(Gambar tiada kaitan. Sekadar hiasan)
Memula entri ni aku nak kasi tajuk nyala rasa. Tapi bila aku google dan jumpa satu entri di blogosfera ni yang menggunakan tajuk yang sama, maka aku ubah kepada kata sinonim untuk nyala rasa. Perkataan "malam" tu pulak sekadar penyedap. Macam tajuk lagu Search - Ghairah Malam 15..hehehe
Mula-mula aku dengar perkataan ni secara sedar bila diucapkan oleh
jiran aku. Dia cakap perkataan tu maksud untuk "Passion" pasal iklan "Toyota" guna perkataan ni..huhu. Banyak maksud perkataan ni. Antara yang aku jumpa masa "google" ialah ghairah, rasa yang sentiasa ada gelora, rasayang jauh sekali dari dingin atau bisu, rasa yang sentiasa menggelegak. Korang boleh pikirkan la apa lagi perkataan yang sama makna dengan yang ada kat atas ni.
Semua orang tahu kalau kita nak buat sesuatu kena bersungguh. Kalau dalam Islam tambah satu lagi iaitu Istiqamah. Passion ni pulak bila kita bersungguh-sungguh nak menyempurnakan sesuatu. Sampai bermacam ikhtiar digunakan semata-mata untuk melihat benda yang diusahakan tu "success".
Dalam hidup aku sekarang ni, untuk jangka masa pendek ada dua projek yang aku tengah usahakan. Dua-duanya melibatkan penglibatan kawan-kawan aku. Dan baru aku paham benda besar mana pun, kalau kita bersunguh, rasa dalam jiwa sentiasa bergolak dan sabar, insyaallah semua boleh jadi. Dua benda ni memang tak pernah termimpi nak aku buat selama ni tapi sekarang ni boleh kata dah separuh jalan dah ni..huhuu. Untuk keterangan lebih pasal projek aku, bila dah jadi nanti aku akan update balik..hehehe