Memaparkan catatan dengan label queen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label queen. Papar semua catatan

Sabtu, 29 Mei 2021

SYAIR PANJANG SANG BOHEMIA (ini bukan review filem!)


 (Tulisan ini telah disiarkan di dalam portal kakisinema.com pada 10 November 2018. Malangnya portal tersebut sudahpun luput dikambus arus deras media digital yang lain.)

 

(Aku suka poster ni. Pada aku best.)

“She keeps Moet et Chandon,In her pretty cabinet
'Let them eat cake' she says, Just like Marie Antoinette”

Queen! Gergasi besar dalam arena muzik antarabangsa yang tak perlu diperkenalkan lagi. Satu-satunya kumpulan yang menggunakan lagu rasmi ‘God Save The Queen’ sebagai penutup konsert mereka. Bukan saja tidak dimurkai baginda ratu, malahan Brian May dijemput mengalunkan petikan gitar untuk lagu rasmi negara Great Britain ini di atas bumbung Istana Buckingham sempena sambutan jubli emas pemerintahan baginda Ratu Elizabeth pada tahun 2002 yang lalu.

 

Belajar di kolej yang sama, Freddie yang mengambil jurusan seni menggantikan penyanyi asal kumpulan Smile yang juga dianggotai oleh Brian May, pelajar astro-fizik dari kolej Imperial London & Roger Taylor, pelajar kolej pergigian, yang kemudiannya dilengkapkan dengan kemasukan John Deacon, seorang pelajar kejuruteraan eletrik sebagai pemain bass. Selain bertanggungjawab menukar nama kumpulan kepada Queen, Freddie juga bertanggungjawab mereka bentuk logo kumpulan tersebut yang dipanggil Queen Crest yang dihasilkan dari gabungan logo-logo binatang yang terdapat pada zodiak setiap ahli kumpulan.

 

Dengan deretan hit seperti Killer Queen, Tie Your Mother Down, Fat Bottomed Girls, Seven Seas Of Rhye, Friends Will Be Friends dan banyak lagi, Bohemian Rhapsody menjadi salah satu lagu yang ikonik dan diangkat sebagai antara 500 lagu terbaik sepanjang zaman oleh majalah muzik paling berpengaruh di dunia, Rolling Stones. Tiada siapa tahu maksud sebenar lagu tersebut malahan Freddie sendiri sebagai pencipta lagu dan lirik juga tidak pernah menceritakan makna lagu itu dan disokong oleh Brian May sendiri. Dengan panjang lagu yang mencecah 6 minit – melebihi kebiasaan panjang lagu pada ketika itu (dan juga sekarang!) sudah tentu ia mendatangkan perbualan yang bukan sedikit tentang lagu tersebut. Ada yang melabelkannya sebagai ‘mengada-ngada’, “’menunjuk-nunjuk’ dan tak kurang juga yang mengatakan lagu ini sebagai ‘karut’. Lagu ini juga pada awalnya mendapat tentangan daripada pihak pengurusan syarikat rakaman sendiri yang mengatakan lagu tersebut sebagai ‘terlalu panjang dan tidak sesuai untuk radio’ namun dengan kelicikan Freddie dan ahli kumpulan tersebut yang membawa ‘singles’ tersebut ke Capitol Radio, lagu tersebut menjadi ‘fenomena’ dek kerana deejay yang memutarkan lagu tersebut hingga berbelas kali dalam sehari; adakalanya hingga 30 kali!

 

Mengenali kumpulan Queen, kita akan dapat menyelami satu perjalanan muzik yang berbeza-beza dari satu album ke satu album yang lain. Terkenal kerana tidak suka melakukan benda yang sama dalam setiap rilisan album, mereka juga suka bereksperimen dalam setiap terbitan mereka demi untuk menghasilkan sesuatu yang lain namun dapat memuaskan nafsu dan halwa telinga peminat mereka. Dengan barisan 14 buah album + 1 album ‘posthumous’ (dilengkapkan & diterbitkan selepas kematian Freddie Mercury), kalian tidak akan mendengar 2 lagu yang seakan Bohemian Rhapsody atau Killer Queen mahupun We Are The Champion. Queen juga terkenal suka menggunakan bahasa asing selain bahasa inggeris dalam lirik lagu mereka. Dengarkan lagu Teo Toriatte (Let Us Cling Together) (Jepun), Las Parabas De Amor (Sepanyol), Mustafa Ibrahim (Persian) & semestinya Bohemian Rhapsody (Arab).

 

“Roger, there’s only room in this band for one hysterical queen!” Queen itu Freddie dan Freddie itu Queen! Satu dunia tahu Freddie meninggalkan kita semua pada pada 24 November 1991 kerana penyakit Bronchopneumonia iaitu sejenis komplikasi yang berpunca dari AIDS. Terkenal dengan perhubungannya dengan kekasih wanita (dan juga lelaki!) yang dipercayai menjadi punca beliau disahkan HIV positif pada tahun 1987. Walaupun tertulis di majalah-majalah dan tabloid akan kegiatan Freddie yang menjalani hidup sebagai ‘rockstar’ dengan jayanya, hakikat sebenar seperti yang selalu diceritakan oleh orang yang rapat dengan beliau, Freddie seorang yang pemalu dan kebiasaannya lebih suka duduk di rumah dan menghabiskan masa bersama kucing-kucing peliharaannya. Imej ‘flamboyant’ yang selalu ditonjolkan beliau ketika di atas pentas ternyata berlawanan dengan sifat Freddie yang sebenar.  

 

Hakikat yang tak boleh dipisahkan bila bercerita mengenai hubungan cinta empunya nama asal, Farroukh Bulsara, ialah dengan kekasih yang juga bekas tunang beliau, Mary Austin yang (pada pandangan aku) hampir mencapai epik percintaan Samson & Delailah atau Uda & Dara. Cinta mereka yang akhirnya gagal menyatukan mereka walaupun banyak lagu yang ditulis Freddie khusus untuk cinta hati matinya ini. Paling mengesankan? Sudah tentu lagu ‘stadium anthem’ Love Of My Life yang didedikasikan khas buat bekas tunangnya itu. Adakah bukan cinta namanya bila hampir separuh harta peninggalan Freddie Mercury diwasiatkan kepada Mary Austin termasuklah royalti rakaman album (kecuali 4 album terakhir yang diberikan kepada ahli kumpulan Queen) & rumah agam 20 bilik beserta ‘grand piano’ yang digunakan ketika merakam lagu Bohemian Rhapsody. Semuanya atas alasan ‘sepatutnya mengikut aturan normal, mereka sudahpun berkahwin dan mempunyai anak, dan Freddie memang menyediakan rumah itu untuk mereka’. Walaupun tahun-tahun akhir hayatnya Freddie dijaga oleh ‘kekasihnya’ pada waktu itu, Jim Hutton, namun Mary tetap berada di satu sudut paling istimewa dalam hatinya. Hinggakan abu mayat Freddie yang dibakar mengikut upacara ‘Zoroastrian’ aka Majusi (agama anutan ibu dan bapanya) juga disemadikan oleh Mary atas wasiat Freddie sendiri dan hanya beliau saja yang tahu lokasi tepat di mana Freddie disemadikan. Memetik temuramah Mary dengan Daily Mail pada tahun 2013, “I never betray him in his lifetime, and I’ll never betray him now”.

 

Antara persembahan pentas yang paling diingati oleh Queen mestilah ketika konsert Live Aid pada tahun 1985. Konsert amal yang dianjurkan untuk mengutip dana bagi membantu mangsa kebuluran di Ethiopia yang diusahakan oleh satu susuk berpengaruh dalam dunia muzik, Bob Geldof menjadi antara persembahan Queen paling bertenaga dan paling diingati oleh peminat di seluruh dunia. Siapa boleh lupakan tepukan serentak secara ‘unison’ hampir 100,000 penonton di stadium Wembley mengikut aksi dalam klip video Radio Ga Ga yang diterbitkan kurang setahun sebelum konsert bersejarah ini? Queen juga terkenal sebagai pelopor ‘stadium rock’ di mana mereka pernah memegang rekod dunia penonton berbayar teramai (131,000 penonton) ketika konsert mereka di Sao Paolo dalam rangka jelajah ke Amerika Latin pada tahun 1981.

 

Terlalu banyak artikel, terlalu banyak buku dan majalah malahan filem dokumentari yang boleh didapati sekarang yang menceritakan tentang sejarah dan legasi Queen sejak awal penubuhannya hingga kini. Namun apa yang penting ialah pengalaman peribadi mendengar dan menghayati karya-karya yang pernah dihasilkan yang telahpun diiktiraf antara yang terbaik pernah dihasilkan dalam sejarah peradaban manusia. Baik Freddie mahupun Queen, keempat-empat mereka berjaya meninggalkan legasi yang akan terus dikenang selama-lamanya walaupun memetik lirik nukilan (Dr) Brian May dalam album A Kind Of Magic, “Who wants to live forever!”

 

(Koleksi runcit-runcit Queen yang ada dalam simpanan) 

.

 

 

Rabu, 1 Ogos 2012

Dirgahayu...QUEEN! (Akhirnya sempurna!)


Setelah sebulan lebih menunggu dengan (tak berapa) sabar, akhirnya posmen datang ke rumah aku dengan membawakan bingkisan terakhir dalam siri koleksi saga ini. Koleksi ketiga "Limited Edition" 40th anniversary Queen yang berwarna merah akhirnya tiba ke pangkuanku pada ramadan yang ke tiga.

Siri saga ini dikeluarkan khas oleh Hollywood Records dengan kerjasama Queen sendiri. Malah Brian May turut terlibat secara langsung dengan turut membantu menyelenggara proses pendigitalan mixing dan mastering koleksi ini.  


Sekarang aku masih menelaah koleksi yang ketiga ini. Lebih tepat sedang melayan album The Miracle. Terus terang bila aku mendengar lagu-lagu mereka dari album pertama dalam koleksi yang pertama hingga ke koleksi terakhir ini, rasa kagum dengan bakat dan geniusnya mereka berkarya pada waktu itu. Ternyata pada zaman itu muzik dari England benar-benar menakluk dunia bermula dari The Beattles disambung pula oleh The Yardbirds, Black Sabbath, Led Zeppelin, Pink Floyd, Queen, Sex Pistols, Iron Maiden (banyak lagi sebenarnya tapi tak perlulah nak kena tulis semua kan?) semuanya dengan genre muzik yang tersendiri dan tidak meniru antara satu sama lain.

Mendengar muzik dorang kadang-kadang buat aku terpikir kenapa di zaman sekarang yang penuh dengan teknologi ini, ramai yang buat muzik sekadar nama 'buat' saja? Semata-mata kerana duit. Bukan nak menangkan mereka-mereka yang terdahulu ini tapi sekurang-kurangnya keikhlasan mereka berkarya kita dapat rasa. Semua lagu dan lirik dicipta sendiri makanya mesej mereka terus sampai kepada pendengar. Proses rakaman semuanya di bawah tekanan dan tak peduli samada harga sewa studio melambung tinggi asalkan mereka puas hati dengan hasil akhir. Ceh, boleh teremosi pula...kah kah kah!


Harga koleksi ini memang mahal (dan kebetulan aku "raya" awal tahun ni..keh keh keh). Setiap koleksi terdiri daripada 5 album sahaja dengan sekeping poster percuma. Tapi apa yang istimewanya koleksi ini ialah setiap album selain melalui proses mixing dan mastering secara digital, ianya juga didatangkan dengan sekeping cd extra. maknanya setiap album ada 2 cd. Cd extra ini mengandungi B single untuk setiap album, demo atau live version sesebuah lagu dan juga petikan lagu-lagu epik. Bayangkan korang mendengar seksyen koir dalam Bohemian Rhapsody tanpa iringan orkestra. Meremang bulu bukan? 

Aku rasa koleksi ini memang tidak dijual di kedai-kedai melainkan melalui online saja. Jadi kalau rasa-rasa nak penuhkan koleksi Queen korang, bolehlah beli koleksi ini melalui Amazon.  

Rabu, 27 Jun 2012

Bila aku beraya pada bulan Rejab...(Let Us Cling Together)


Tiba-tiba mood nak menulis datang. Maka bersambunglah aku menulis...

Tajuk di atas sengaja aku kontroversikan. Ianya kerana dalam sekitar Mei/Jun ini, semua barang-barang yang aku pesan dari luar sudah sampai (walau ada yang ambil masa sampai satu bulan!). Antara yang masuk dalam direktori koleksi aku ialah Queen Limited Edition Boxset no. 2.

Queen 25th Years Anniversary Limited Edition Boxset no. 2 

Sebenarnya, seperti mana entri yang ini, koleksi ini bukanlah koleksi yang dikeluarkan oleh Universal Music selaku pemegang hak pengedaran terkini Queen, tapi oleh Hollywood Records dengan kerjasama dari anggota Queen yang masih tinggal dan aktif (Brian May dan Roger Taylor). Ianya dikeluarkan dalam tiga (3) siri dan hanya dijual secara rasmi dalam laman web Amazon. Aku berjaya dapatkan 2 daripada 3 siri ini. Doakan aku dapat lengkapkan ketiga-tiga koleksi ya?

Queen 25th Years Anniversary Limited Edition Boxset no. 1


Sekarang ini aku sedang melekat dengan album dari Boxset yang pertama, A Day At The Race. Album ini adalah album kelima daripada 15 discography Queen dan diterbitkan pada tahun 1976. Juga adalah album pertama yang menampilkan Queen sebagai penerbit album sepenuhnya tanpa bayangan Roy Thomas Baker, penerbit album-album mereka sebelum ini.



Dalam album ini, Queen telah mencipta sebuah lagu yang diselitkan lirik berbahasa Jepun di bahagian korus (satu-satunya lagu Queen yang berbahasa Jepun dan antara 3 lagu yang berbahasa asing selain Mustafa dan Las Palabras De Amor). Teo Toriatte atau dalam bahasa inggeris Let us Cling Together, lagu yang dicipta sepenuhnya oleh Brian May sebagai penghormatan kepada peminat mereka di Jepun. Juga menjadi satu-satunya lagu yang bahagian pianonya tidak dimainkan oleh Freddy Mercury tapi dimainkan sendiri oleh Brian May.

Aku tak bercadang nak mengupas teknikal album atau koleksi ini (mungkin di entry yang lain). Cuma sejak kali pertama aku dengar lagu ini (ianya diletakkan sebagai penutup album), aku dapat rasakan satu perasaan sayu tapi penuh bersemangat! Tidak menghairankan sekiranya dilihat di dalam Youtube, jengah ke bahagian komen maka kita akan dapat membaca komen-komen yang positif tentang lagu ini. Lagu ini juga telah dirakamkan kembali oleh kumpulan Rock dari Carlifornia,  Mêlée dan bekas vokalis Angra, Andre Matos.Lagu ini juga dimasukkan ke dalam projek kompilasi Song For Japan sempena malapetaka tsunami dan gempa bumi yang melanda Jepun tempohari dan dikeluarkan pada Mac 2011. (sumber: wikipedia)



(verse)

When I'm gone
No need to wonder if I ever think of you
The same moon shines
The same wind blows
For both of us, and time is but a paper moon...
Be not gone

Though I'm gone
It's just as though I hold the flower that touches you
A new life grows
The blossom knows
There's no one else could warm my heart as much as you...
Be not gone

(chorus)

Let us cling together as the years go by
Oh my love, my love
In the quiet of the night
Let our candle always burn
Let us never lose the lessons we have learned

手を取り合って このまま行こう (Te o toriatte Kono mama ikō)
愛する人よ (Aisuru hito yo)
静かな宵に (Shizuka na yoi ni)
光を灯し (Hikari o tomoshi)
愛しき 教えを抱き (Itoshiki Oshie o idaki)

(verse)

Hear my song
Still think of me the way you've come to think of me
The nights grow long
But dreams live on
Just close your pretty eyes and you can be with me...
Dream on

(chorus)

手を取り合って このまま行こう (Te o toriatte Kono mama ikō)
愛する人よ (Aisuru hito yo)
静かな宵に (Shizuka na yoi ni)
光を灯し (Hikari o tomoshi)
愛しき 教えを抱き (Itoshiki Oshie o idaki)

(bridge)

When I'm gone
They'll say we're all fools and we don't understand
Oh be strong
Don't turn your heart
We're all
You're all
For all
For always

(chorus)

Let us cling together as the years go by
Oh my love, my love
In the quiet of the night
Let our candle always burn
Let us never lose the lessons we have learned

p/s: Gambar-gambar diambil tanpa kebenaran dari internet. Belum ada masa nak amik gambar koleksi aku yang ini.

Rabu, 2 Mei 2012

Dirgahayu...Queen! (Bahagian satu)


Dirgahayu - sl dilanjutkan usia, dipanjangkan umur (sumber sini)


Dalam banyak-banyak band rock klasik, Queen adalah antara yang memberikan pengaruh besar dalam menentukan citarasa muzik aku (bukan gaya hidup ok?). Sebenarnya kalau diperhatikan, era klasik rock (1960 - 1980) adalah era yang paling kreatif pada pendapat aku di mana walaupun banyak band-band yang muncul tapi mereka boleh membentuk satu konsep atau perbezaan dari segi muzik hingga memungkinkan sukar untuk mencari persamaan antara satu sama lain.

Queen antara kumpulan yang jatuh dalam kategori "lain" ini. Tatkala kumpulan rock dari kepulauan Britain seperti Led Zeppelin dan Pink Floyd sudah menerapkan elemen-elemen "psychedelic" dalam lagu-lagu mereka, Queen muncul pada 1973 dengan konsep muzik "theatrical" iaitu suatu konsep di mana muzik mereka bukan sekadar didengar, malahan diolah seakan-akan muzik latar belakang drama atau teater.

Sekurang-kurangnya itulah yang aku alami tatkala mendengar dua album pertama Queen ini. Queen & Queen II, dua album yang dikeluarkan selang setahun (1973 & 1974) menampakkan betapa produktifnya gabungan Freddie Mercury, Brian May, John Deacon dan Roger Taylor ini. Dirakamkan di studio Trident, London untuk kedua-dua album, album ini menampakkan sisi atau prinsip awal mereka yang jelas tidak mahukan bunyian synthesizer (malangnya mereka terpaksa akur dengan penggunaan synthesizer dan menggunakannya untuk lagu-lagu mereka selepas itu seperti Radio GaGa dan

Versi yang ada pada aku adalah versi CD remastered Printed in Holland (sudah tentu remastered, tahun 1973 masih dengan LP lagi...he he he). Menggunakan studio Jalan Abbey sebagai studio remastered, walaupun menggunakan digital remastered tetapi seboleh mungkin mereka cuba untuk mengekalkan jiwa analog dalam rilisan semula ini. 


(perhatikan disclaimer ..."and nobody played synthesizer")

Album pertama, Queen mengandungi 10 lagu di mana 4 lagu ditulis oleh Brian May, 5 lagu oleh Freddie Mercury sendiri manakala satu oleh Roger Taylor. Brian May berkongsi kredit dalam satu lagu "Doing All Right" dengan bekas bassist kumpulan Smile, Tim Staffell (May dan Taylor adalah anggota asal Smile manakala Mercury adalah peminat mereka asalnya). Dalam album ini juga buat pertama kalinya logo Queen diperkenalkan. Direka oleh Freddie Mercury sendiri (beliau mengambil jurusan seni ketika di kolej), ianya menggabungkan lambang zodiak bagi setiap anggota Queen, dua singa Leo (Deacon & Taylor), ketam Cancer (May) dan dua pari pari Virgo (Mercury) dan terkenal dengan jolokan "Queen crest".

Track pembukaan, Keep Yourself Alive adalah sebuah lagu rancak yang akhirnya menjadi 'trademark' bagi mereka. Doing All Right sebuah track yang agak melancholic pada awalnya (mungkin pengaruh asal Smile adalah lagu-lagu sebegini). Kemudian 'drive' lagu meningkat sebelum solo gitar sebelum turun kembali seperti asal (memang tipikal Queen sebegini bukan?)

Great King Rat menampilkan rentak lagu yang 'catchy', overdub suara dan harmoni melampau (yang akhirnya menjadi trademark mereka juga) dengan lirik yang berulang-ulang pada sesetengah tempat. Juga kedengaran ada sedikit unsur-unsur "punk" pada sebahagian lagu.


Agak panjang kalau nak kupas kesemua lagu-lagu dalam album ini tapi selepas mendengar keseluruhan track, memang tak dapat dinafikan yang mereka sebenarnya sudah menetapkan konsep muzik mereka seawal album pertama lagi. Dan tak pernah sekalipun mereka menukar konsep malahan diperkembangkan lagi konsep itu sehinggalah menjadi seperti apa yang kita dengar sekarang.

Queen

Freddie Mercury (vocals, piano)

Brian May (guitars, piano, vocals)

Deacon John (seperti dalam rilisan asal LP) (bass guitar)

Roger Meddows-Taylor (percussion, vocals)

Senarai lagu:

1. Keep Yourself Alive (May)

2. Doing All Right (May - Staffell)

3. Great King Rat (Mercury)

4. My Fairy King (Mercury)

5. Liar (Mercury)

6. The Night Comes Down (May)

7. Modern Times Rock 'N' Roll (Taylor)

8. Son And Daughter (May)

9. Jesus (Mercury)

10. Seven Seas Of Rhye (Mercury)

Trivia:

Track 10 (Seven Seas Of Rhye) di dalam album ini hanyalah sebuah instrumental yang masih belum lengkap dan hanya sempurna di dalam album kedua mereka, Queen II (akan diulas selepas ini).

Mereka terpaksa meletakkan disclaimer "nobody played synthesizer" juga untuk menerangkan kepada pendengar bahawa apa yang mereka dengar bukan bunyian synthesizer tetapi hasil dari permainan gitar "overdub" berlapis-lapis yang kemudiannya membuatkan Brian May terkenal dengan cara permainan sebegini.  

Roger Taylor menyanyikan sendiri lagu ciptaannya, Modern Times Rock 'N' Roll.     

Khamis, 19 Ogos 2010

Killer Queen: A Tribute To Queen


Aku agak skeptikal dengan album tribute. Bukan apa. kebanyakkan album tribute untuk artis-artis tak kira genre rock, pop mahupun asli kebanyakkannya lebih kepada "cover" iaitu menyanyikan balik mengikut versi artis tersebut. Contoh klasik ialah Whole Lotta Zep: Malaysian Artis Tribute To Led Zeppelin.

Aku suka petik dialog Chris Cole dan Rob Malcolm dalam filem Rock Star..

Chris: We are NOT a cover band, we're a TRIBUTE band!

Rob: No dude, we are a cover band! Problem is, we've been covering the tunes, you think you're in goddamn Steel Dragon...I love you man but you're mental, you really are. You need to get grip on reality man, you dont know where Bobby Beers ends and you begin..

Dialog ini pada aku dah menerangkan apa itu "cover": dan apa itu "tribute". Pasal tu kalau kita usha suatu ketika dulu, kemelut antara Syafinaz dan Ahmad Nawab mengenai kekecewaan Ahmad Nawab terhadap Syafinaz kerana "merosakkan" lagu-lagu beliau yang dinyanyikan semula oleh Syafinaz dalam album Syyy:...Syafinaz yang ternyata sebuah album tribute untuk Ahmad Nawab.

Ok. Berbalik kepada album ini. Aku dapat daripada seorang amoi (beli ok?) melalui mudah.my. Pada mulanya aku tak harapkan apa-apa daripada alhbum ini. Niat aku beli hanyalah kerana aku minat giler kat Queen (dan sedang dalam proses untuk mendapatkan box set mereka). Tapi bila aku pasang je dalam kereta selepas selesai urusniaga dengan amoi tersebut aku terasa macam...wow!

Mungkin ini bukanlah album tribute terbaik yang dihasilkan (aku masih percaya Encomium tetap di atas..hehe) tapi aku rasa album ini berjaya mendefinasikan maksud tribute dengan betul. Korang boleh bayangkan suara garau + soprano Gavin DeGraw menyanyikan We Are The Champions atau suara mellow Jason Mraz menyanyikan Good Old Fashioned Lover Boy dengan gaya dan genre muzik mereka sendiri. Senang cerita kompilasi ini adalah kompilasi lagu-lagu Queen yang dinyanyikan secara pop.

Cumanya aku pun hairan kenapa Bohemian Rhapsody dinyanyikan oleh dua artis yang berlainan dalam album ni. Aku rasa banyak lagi lagu-lagu Queen yang dorang boleh cover macam Seven Seas Of Rhye, Mustapha dan banyak lagi la. Feveret aku dalam album ni ialah Bohemian Rhapsody oleh Constantine Maroulis dengan iringan pelakon-pelakon We Will Rock You dan Good Old Fashioned Lover Boy oleh Jason Mraz. Juga dalam album ni ada penampilan oleh Eleven, band yang mengiringi Chris Cornell ketika album solo beliau yang pertama dulu, Euphoria Morning.

Track List..

1. Gavin DeGraw - We Are The Champions
2. Shinedown - Tie Your Mother Down
3. Constantine Maroulis feat the cast of We Will Rock You - Bohemian Rhapsody
4. Eleven feat Josh Homme (Queen Of The Stone Age) - Stone Cold Crazy
5. Jason Mraz - Good Old Fashioned Lover Boy
6. Joss Stone - Under Pressure
7. Breaking Benjamin - Who Want To Live Forever
8. Be Your Own Pet - Bicycle Race
9. Josh Kelly - Crazy Little Thing Called Love
10. Los Lobos - Slepin' On A Side Walk
11. Sum 41 - Killer Queen
12. Rooney - Death On Two Leg
13. Jon Brion - Play The Game
14. The Flaming Lips - Bohemian Rhapsody
15. Ingram Hill - '39
16. Antigone Rising - Fat Bottomed Girl

BARBARIK PENTAS KERAS – PENUTUP MELAZATKAN UNTUK TAHUN 2022

Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...