Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan

Selasa, 16 Jun 2009

Kad jemputan ke syurga..


Sambil-sambil aku menyelongkar ke dalam Facebook kawan-kawan aku (mengular diwaktu kerja..haha) aku ternampak satu status kawan aku "iklan ulangan: mencari calon suami untuk adik saudara. Ciri-ciri..Islamik, berkerjaya tetap, TIDAK MEROKOK, dan mempunyai ciri-ciri lelaki soleh"..lebih kurang ayat tersebut berbunyi.




Ni bukan gambar calon ye..

Serius aku takde masalah dengan ayat tersebut. Cuma apabila komen-komen aku dibalas (aku bertanyakan samada adakah petunjuk atau indikator untuk menentukan bahawa seorang lelaki itu ada ciri-ciri lelaki soleh) dan jawapan yang aku terima."Soleh..guna reasonable man test..yg jaga segala ibadahnya dan boleh bimbing isteri..bukan isteri bimbing dia! Dan dia tak nak yang masuk panggung wayang...lebih-lebih lagi kelab malam!"



Hm..mungkin itu pilihan atau kehendak tuan punya badan tapi..adakah lelaki soleh tak pernah masuk kelab malam & panggung wayang? Maknanya lelaki yang masuk dua tempat ni x berapa nak soleh ke? Menarik jugak label yang diberikan..




Terus aku teringatkan artikel yang aku baca dari blog ini. Tentang perkahwinan campur. Mungkin takde kena mengena tapi ntah la..rasa cam related lak pada aku..
(Gambar diambil dari Google)

Selasa, 26 Mei 2009

Perang Suci?

Setelah hampir 4 tahun ditayangkan, baru malam tadi aku berpeluang menonton Kingdom Of Heaven. Cerita arahan Ridley Scott ni yang berdurasi hampir 2 jam (versi dvd lanun aku la) banyak membuatkan aku tertarik dengan cara pengolahan cerita dan fakta yang digunakan dalam cerita ini.

Seperti yang semua tahu, cerita ini berkisahkan tentang "crusades" pada abad yang ke 12 ataupun perang salib dalam bahasa melayu. Versi filem ini ialah ketika Salahuddin Al-Ayubi menawan kembali Jerussalem (Baitulmaqdis) dari tawanan tentera kristian yang dipimpin oleh Baldwin IV.

Memang ada unsur fiksi yang dimasukkan dalam cerita ini iaitu watak Balian Of Ibelin, iaitu watak seorang tukang besi yang diangkat menjadi kesatria menggantikan bapanya, Godfrey Of Ibelin yang mati akibat kecederaan ketika bertempur.

Yang menjadikan aku tertarik pada filem ini ialah pertama mengenai pengolahan jalan ceritanya. Pengarah seboleh-boleh cuba menyeimbangkan antara Islam dan Kristian dimana hampir tiada plot2 yang berat sebelah kepada Kristian. Kadang-kala aku merasakan pengarah lebih berat membantai Kristian terutama melalui dialog Balian, Raymond (Count of Tiberias) dan dialog Baldwin IV, King of Jerussalem.

Juga ditunjukkan antara sifat2 penduduk pada waktu tersebut dimana Saladin, tentera Saracen (Islam) dan penduduk Kristian saling berbalas-balas ucapan salam (yang mengingatkan aku kepada Ayat-Ayat Cinta). Memang aku berpendapat dari dulu tiada masalah untuk mengucapkan salam kepada bukan Islam dan tiada maslaah juga untuk menjawab salam mereka. Ini akan lebih menunjukkan perpaduan dan toleransi yang kuat antara agama (dan kaum).

Juga detik-detik ketika Salahuddin memberi syarat kepada tentera Kristian untuk menyerah diri tanpa mencederakan walau satu nyawa dari pihak Kristian juga membuatkan aku teruja dengan pendirian pengarah. Memang jarang berjumpa dengan karyawan barat terutama Kristian yang cuba mengupas sesuatu isu atau perkara berkaitan agama tanpa prejudis kepada agama yang satu lagi.
Dalam menu "special features" didalam DVD aku ni, ada dokumentari mengenai "History vs Hollywood", "Inside The Film", dokumentari tentang "Crusades" dari pandangan cendekiawan barat dan temubual bersama pengarah dan pelakon. Memang banyak fakta-fakta menarik yang cuba dikupas oleh pengarah dan juga barisan crew beliau. Antaranya tentang kostum yang digunakan, buku-buku dan juga dokumen-dokumen yang dirujuk semata-mata untuk memberikan gambaran yang hampir tepat untuk suasana sebenar yang berlaku 1000 tahun dahulu dan juga lawatan ke istana peninggalan Kristian di Sepanyol untuk mengkaji kesan sebenar peperangan antara Islam & Kristian.
Pada pandangan aku, filem ini antara filem yang boleh dijadikan rujukan santai (kerana unsur-unsur fiksi yang dimasukkan) untuk kita lebih memahami tentang perang salib antara Islam & Kristian yang pernah berlaku dahulu. Memang sukar untuk mendapatkan buku-buku rujukan yang boleh digunakan untuk merujuk kepada peristiwa ini yang tidak berat sebelah kepada barat lebih-lebih lagi yang telah diterjemah kepada bahasa melayu. Kesimpulannya adalah hampir mustahil lagi untuk mewujudkan sebuah negara dimana Kristian, Islam dan Yahudi dapat hidup dengan aman seperti mana dialog Godfrey dalam filem ini "A new world. A better world. A kingdom of conscience...a kingdom of heaven"

"I have given Jerusalem my whole life. First, I thought we were fighting for God. Then I realized we were fighting for wealth and land. I was ashamed." - Raymond of Tiberias

(kredit gambar: rottentomatoes.com)

Holy Wars - Megadeth
Brother will kill brother
Spilling blood across the land
Killing for religion
Something I dont understand

Fools like me,who cross the sea
And come to foreign lands
Ask the sheep,for their beliefs
Do you kill on gods command?

A country thats divided
Surely will not stand
My past erased,no more disgrace
No foolish naive stand

The end is near,its crystal clear
Part of the master plan
Dont look now to israel
It might be your homelands

Holy wars

Upon my podium,as the
Know it all scholar
Down in my seat of judgement
Gavels bang,uphold the law
Up on my soapbox,a leader
Out to change the world
Down in my pulpit as the holler
Than-thou-could-be-messenger of god

Wage the war on organized crime
Sneak attacks,repel down the rocks
Behind the lines
Some people risk to employ me
Some people live to destroy me
Either way they die

They killed my wife,and my baby
With hopes to enslave me
First mistake...last mistake
Paid by the alliance,to slay all the giants
Next mistake...no more mistakes
Fill the cracks in,with judicial granite
Because I dont say it,dont mean I aint
Thinkin it
Next thing you know,theyll take my thoughts away
I know what I said,now I must scream of the overdose
And the lack of mercy killings

Khamis, 5 Februari 2009

El Condor Pasa...

Bila memikirkan apa yang terjadi di dalam negara sekarang ni, aku terus teringat lagu ni. Di ajar oleh cikgu Bahasa Inggeris aku masa darjah 4. Aku ingat aku tulis lirik lagu ni berlatar-belakangkan tulisan "Apartheid" yang hancur di tembak kereta kebal. Apa kaitannya? Jangan tanya aku. Itu imajinasi aku dulu.

Dan mengenangkan apa yang terjadi di Perak sekarang ni, serta-merta lagu ni bermain di dalam kepala otak aku...

I'd rather be a sparrow than a snail
Yes I would, if I could, I surely would
I'd rather be a hammer than a nail
Yes I would, if I only could, I surely would

Away, I'd rather sail away
Like a swan that's here and gone
A man gets tied up to the ground
He gives the world its saddest sound
Its saddest sound

I'd rather be a forest than a street
Yes I would, if I could, I surely would
I'd rather feel the earth beneath my feet
Yes I would, if I only could, I surely would

Isnin, 12 Januari 2009

Captain America?



Persekitaran aku penuh dengan produk ataupun orang yang berkaitan dengan Amerika. Aku ada 2-3 orang kawan yang kerja dengan Nestle. Mereka semua sudah berkeluarga. Jiran aku bekerja dengan Hewlett-Packard (M). Adik kawan aku kerja sebagai "shift manager" di restoran KFC. Alat-alat muzik juga banyak diperbuat dari sana dan kita cukup berbangga bila jenama gitar atau alatan muzik kita tertera perkataan "Made In USA". Belum dikira jenama baju dan seluar tak kira apa fesyen sekalipun, mesti nak carik yang "Made In USA" walaupun ianya sebenarnya "Celup dari Thailand"..

Hari ini boleh dikatakan setiap masa kita mendengar seruan untuk "boikot" barangan & produk dari Amerika. Aku tidaklah membangkang walaupun tidak juga bersetuju akan tindakan ini. Cuma..sekiranya benar2 boikot ini memberikan hasil yang berbaloi, adakah kita sudah bersedia dengan alternatif yang sepatutnya untuk menangani kesan boikot ini? Mungkin untuk minuman seperti "Coca-Cola" kita boleh gantikan dengan "Mecca Cola" atau banyak lagi minuman lain tapi bukan alternatif untuk barangan maksud aku. Tapi alternatif untuk pekerjaan pekerja-pekerja itu sendiri.

Terdengar seruan dari mantan Perdana Menteri kita agar rakyat Malaysia yang berkerja dengan syarikat Amerika untuk berhenti kerja. Mungkin cadangan tersebut boleh dipraktikkan sekiranya kerjaan dapat memberikan alternatif pekerjaan kepada bakal-bakal penganggur ini. Tapi dengan jumlah penganggur sedia ada yang mencecah 343,700 orang (sehingga suku tahun ketiga 2008), mungkin kita cuba untuk menaikkan angka pengangguran setelah sekian lama di canang sebagai "peratus pengangguran yang terendah di dunia". (rujukan: sini)

Dengan kedudukan Amerika sebagai antara rakan dagangan terbesar Malaysia, adakah tindakan boikot ini akan menyebabkan negara kita mengalami kesan dari segi ekonomi sekiranya boikot ini benar2 memberi kesan kepada syarikat-syarikat Amerika itu? Memang tindakan Israel keatas Palestine benar2 benar melampau dan tidak berperi kemanusiaan tetapi adakah dengan cara boikot ini boleh memberi kesan kepada mereka? Meminjam kata-kata mantan Perdana Menteri sedikit masa dahulu yang menyebut "sekiranya di cabut bangunan-bangunan di Kuala Lumpur yang bukan milik Melayu / Bumiputra, maka apa yang tinggal?" begitu jugalah dengan "Sekiranya di boikot semua produk-produk dari Amerika yang ada di pasaran kita, maka apa yang tinggal?"

Aku masih percaya ada cara lain yang lebih efektif dari tindakan boikot ini. terpulang pada pandangan masing-masing untuk mengambil tindakan.


Gadis kecil itu telah bertahun
Dicengkam derita
Di khemah pelarian
Yang menjanjikan duka cita
Munir tak mengenal erti cinta
Telah kering airmata
Menangisi kematian
Ayahbonda dan saudara
Pada suatu senja
Langit Syatila
Menyaksikan pembunuhan
Anak kecil dan wanita
Munir ditembak
Penuh luka
Tapi ajalnya belum tiba
Kerna Tuhan mengasihi dia
Peristiwa hitam 17 September
Telah menjadi bukti
Sempurnalah kekejaman
Suatu bangsa yang sombong dan hina

(balada seorang gadis kecil - zubir ali)

Selasa, 26 Ogos 2008

Corat-coret..hehehe

1. Hari ni (26 Ogos 2008) adalah hari pesta untuk Permatang pauh. Semua orang tau benda tu. Keputusannya? Tunggu je la malam karang. Harap-harap untuk jumlah pengundi seramai 58,000++, keputusan pengundian tak perlu la sampai nak diumumkan ketika TV3 Nightlines..

2. En. Anon dah mula menyukai blog aku. Puncanya? Mungkin posting aku yang agak berbaur "tidak patriotisme". Sampaikan KL Blues Festival pun turut menjadi mangsa.. Dahsyat..hehee. Untuk makluman melayu uitm, aku bukan ahli PAS tapi AHLI UMNO yang bernombor 0348++++. Ko ahli apa? Ooo..lupa. Ko terikat dengan AUKU 174. Tak boleh menyertai parti politik. Takpe. habiskan dulu pembelajaran ko eh?

3. Makin lama aku baca blog yang menyiarkan pendapat berkenaan kuota bukan melayu di UiTM, makin ramai yang aku tengok komen tak guna akal. Siap petik perlembagaan lagi tu (Perkara 153)..huhuhu. Tapi takde lak yang nak petik ayat-ayat al-quran lak kan?

4. Kalau kita lalu depan UiTM Shah Alam, ikut pintu depan, kita akan nampak satu billboard depan air terjun "juta-juta" yang jadi kontroversi tahun lepas tu tertulis "UiTM hak Orang Melayu". Fuh.. Dah ada puak2 lak yang declare UiTM hak melayu. Apa jadi dengan kaum bumiputra yang lain? Kadazan, Murut, Bidayuh, Siam, Orang Asli, Kelabit dan lain2. Kenapa diketepikan hak dorang?

5. Band aku tersingkir daripada satu pertandingan BOTB hasil kelemahan pihak urusetia yang hanya menghubungi aku pada hari yang sama pertandingan bakal berlangsung (lagi 2 jam sebelum pertandingan dimulakan untuk lebih spesifik. Ketika rancangan Top Gear di NTV7). Dan pihak urusetia tu pulak adalah daripada Agensi Kerajaan. Sangat profesional tindakan dorang ni kan? Aku suka.. Kau pun suka? Untuk makluman aku sendiri adalah kakitangan kerajaan. (Tak heran banyak orang kerajaan ni takde akal kan? Kaki dengan tangan je yang ada..hahaha)

6. Rupa-rupanya baru aku tau, aku berkongsi tarikh lahir (tarikh je..bukan tahun) dengan ramai selebriti. Antaranya Tim Burton, Claudia Schiffer dan juga MAWI..WORLD! hahaha.

7. Ramadhan makin hampir, mari kita buang yang keruh, ambil yang jernih. Mana tahu ini ramadhan kita yang terakhir?

Rabu, 13 Ogos 2008

Melayu...



Melihat kepada situasi dalam negara sekarang ni, aku suka untuk tampalkan sajak ni dekat blog aku..hm. Semoga boleh menjadi renungan bersama..

-Melayu-

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan.

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut.

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran.''

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Nukilan: Usman Awang. 26 November 1999

Selasa, 12 Ogos 2008

UiTM di Hatiku...




Berita terkini dari Dataran Shah Alam (12 Ogos 2008 - 9.00 am).

Satu mogok besar-besaran oleh pelajar-pelajar UiTM sedang diadakan di Dataran Shah Alam bermula kira-kira pukul 8.00 am. Mogok ini dipercayai sebagai membantah cadangan daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkenaan cadangan membuka kuota UiTM sebanyak 10% kepada bukan bumiputra. Menurut sumber-sumber dalaman, mogok tersebut mendapat restu daripada VC UiTM sendiri..

* Satu kejayaan kepada Alumni UiTM kerana berjaya mengadakan mogok tersebut.

* Betapa kuatnya pengaruh MB baru Selangor, baru berikan cadangan, sudah ada gerakan menunjuk perasaan untuk membantah cadangan beliau.

* Pelik jugak kenapa VC UiTM dengan senang hati meluluskan pelajar-pelajar beliau untuk menunjuk perasaan di jalanan. Kata tiada politik ketika dalam Universiti...

* Satu ketika dahulu, bekas Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Mustaffa Mohamad juga pernah mencadangkan untuk membuka MARA dan yang berkenaan dengannya (UiTM, MRSM, IKM) untuk bukan melayu. Takde pulak mogok besar-besaran...

* Salah satu sticker kereta UiTM.."To be the best among the best"..rasanya macam tak sesuai dengan situasi terbaru ni...

(Terkini: Rombongan penunjuk perasaan sedang berarak ke SUK Selangor...)

Jumaat, 11 April 2008

Berehat sejenak..


Duri dan Api (versi penuh) Oleh: Usman Awang.

(Catatan pertama Pemogokan Utusan Melayu 1961)

Kawan-kawanku yang dikasihi
semalam kita bertemu kembali memadu
ketika matari tersangkut di bumbung Utusan
kita tidak menerima apa yang ada
yang dinyanyikan dari hati berani
dengan tangan erat pada keyakinan terpahat.

Lagu kita telah mulai terpancar
ah, anak-anak manisnya menjenguk keluar
di luar udara basah dalam matari bersinar
semua antara kita lagunya seluruh sedar.

Apakah ini derita diri dalam mimpi
atau kenyataan pahit menjepit
pada lena yang membunuh kehidupan manusia
sama-sama kita rangkul menguji diri.

Kawan-kawanku yang dikasihi
di belakang duri di depan api
kita tidak bisa undur lagi
duri dan api, tajam panasnya kita hadapi.

Semalam dan hari ini kita diukir sejarah
di mana air mata tidak akan menitik tumpah
sebab kebulatan ikrar tak akan berubah
apa saja kita tidak akan menyerah.

p/s: Sajak ini telah ditulis oleh Allahyarham Sasterawan Negara Usman Awang ketika berlakunya mogok di Utusan Melayu pada tahun 1961.

p/s: Nak tau apa sebab mogok, sila google sendiri..

Jumaat, 29 Februari 2008

Pilih & Raya 2008



Semenjak parlimen bubar sampai la ke hari "buang kertas dalam peti lutsinar", aktiviti aku agak sibuk terutama waktu malam. Dilantik memegang portfolio penolong s/u Pusat Daerah Mengundi memang agak memenatkan walaupun takde kerja yang nak dibuat sebenarnya..hahaha. Ye la, walaupun kerja takde, tapi kedatangan ke bilik gerakan kena dipastikan penuh tiap2 malam walau hanya untuk minum kopi. Kedatangan di ambil tu..

Pilih & Raya kali ni seperti juga macam yang lepas-lepas, macam ulangan lagu yang selalu keluar waktu-waktu ni gak. Didominasi oleh parti "tu" merangkap parti yang melantik aku sebagai s/u tu..haha. Cuma kali ni kami bertambah advance dengan secara terang-terangan berkempen secara terus dalam peti tv. Agak terkejut gak aku pasal pendekatan macam ni tak de sebelum-sebelum ni (tolak tepi kempen2 dalam warta berita. Cerita lain).

Jauh dalam hati aku, aku teringin nak tengok jumlah pembangkang bertambah dalam Parlimen & DUN. Bukan apa, kengkadang aku tengok pembuat dasar ni macam syok sendiri. Ye la..takde sapa nak tegur / lawan cadangan dorang kan? Kurang2 nanti, akan ada la suara2 yang memperjuangkan nasib orang2 "gomen" nanti..hahaha


BARBARIK PENTAS KERAS – PENUTUP MELAZATKAN UNTUK TAHUN 2022

Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...