Rabu, 27 Mac 2013

Zaini got a gun... Aerosmith datang weh!




Adoi! Belum lepas Wings Rockestra 2013 ni, Uncle Tyler bawa kawan-kawan pula datang ke Jakarta.
Goyang ni, goyang! Ada siapa-siapa nak buat rombongan?

Info: sini untuk tiket.

Rabu, 13 Mac 2013

Hinggap di Istana... Wings Rockestra 2013



Setelah sekian lama tiada kemaskini. aku mulakan entri tahun 2013 dengan konsert ini. Nampaknya pihak Istana Budaya suka betul dengan Wings hinggakan memberikan peluang untuk menjayakan konsert di sini buat kali ke dua.

Masih mengekalkan kolaborasi bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan pimpinan En. Mustafa Fuzer Nawi, persembahan untuk kali ini menjanjikan lebih kelainan berbanding konsert pada tahun 2011 dulu. Dengan senarai lagu yang diwar-warkan hampir 80% berbeza berbanding konsert yang lepas, format persembahan juga menjanjikan kelainan. Apa yang pasti untuk konsert kali ini tiada lagi Superfriends dan ex-Wings. Yang ada hanyalah Black, Eddie, Joe dan Awie sahaja dibantu Rozza di bahagian keyboard.

Tiket-tiket telah mula dijual sejak 3 minggu yang lepas. Khabarnya ada hari yang hampir sold out! Jadi, apa tunggu lagi? Jom ke Sayap-Sayap Wings atau Ticket2u.Biz untuk tiket Anda! Anda! Anda! 

BARBARIK PENTAS KERAS – PENUTUP MELAZATKAN UNTUK TAHUN 2022

Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...