Jumaat, 11 Mei 2012

Dirgahayu, Queen!






Queen 40th anniversary Limited Edition box set (5 album pertama). Dari kiri (atas) ikut pusingan jam: Queen, kotak "box set", Queen II, Sheer Heart Attack, A Night At The Opera, A Day At A Race. Bonus: Poster Queen.

Nampaknya kena jual la pula Queen & Queen II aku. RM 80.00 siap pos. Ada siapa-siapa berhajat? he he he.

Untuk rujukan sila klik sini..:-)

Rabu, 2 Mei 2012

Dirgahayu...Queen! (Bahagian satu)


Dirgahayu - sl dilanjutkan usia, dipanjangkan umur (sumber sini)


Dalam banyak-banyak band rock klasik, Queen adalah antara yang memberikan pengaruh besar dalam menentukan citarasa muzik aku (bukan gaya hidup ok?). Sebenarnya kalau diperhatikan, era klasik rock (1960 - 1980) adalah era yang paling kreatif pada pendapat aku di mana walaupun banyak band-band yang muncul tapi mereka boleh membentuk satu konsep atau perbezaan dari segi muzik hingga memungkinkan sukar untuk mencari persamaan antara satu sama lain.

Queen antara kumpulan yang jatuh dalam kategori "lain" ini. Tatkala kumpulan rock dari kepulauan Britain seperti Led Zeppelin dan Pink Floyd sudah menerapkan elemen-elemen "psychedelic" dalam lagu-lagu mereka, Queen muncul pada 1973 dengan konsep muzik "theatrical" iaitu suatu konsep di mana muzik mereka bukan sekadar didengar, malahan diolah seakan-akan muzik latar belakang drama atau teater.

Sekurang-kurangnya itulah yang aku alami tatkala mendengar dua album pertama Queen ini. Queen & Queen II, dua album yang dikeluarkan selang setahun (1973 & 1974) menampakkan betapa produktifnya gabungan Freddie Mercury, Brian May, John Deacon dan Roger Taylor ini. Dirakamkan di studio Trident, London untuk kedua-dua album, album ini menampakkan sisi atau prinsip awal mereka yang jelas tidak mahukan bunyian synthesizer (malangnya mereka terpaksa akur dengan penggunaan synthesizer dan menggunakannya untuk lagu-lagu mereka selepas itu seperti Radio GaGa dan

Versi yang ada pada aku adalah versi CD remastered Printed in Holland (sudah tentu remastered, tahun 1973 masih dengan LP lagi...he he he). Menggunakan studio Jalan Abbey sebagai studio remastered, walaupun menggunakan digital remastered tetapi seboleh mungkin mereka cuba untuk mengekalkan jiwa analog dalam rilisan semula ini. 


(perhatikan disclaimer ..."and nobody played synthesizer")

Album pertama, Queen mengandungi 10 lagu di mana 4 lagu ditulis oleh Brian May, 5 lagu oleh Freddie Mercury sendiri manakala satu oleh Roger Taylor. Brian May berkongsi kredit dalam satu lagu "Doing All Right" dengan bekas bassist kumpulan Smile, Tim Staffell (May dan Taylor adalah anggota asal Smile manakala Mercury adalah peminat mereka asalnya). Dalam album ini juga buat pertama kalinya logo Queen diperkenalkan. Direka oleh Freddie Mercury sendiri (beliau mengambil jurusan seni ketika di kolej), ianya menggabungkan lambang zodiak bagi setiap anggota Queen, dua singa Leo (Deacon & Taylor), ketam Cancer (May) dan dua pari pari Virgo (Mercury) dan terkenal dengan jolokan "Queen crest".

Track pembukaan, Keep Yourself Alive adalah sebuah lagu rancak yang akhirnya menjadi 'trademark' bagi mereka. Doing All Right sebuah track yang agak melancholic pada awalnya (mungkin pengaruh asal Smile adalah lagu-lagu sebegini). Kemudian 'drive' lagu meningkat sebelum solo gitar sebelum turun kembali seperti asal (memang tipikal Queen sebegini bukan?)

Great King Rat menampilkan rentak lagu yang 'catchy', overdub suara dan harmoni melampau (yang akhirnya menjadi trademark mereka juga) dengan lirik yang berulang-ulang pada sesetengah tempat. Juga kedengaran ada sedikit unsur-unsur "punk" pada sebahagian lagu.


Agak panjang kalau nak kupas kesemua lagu-lagu dalam album ini tapi selepas mendengar keseluruhan track, memang tak dapat dinafikan yang mereka sebenarnya sudah menetapkan konsep muzik mereka seawal album pertama lagi. Dan tak pernah sekalipun mereka menukar konsep malahan diperkembangkan lagi konsep itu sehinggalah menjadi seperti apa yang kita dengar sekarang.

Queen

Freddie Mercury (vocals, piano)

Brian May (guitars, piano, vocals)

Deacon John (seperti dalam rilisan asal LP) (bass guitar)

Roger Meddows-Taylor (percussion, vocals)

Senarai lagu:

1. Keep Yourself Alive (May)

2. Doing All Right (May - Staffell)

3. Great King Rat (Mercury)

4. My Fairy King (Mercury)

5. Liar (Mercury)

6. The Night Comes Down (May)

7. Modern Times Rock 'N' Roll (Taylor)

8. Son And Daughter (May)

9. Jesus (Mercury)

10. Seven Seas Of Rhye (Mercury)

Trivia:

Track 10 (Seven Seas Of Rhye) di dalam album ini hanyalah sebuah instrumental yang masih belum lengkap dan hanya sempurna di dalam album kedua mereka, Queen II (akan diulas selepas ini).

Mereka terpaksa meletakkan disclaimer "nobody played synthesizer" juga untuk menerangkan kepada pendengar bahawa apa yang mereka dengar bukan bunyian synthesizer tetapi hasil dari permainan gitar "overdub" berlapis-lapis yang kemudiannya membuatkan Brian May terkenal dengan cara permainan sebegini.  

Roger Taylor menyanyikan sendiri lagu ciptaannya, Modern Times Rock 'N' Roll.     

BARBARIK PENTAS KERAS – PENUTUP MELAZATKAN UNTUK TAHUN 2022

Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...