Isnin, 30 April 2012

Marky Ramones Blitzkrieg Asian Tour 2012 28 April 2012



Pada aku, sesebuah band itu sudah mencapai tahap 'cult' dan 'legend' bilamana salah seorang daripada anggota band itu mampu untuk membuat 'World Tour' tanpa perlu berharap kepada band asal. Sekurang-kurangnya itu yang ditunjukkan pada konsert kali ini dimana Marky atau nama sebenarnya Marc Steven Bell, anggota kedua termuda dalam The Ramones (paling muda adalah CJ yang menggantikan Dee Dee selaku bassist) mengadakan konsert keliling dunia bersama-sama Michale Graves, bekas penyanyi Misfits di dalam sebuah kumpulan yang dinamakan Blitzkrieg.

Sedikit pengenalan tentang Marky. Beliau bukanlah anggota asal The Ramones. Hanya apabila Tommy mula menarik diri dari posisi drum pada 1978, Marky diminta mengambil alih peranan Tommy dan mula memakai nama Ramone di hujung namanya.

Konsert ini, atau lebih sesuai dipanggil gig, telah diadakan di tempat parking kereta Bukit Jalil, bertentangan dengan Stadium Hoki Bukit Jalil. Untuk yang pernah merasa zaman-zaman Terminal Bas Selatan Bandar Tasik Selatan masih dalam pembinaan (terutama Deaf), tempat ini adalah perhentian sementara bas pada ketika itu.

 (nama band pembukaan sebelum berlaku perubahan saat akhir)

Gig dimulakan tepat pada pukul 7.45 malam dengan band pembukaan, Pusher. Muzik Pusher pada pendengaran aku sangat baik cuma dikecewakan dengan kegagalan amplifier gitar kedua berfungsi. Kental dengan genre Punk Rock pengaruh The Clash, Bad Religion dan diketuai oleh Alak selaku penyanyi dan pemain gitar kedua (Alak juga adalah vocalist Carburetor Dung yang pernah kontroversi dulu). Sempat memainkan lagu anthem yang pernah dipopularkan oleh The Clash "I Fought The Law" selain lagu-lagu mereka sendiri.

Band kedua, Berantakan ternyata datang dengan pengikut-pengikut mereka. Penonton sudah mula berpogo dan memaksa penonton-penonton lain ketepi. Tapi aku rasa penonton yang datang semuanya 'sporting' bilamana tiada yang marah-marah dengan aksi 'pogo' dan 'stage diving' yang dilakukan oleh segelintir penonton. Ialah, nama pun konsert punk rock. Memang rupa tu la menari punk rock pun...kah kah kah. Berantakan membawakan 3 lagu cover dari Bad Religion "Do What You Want", The Bollocks (KP Chaos) "Malapetaka" dan lagu dari filem Nujum Pak Belalang "Penyamun" selain lagu-lagu dari demo mereka.

Band ketiga untuk pembukaan konsert ini adalah antara pioneer dalam arena punk rock tempatan, Subculture. Azreen muncul dengan drummer dan bassist baru (aku tertanya-tanya apa jadi dengan Sani?) disamping Fao selaku gitaris utama. Diperkenalkan oleh MC sebagai "First Malaysian Punk Rock Band Recognize By Gibson" ternyata kemunculan mereka dengan gitar Gibson memang tak mengecewakan. Dimulakan dengan Fun Friends, diikuti dengan Blue Skirt Baby, Turning Around, My Baby Dont Wanna Play With You, mereka juga sempat memainkan dua singles terbaru yang akan dimuatkan dalam rilisan keempat mereka. Diakhiri dengan lagu cover dari "Sharifah Aini", bak kata Azreen, Roots Radical oleh Rancid menjadi penutup yang manis untuk persembahan mereka.


Kelibat Marky mula kelihatan di atas pentas tepat jam 9.20 malam. Dengan hanya "Hello" sebagai salam perkenalan, persembahan mereka dimulakan dengan "Rockaway Beach" diikuti dengan setlist lagu-lagu dengan 'trademark' 1234 Ramones. Pada pengamatan aku mereka membawa hampir kesemua lagu-lagu Ramones yang menjadi siulan satu ketika dulu seperti Sheena is A Punk Rocker, Rock n Roll High School, I Wanna Be Sedated, Beat On A Brat, I Wanna Sniff Some Glue, Pet Cemetery, The KKK Took My Baby Away, Rock n Roll Radio, I Wanna be Your Boyfriend (masa ni ada satu couple boleh bantai cemolot depan aku...hampeh!) I Don't Wanna Grow Up, Psycho Therapy, R.A.M.O.N.E.S, 53rd and 3rd, have You Ever Seen The Rain dan banyak lagi sebelum diakhiri dengan Blitzkrieg Bop. Michale Graves juga sempat membuat persembahan secara solo untuk dua buah lagu (aku tak tau lagu apa) selain menyanyikan lagu yang pernah di"cover" oleh Joey Ramone dalam album solonya, What A Wonderful World.

Sepanjang hampir 90 minit mereka beraksi, rasa kagum aku terhadap Marky bertambah melihatkan bagaimana beliau dengan tenang di usia 56 tahun masih mampu mengemudi bahagian drum tanpa kelihatan terkucil atau lari tempo. paling aku kagum ialah permainan hi-hat beliau yang pada aku antara yang paling laju tetapi constant! Untuk kalian yang sudah biasa mendengar album 'live' Ramones seperti It's Alive, Loco Live atau We're Outta Here (The Last Concert) pasti tau walaupun lagu-lagu mereka pendek-pendek (purata 2-3 minit sebuah lagu) namun akan dimainkan secara terus-menerus tanpa henti 15-20 lagu dengan hanya diselangkan dengan "1234!" Michale Graves aku lihat cuba untuk bergerak lincah di atas pentas tanpa memikirkan bahawa mereka sedang bermain di sebuah negara beriklim khatulistiwa! Hasilnya beliau kelihatan pancit di pertengahan konsert selain suara yang kadangkala kedengaran out of tuned dan lirik yang berterabur! Jadi dapat difahami kenapa Joey hanya berdiri tegak ketika menyanyikan lagu-lagu Ramones dengan sebelah tangan memegang batang mikrofon. You're still legend Joey!

Seperti biasa masalah sound system dengan konsert di Malaysia ibarat peserta demo dengan FRU. Tak boleh berpisah! kah kah kah. Di permulaan persembahan Marky jelas kelihatan muka bassist dan gitarist yang berkerut kerana tak dapat mendengar bunyi gitar mereka sendiri. Memang nampak struggle brader soundman masa time ni. Walaupun konsert ini tidaklah berskala besar (perkiraan aku kalau penuh boleh muat  kurang lebih 1500 orang tapi kedatangan cuma separuh) tapi sepatutnya pihak penganjur tidak boleh berkompromi dengan masalah-masalah sebegini. Apapun segunung pujian aku lambakkan kepada penganjur, Rolling Rocks kerana berjaya menganjurkan konsert ini memandangkan ini adalah konsert pertama mereka (first konsert terus panggil otai! Terer, terer). Diharapkan mereka tidak serik untuk menganjurkan konsert-konsert bergenre sebegini lagi.

Konsert ini dijalankan pada hari yang sama Bersih 3.0 berlaku di Kuala Lumpur. Rasanya mamat-mamat punk rock hari tu semua rebel kat dalam konsert saja, tak join perhimpunan tu...keh keh keh   

   


Kredit gambar: Google

Isnin, 23 April 2012

Man Keedal...



"Ala. Sekarang ni main pun untuk enjoy-enjoy je. Dah tak payah nak pening-pening kepala. Abang pun kira ni last round je ni..."

Dialog di atas dilontarkan oleh Man Keedal, salah seorang guitar hero dalam hati mat rock - mat rock di 1Malaysia ini. Walau ada yang tak suka cara permainan beliau yang laju "konon-bajet-Malmsteen" tapi tanpa kita sedari, kita juga tergila-gilakan solo gitar dalam lagu-lagu Jamal Abdillah, Hattan (dan juga Spring) serta ramai lagi tanpa kita sedari bahawa beliaulah manusia yang memainkan not-not yang menjadi kegilaan kita itu.

Aku berkesempatan berbual (beramai-ramai) dengan beliau usai sesi latihan untuk konsert "Stomping Sabah" di KK pada 6-7 November 2010. Melihatkan kepada gaya bahasa dan corak permainan beliau, ternyata beliau lembut orangnya.

Aku tertanya-tanya apakah yang akan terjadi kepada barisan guitar hero yang ada di 1Malaysia ni. Joe Wings, Man Keedal, Hamdan Bloodshed, Kid Search, Hillary Ang, Opie Fotograf (sekadar menyebut beberapa nama) tanpa kita sedar semakin lama semakin perlahan rentak mereka dalam arena muzik. Kecuali Joe Wings yang aku tahu punyai beberapa projek dan juga konsert, yang lain-lain boleh dikatakan kemunculan mereka umpama "penampilan istimewa" pada satu-satu majlis atau persembahan.




Jumaat, 20 April 2012

Kembalikan...

kembalikan manis pada gula,
masin pada garam,
pahit pada hempedu;

kembalikan sejuk pada salju,
panas pada bara;

kembalikan keras pada waja,
lembut pada kapas;

kembalikan bahagia pada cinta,
mimpi pada tidur,
suara pada seru;

kembalikan perintah pada raja,
taat pada rakyat;

kembalikan adil pada hakim,

kembalikan pada berhak
pada semuanya,
semuanya....

Dr. Muhamad Saleeh Rahamad
(diambil dari fb beliau)

BARBARIK PENTAS KERAS – PENUTUP MELAZATKAN UNTUK TAHUN 2022

Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...