemurungan 90% manusia (baca: lelaki) kat dunia ni berpunca dari duit gak. Dari apa yang diceritakan, memang tu la masalah besarnya. Sampaikan sanggup bermain nombor ekor untuk menunjukkan tanda marah pasal beliau takde duit (pelik kan?)

Masalah duit ni memang masalah yang aku rasa sampai akhir zaman pun tak boleh nak selesai. Memang ada bermaca-macam cara orang buat duit sekarang ni. Dengan MLM la, pelaburan internet la, kerja part-time la..tapi tu la. Pada aku kat dunia ni kalau nak kaya, nak berjaya, uasaha kena lebih. Aku pun tak setuju dengan apa yang aku dengar tapi..orang tengah marah. Apa yang kita cakap pun, dia bukannya dengar.

Aku cuma boleh kata kat beliau supaya redha dengan apa yang ada dan tak perlu nak tunjukkan tanda protes kita sampai main nombor ekor. lagi la nampak bodoh. dah la takde duit, main nombor pulak tu. Komen aku pasal negara ke, politik..takyah kot aku nak tulis. Cuma ye la..aku harapkan semoga satu hari nanti member aku tu akan ok balik dari problem duit beliau ni..

Money, get away.
Get a good job with good pay and youre okay.
Money, its a gas.
Grab that cash with both hands and make a stash.
New car, caviar, four star daydream,
Think Ill buy me a football team.

Money, get back.
Im all right jack keep your hands off of my stack.
Money, its a hit.
Dont give me that do goody good bullshit.
Im in the high-fidelity first class traveling set
And I think I need a lear jet.

Money, its a crime.
Share it fairly but dont take a slice of my pie.
Money, so they say
Is the root of all evil today.
But if you ask for a raise its no surprise that theyre
Giving none away.

Huhuh! I was in the right!
Yes, absolutely in the right!
I certainly was in the right!
You was definitely in the right. that geezer was cruising for a
Bruising!
Yeah!
Why does anyone do anything?
I dont know, I was really drunk at the time!
I was just telling him, he couldnt get into number 2. he was asking
Why he wasnt coming up on freely, after I was yelling and
Screaming and telling him why he wasnt coming up on freely.
It came as a heavy blow, but we sorted the matter out



*gambar dari majalahkereta.com
*lirik lagu: Pink Floyd - Money

Tiada ulasan:

BARBARIK PENTAS KERAS – PENUTUP MELAZATKAN UNTUK TAHUN 2022

Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...