Skip to main content

Posts

KITARO – KOJIKI & THE UNIVERSE 2017. PENCARIAN ZEN YANG TIDAK DITEMUI DI PUNCAK GENTING

 (Artikel ini telah diterbitkan di portal Neon Berapi pada 27.12.2017) (Poster konsert rasmi) Aku mengklik butang ‘pay now’ di laman sesawang Ticket Charge dengan keadaan kepala otak masih bermain-main petikan klip video lagu Matsuri yang kerap diputarkan di kaca tivi Stesen Television Malaysia Berhad (STMB) suatu ketika dahulu sebelum ia bertukar nama menjadi TV3. Masih tertera di tiket fizikal aku tarikh 10/09/2017, tarikh ketika pembelian tiket dibuat – kira-kira 4 bulan yang lepas. Ini adalah kali ketiga dalam hidup aku menjejakkan kaki ke puncak gunung Ulu Kali ini. Kali pertama dahulu seingat aku dalam tahun 1992. Itupun ditipu mak aku kononnya kami hendak ke Bukit Badong, Kuala Selangor. Kali kedua pula pada tahun 2006 atas urusan pejabat (menghadiri persidangan sebenarnya). Jadi aku tak boleh nak ingat apa-apa tanda mahupun jalan untuk naik ke atas. Tidak salah rasanya untuk aku berasa sedkit teruja dan berdebar ketika tarikh 24/12 makin menghampiri harinya. Macam nak pergi
Recent posts

SYAIR PANJANG SANG BOHEMIA (ini bukan review filem!)

 (Tulisan ini telah disiarkan di dalam portal kakisinema.com pada 10 November 2018. Malangnya portal tersebut sudahpun luput dikambus arus deras media digital yang lain.)   (Aku suka poster ni. Pada aku best.) “She keeps Moet et Chandon,In her pretty cabinet 'Let them eat cake' she says, Just like Marie Antoinette” Queen ! Gergasi besar dalam arena muzik antarabangsa yang tak perlu diperkenalkan lagi. Satu-satunya kumpulan yang menggunakan lagu rasmi ‘God Save The Queen’ sebagai penutup konsert mereka. Bukan saja tidak dimurkai baginda ratu, malahan Brian May dijemput mengalunkan petikan gitar untuk lagu rasmi negara Great Britain ini di atas bumbung Istana Buckingham sempena sambutan jubli emas pemerintahan baginda Ratu Elizabeth pada tahun 2002 yang lalu.   Belajar di kolej yang sama, Freddie yang mengambil jurusan seni menggantikan penyanyi asal kumpulan Smile yang juga dianggotai oleh Brian May, pelajar astro-fizik dari kolej Imperial London & Roger Taylor, p

RESOLUSI BUKAN REVOLUSI 2018

Selamat Tahun Baru 2018! Entah kenapa sejak dari pertengahan tahun lepas, aku dapat semangat balik untuk menulis dekat blog ni. Tahniah kepada geng-geng lama yang tak pernah berhenti menulis. BERTEROMBER, PORTDY, DEAF, MUS KANDAR... Dahsyat betul komitmen korang. Salute! Aku sekarang dalam proses nak mendokumentasi segala artikel yang pernah aku tulis untuk portal online. Semua yang pernah diterbitkan aku letakkan balik di sini supaya senang aku nak rujuk balik atau nak ambil untuk mana-mana terbitan buku kemudian hari. Juga sebagai back-up kot-kot portal tu tak bayar duit hosting ke apa ke, taklah artikel-artikel aku hilang dalam kegelapan internet. Eh! Aku mulakan hantaran pertama untuk tahun 2018 ini dengan artikel pertama yang aku tulis untuk portal online Neon Berapi ; juga menjadi artikel pertama yang 'merasmikan' laman web 'berapi' itu. Kehilangan paling besar aku rasakan untuk tahun 2017. Tak pernah aku rasa 'down' semacam ini bila dengar be

PENCARIAN 40 TAHUN M. NASIR MENCIPTA MAGNUM OPUS DALAM KEMBARA KE SOLO

(ULASAN INI TELAH DISIARKAN DI PORTAL MAJALAH ONLINE NEON BERAPI PADA 19 DISEMBER 2017) Poster kedua untuk acara ini. Aku suka design dia. Aku berjaya menewaskan penggera telefon aku pada pagi itu. Sesuatu yang sangat ‘rare’ sebenarnya dan sangat menyalahi rutin hari Sabtuku – bangun di awal pagi. Sedar-sedar, aku sudah berada di Mamak Bucu di bawah bukit DBP sambil menunggu pesanan roti canai empat segi 2 keping pada pukul 9.30 pagi. Tips untuk korang mendapat roti canai yang sentiasa panas dan dibuat baru, pesanlah roti canai empat segi. Kebanyakan mamak akan membuat roti canai berbentuk bulat dan dimasukkan dalam bekas kedap udara. Akibatnya, roti canai yang tersimpan di dalam bekas akan berkuap dan menjadi lembik kesan pemeluwapan udara panas yang bertukar menjadi titik air dan seterusnya gugur membasahi roti canai yang diam di dasar bekas. Tepung yang dibasahi air, tak sedap bukan? Sepatutnya acara forum/diskusi/perbincangan Magnum Opus: 40 tahun M. Nasir Dari Kem

KATHARSIS: PENYUCIAN JIWA DAN PENUTUP CERITA SEBUAH PENCARIAN...

Poster iklan jualan advance Katharsis dalam empat muka berbeza oleh Fenomena Music. Dalam usia 19 tahun, aku telah menduduki 3 peperiksaan awam Malaysia (UPSR, PMR & SPM) dan 2 kali melangkah masuk ke UiTM (sebelum kemudiannya melangkah keluar di pertengahan jalan. Cerita lain). Begitulah kalau boleh aku bayangkan betapa panjangnya tempoh 19 tahun itu. Lama bukan? Dan apabila selepas 19 tahun album Bikin Wilayah di mana itulah kali terakhir gandingan Kid dan Din dalam satu album rakaman studio dikeluarkan, aku diserang perasaan gemuruh, cemas, panik, suka, gembira...entah hape-hape! Lain macam betul perasaan yang datang bila kali pertama mendengar single terbaru Search, Sidang Kangaroo melalui speaker ‘gigi biru’ Voombox aku. The Taib Brothers are back! Aku mengulang dengar Katharsis, rilisan terkini dan mungkin terakhir Search ini berulang-ulang kali. Dalam kereta aku, dalam kereta mak aku, dengar guna earphone, dengar guna ‘built in’ speaker komputer pejabat, dengar

PUNK BANGKIT HARI AHAD! BRAWK N ROLL & API DALAM SEKAM (SEBUAH ULASAN YANG TERTANGGUH)

(ULASAN INI TELAH DISIARKAN DI PORTAL MAJALAH 'ONLINE' NEON BERAPI PADA 9/11/2017)  Pernah seorang kutu bersurah (aku tak dapat ingat siapakah gerangannya), “Kau tengoklah nanti. Makin nak dekat dengan pilihanraya, makin kerap ada acara hiburan!” Tak berani aku hendak bertaklid buta dengan fahaman ini. Tapi melihatkan senarai konsert/acara hiburan/persembahan muzik sejak dari awal tahun, agak sukar untuk disangkal teori kekerapan acara hiburan yang berkadaran songsang dengan tempoh masa pilihanraya ini. Usai bangkit dari tidur pasca konsert Mr Big yang diadakan semalamnya, aku bersiap-siap dengan t-shirt Tolerate No More – FSF mengemudi Myvi-putih-dara-ku dengan tenang menghala ke Publika, Solaris Dutamas untuk showcase sempena pelancaran mini album kumpulan Brawk, Never Join The Army yang telahpun berlegar di pasaran pada suku pertama tahun ini. Poster showcase BRAWK Sedikit pengenalan. Brawk adalah gabungan ‘veteran’ ataupun orang lama dalam arena undergr