Poster iklan jualan advance Katharsis dalam empat muka berbeza oleh Fenomena Music.
Dalam
usia 19 tahun, aku telah menduduki 3 peperiksaan awam Malaysia (UPSR, PMR &
SPM) dan 2 kali melangkah masuk ke UiTM (sebelum kemudiannya melangkah keluar
di pertengahan jalan. Cerita lain). Begitulah kalau boleh aku bayangkan betapa
panjangnya tempoh 19 tahun itu. Lama bukan? Dan apabila selepas 19 tahun album
Bikin Wilayah di mana itulah kali terakhir gandingan Kid dan Din dalam satu
album rakaman studio dikeluarkan, aku diserang perasaan gemuruh, cemas, panik,
suka, gembira...entah hape-hape! Lain macam betul perasaan yang datang bila
kali pertama mendengar single terbaru
Search, Sidang Kangaroo melalui speaker
‘gigi biru’ Voombox aku. The Taib
Brothers are back!
Aku
mengulang dengar Katharsis, rilisan terkini dan mungkin terakhir Search ini
berulang-ulang kali. Dalam kereta aku, dalam kereta mak aku, dengar guna
earphone, dengar guna ‘built in’ speaker komputer pejabat, dengar guna speaker
bluetooth Voombox Ongo...sebelum mengambil keputusan untuk menaip ulasan ini.
Perlu ditekankan ini adalah ulasan peribadi aku. Mungkin pada korang yang
membaca akan ada perbezaan pendapat...aku tak tahulah. Kalau tak setuju,
tulislah ulasan korang sendiri. Lagipun, bukan korang yang kasi aku duit untuk
beli CD pun. Kah!
Katharsis diiklankan sebagai album Search yang
paling lama mengambil masa untuk dirakam, album yang paling mahal dibikin oleh
Search dan juga menemukan kembali gandingan Search bersama penerbit ‘keramat’
mereka. Siapa lagi kalau bukan (Dato’) M. Nasir! Akirnya kita semua perlu
menerima bahawa hanya M. Nasir yang sesuai dan memahami kumpulan Search dan
Search memang perlukan M. Nasir. ‘Match Made In Heaven’ giteww! Bukan perkara
yang negatif pun pada aku akan gandingan berbisa ini. Sejarah mereka sendiri
telah membuktikan betapa gemilangnya mereka berdua ketika bergandingan. Hats off untuk duo ini!
Aku
suka direction M. Nasir dalam
Katharsis. Jelas dan memahami luar dalam karakter kumpulan ini. Hampir kesemua
lagu yang dikreditkan atas nama beliau kedengaran sesuai dengan Search. Macam
mengimbau balik album-album yang terdahulu pun ada. Kadang teringat Rampage
ketika dengar lagu ini, kadang teringat Gema Di Timur Jauh ketika mendengar
lagu itu. Ada juga terimbau sampai Fenomena ketika mendengar lagu yang lain
(sengaja aku tak namakan lagu-lagu itu). Kumpulan Search sendiri menyumbang
beberapa lagu dalam album ini. Acey (Nasir) ada dua lagu, Din ada satu lagu.
Dan beberapa lagu lagi yang dikongsi kredit bersama dengan M. Nasir.
Termasuklah lagu single mereka, Sidang Kangaroo.
Track pembukaan untuk album ni dimulakan
dengan Gagalista, sebuah lagu oleh M. Nasir sementara lirik ditulis oleh Buddhi
Hekayat. Tidak dapat tidak, apabila melihat akan tajuknya saja, terus aku
teringatkan Hishamuddin Rais, susuk yang mempopularkan perkataan gagalis itu
sendiri dengan senarai gagalis yang dikeluarkannya setiap tahun ketika tarikh
‘keramat’ 14 Februari. Kah kah kah! Penulis lirik ini pun tidak terkecuali
pernah dimasukkan dalam senarai ‘Tukar Tiub’ ini namun dengan bergayanya keluar
dari senarai pada tahun ini. Pada aku, lagu ini jatuh dalam kategori ‘ok’ untuk
sebuah lagu pembuka album. Mungkin tak mencapai tahap epik seperti Pelesit Kota
untuk album Langit dan Bumi, Melastik Ke Bintang untuk album Karisma atau Neo Romantik untuk album Rampage, tapi
taklah juga teruk. Masih wujud elemen ‘kejutan’ untuk sebuah lagu ‘pembuka
tirai’ dengan penggunaan bunyian sampler. Dan aku boleh bayangkan raut muka
‘mengejek’ Amy ketika menyanyikan lagu ini terutama ketika menyebut perkataan
‘gagalis’ sambil menuding jari ke muka aku. Aduh! Pedih rasanya walaupun dengan
hanya membayangkan!
Sidang
Kangaroo menjadi track kedua dalam
album ini setelah diangkat menjadi single.
Lirik oleh Mael, mengambil latar sempena kejadian sebenar perbicaraan terpilih
yang pernah terjadi di negara Australia hinggakan dunia menggelarkan
perbicaraan tersebut sebagai ‘kangaroo court’. Macam ada persamaan pula
dengan...ok tak. Terpulang pada tafsiran masing-masing. Cuma pada aku, lagu
inilah yang membuatkan bulu roma aku meremang lagi-lagi bila part solo Kid. Cukup-cukup beliau
membelasah tremolo bersama dengan wah pedal. Gila terubat rindu weh! Cumanya...lagu
ini jugalah yang membuatkan aku akhirnya berhenti berharap kepada Amy. Dan
menerima beliau sekarang seadanya. Dalam usia yang mencecah 60 tahun, pada aku
tindakan beliau yang bersetuju untuk merakam album inipun sudah seribu
kesyukuran. Tak adil pada aku untuk membandingkan suara beliau dalam
album-album terdahulu. Sedangkan Gothik Malam Edan pun sudah berusia 11 tahun
beb! Dan pada aku, satu perbandingan yang bebal kalau ada yang cuba
membandingkan beliau dengan penyanyi luar negara seperti Steve Tyler atau Mick
Jagger. Lain lifestyle weh, lain!
Aku
tak bercadang nak ulas satu persatu lagu-lagu di dalam album ini. Korang kena
beli dan rasai sendiri pengalaman ini. Kalau tak, sia-sia beb dorang bertapa
sampai 700 jam dalam studio tu semata-mata untuk siapkan album ini. Nanti kalau
tak buat album, korang juga yang keji kata album baru takde tapi sibuk nak buat
konsert, kan? Biarlah aku ulas secara keseluruhan saja.
Dalam
album ini, dimuatkan 10 buah lagu yang pecahannya adalah 5 lagu keras, 2 lagu
berentak balada, dan 3 lagu moderate rock. Selain pencipta lagu, album ini juga
menghimpunkan gabungan penulis lirik antara yang terbaik dalam Malaysia. Tolak
tepi allahyarham Rosli Khamis dan allahyarham Zul Adnan Mohd Razali,
mereka-mereka yang terlibat dalam penulisan lirik untuk Katharsis boleh
dikatakan pelapis atau penyambung kepada dua nama besar tadi (selain senior
kepada dua orang itu). Selain Buddhi Hekayat dan Ishmael MS, Ad Samad, Usop dan
S Amin Shahab (Tuan Tulis) juga menyumbang kepada penulisan lirik dalam
Katharsis. Buddhi Hekayat mempertaruhkan Gagalista, Nama Yang Kau Lupa,
Sulalatus Salatin dan Embun. Usop pula menyumbangkan Mitos Atau Nyata. S Amin
Shahab dengan Jubah Pengantin manakala Ad Samad dengan Henjut dan Bebas Liar.
Manakala Ismael MS pula selain Sidang Kangaroo, turut menghasilkan Apologia.
Track pilihan aku dalam album ini bersaing antara Jubah Pengantin dan juga
Embun. Tapi akhirnya aku pilih Embun. Mungkin pasal Embun lebih menangkap hati
berbanding Jubah Pengantin. Mitos atau Nyata juga punyai ‘vibe’ atau aura yang
sama dengan dua lagu ini. Ah, sembang pasal aura pula.
Kidd masih mengingati 'abang' Yazit. Brotherhood never dies!
Cumanya...aku
kurang berkenan dengan bunyi ‘snare’ dalam album ini. Inilah masalahnya bila
seseorang yang sangat berkaliber dan berkarisma tinggi meninggalkan sesebuah
kumpulan. Aku masih merindui tone dan pukulan ‘abang’ aka Yazit. Bukan bermakna
aku mengatakan Pae tidak cukup bagus untuk menggantikan abang tapi tone dan
bunyi snare abang yang lebih aku dambakan. Fuh! Bahaya betul ayat! Kualiti
rakaman dan adunan juga memuaskan. Tidaklah mencapai tahap terbaik tapi oklah.
Aku masih berharap semoga suatu hari nanti kita mampu mencapai tahap kualiti
adunan muzik dan rakaman seperti album Whitesnake – Forevermore sebagai contoh.
Kasi sound betul-betul depan muka
punya, tak kasi chan! Aku juga terasa sedikit kurang dengan lagu Henjut. Terasa
vokal Amy macam terkebelakang. Mungkin disengajakan. Entah!
Part paling danger dalam album ini pada aku adalah 'trio' lagu 7 hingga 9. Inilah
trio ‘membunuh’ pada aku. Bila mana masuk saja ke lagu ke 7, secara auto kepala
aku akan masuk ke alam lain. Trio Jubah Pengantin - Apologia – Embun ini macam
sengaja diletakkan berturutan dalam album ini. Tiga-tiga lagu ini pada aku
seakan mengulang trend lagu-lagu Search yang kau tak boleh dengar sekali lalu
saja. Berat betul tafsiran untuk ketiga-tiga lagu ini. Dan mungkin secara
kebetulan, trio ini disusun seakan mengikut senioriti penulis lirik. Paling
senior, senior, baru masuk senior. Walau dekat tahap manapun mereka, lirik yang
mereka hasilkan sangat bagus dan superb.
Paling penting, penuh dengan tafsiran yang mungkin hanya mereka sahaja yang boleh
rungkaikan.
Thanklist Din cuma secebis daripada lirik Apologia. Apa maknanya?
Walau
apapun yang aku tulis, aku ‘paksa’ korang untuk beli sendiri fizikal album,
cium inlay dia dan dengar sendiri
melalui mini kompo atau set teater rumah korang. Lain beb feel dia kalau kau ikut aturan yang betul mendengar album baharu
macam zaman budak-budak dulu. Cuba untuk tak skip atau pilih-pilih lagu untuk didengar. Paling penting, dengar sambil pegang inlay dan baca sekali lirik lagu. Baru feel dengar lagu tu 'sampai' dan boleh faham apa makna tersurat dan tersirat. Memang platform digital macam iTunes menjual
album ini secara loose manakala Spotify pula membolehkan korang mendengar
keseluruhan album secara percuma, tapi percayalah! Lain rasanya dengan
mendengar melalui cara konvensional (melalui CD). Nasib baik album ini tak
dikeluarkan dalam bentuk kaset, kan?
Secara
keseluruhan aku nilaikan album Katharsis ini sebagai satu produk yang baik, meskipun bukanlah yang terbaik pernah Search hasilkan. Baik
daripada segi penghasilan lagu, lirk, team produksi, inlay
hinggalah ke pemasaran. Satu strategi yang sangat baik pada aku apabila mereka
memilih untuk keluarkan 4 jenis kulit album (variant cover) dan warna CD bagi cetakan pertama album ini. Mereka melakukan
homework dengan baik kerana amat
mengenali latar belakang peminat-peminat mereka. Bagi yang tegar dan mampu,
sudah tentu akan membeli keempat-empat jenis kulit album ini bukan? Bagi yang
minat biasa-biasa atau kurang berkemampuan, sekeping pun sudah memadai. Tapi strategi
ini satu pelan yang bagus untuk melonjakkan jualan CD dan tidak menghairankan
sekiranya dalam jangka masa terdekat, Search akan mencapai tahap jualan
Platinum (10,000 keping album) untuk Katharsis ini lebih cepat berbanding
artis-artis lain. Dan sekiranya memang ditakdirkan ini adalah album terakhir
daripada mereka, percayalah mereka telah melakukan satu perkara yang betul
dengan menjadikan Katharsis ini penyucian jiwa dan juga penutup kepada Cinta Buatan
Malaysia yang dibikin 32 tahun yang lalu.
“Bahagialah di manapun
Halalkan tiap yang menjadi kata-kataku
Bayang sendiri menjadi saksi
Tiada berkurang rasanya cinta
Meski selepas dunia tiada...”
5 ulasan:
catatan likat mengalir lembut menuju hati, walaupun pada aku Ses patutnya patut menggarap karya tersendiri seperti Karisma dan terus berdiri tanpa M.(B)asir hehe :)
Jangan risau pasal kaset. Nanti keluar vinyl 7 warna pelangi beserta cd made in semua negara pasti muncul. Tunggu.
((((((standing ovation)))))))))))
Terima kasih.
Kontol
Catat Ulasan