Sana-sini blog-blog yang aku baca penuh dengan carutan. Rasa marah dan panas menguasai seantero dunia blogger. Pelik gak aku, ingatkan dorang ni sedang merayakan sesuatu. Rupa-rupanya semua ni berasal dari kisah seorang budak perempuan yang kena dera sampai mati tu (aku yakin korang semua tau).
Seingat aku, lebih kurang 20 tahun yang lepas pernah terjadi kes yang sama. Yang aku ingat naka kanak-kanak malang tu Balasundram kalau aku tak silap. Ya, keturunan hindu. Ada jugak kes kanak-kanak perempuan melayu (aku lupa nama dia). Kemudian ada lagu yang di cipta khas yang dinyanyikan oleh gabungan artis-artis kita yang menentang penderaan kanak-kanak ni. Tajuk dia "Tangan Yang Menggapai".
Sekarang di zaman serba canggih ni, skrip yang sama kembali berulang. Kali ni jalan cerita dia lebih "daring". Dera depan orang ramai tapi takde sorang pun yang berani nak halang mamat tu belasah budak tu. Sungguh "penyayang" masyarakat kita sekarang ni kan?
Jadi aku dedikasikan lagu di bawah kepada "Abang Mat", Siti Nurhanim Aziz aka ibu simati dan juga kepada mereka-mereka yang boleh tengok je budak umur 3 tahun tu kena belasah dekat PADANG BOLA dengan ucapan "fuck you and your mother fucking mama..we're gonna kill all you mother fuckers..."
8 ulasan:
ada satu lagi lagu,
Okid - Derita
1Malaysia sedang marah.
aku suka kupasan dari blog http://mazidulakmal.blogspot.com/
main bola reramai...tapi xd sorg pun yg g belasah mamat tu
setuju dgn Portdy, byk fakta bercanggah, ibu arwah penuh dgn teka-teki.
kalau ia berlaku disekeliling gua, insyallah, suspek akan jejak lokap dgn satu penyesalan.
suspen ah malaysia sekarang ni...
Portdy n Eddie..
Mazidul berjaya mengupas dari segi matematik..tu pasal mak budak tu pun termasuk sebagai penerima "pilihan bersama" aku..
mus speed..
"Derita" x terlintas dalam kepala otak wa time ni. Wa tetiba teringat kes budak hindu yang kena dera sampai mati puluhan tahun lepas & lagu yang keluar pasal kes tu..
Emy & abang ben..
Malaysia memang dah tak selamat sekarang. Makin ramai orang gila..huhuhu
pembunuh budak tu dah cek air kencing ke belum atau polis tak cek langsung...
kadang2 substance abuse buat otak lari..
tapi mungkin dah jadi perkara biasa kot kat area dia.
Bagi aku insiden ni sebenarnya mengambarkan masyarakat kita yang masih dgn sindrom "itu hal dia, bukan hal aku.", "Jangan masuk campur hal orang", "Jangan jaga tepi kain orang, nanti kain sendiri terlondeh...). Prinsip inilah yg menyebabkan banyak masalah dalam komuniti.
Bak kata Azwan Ali...Ada aku kesah?
Dah kena batang hidung sendiri baru ambil kesah agaknya.
Catat Ulasan