Memaparkan catatan dengan label filem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label filem. Papar semua catatan

Sabtu, 29 Mei 2021

SYAIR PANJANG SANG BOHEMIA (ini bukan review filem!)


 (Tulisan ini telah disiarkan di dalam portal kakisinema.com pada 10 November 2018. Malangnya portal tersebut sudahpun luput dikambus arus deras media digital yang lain.)

 

(Aku suka poster ni. Pada aku best.)

“She keeps Moet et Chandon,In her pretty cabinet
'Let them eat cake' she says, Just like Marie Antoinette”

Queen! Gergasi besar dalam arena muzik antarabangsa yang tak perlu diperkenalkan lagi. Satu-satunya kumpulan yang menggunakan lagu rasmi ‘God Save The Queen’ sebagai penutup konsert mereka. Bukan saja tidak dimurkai baginda ratu, malahan Brian May dijemput mengalunkan petikan gitar untuk lagu rasmi negara Great Britain ini di atas bumbung Istana Buckingham sempena sambutan jubli emas pemerintahan baginda Ratu Elizabeth pada tahun 2002 yang lalu.

 

Belajar di kolej yang sama, Freddie yang mengambil jurusan seni menggantikan penyanyi asal kumpulan Smile yang juga dianggotai oleh Brian May, pelajar astro-fizik dari kolej Imperial London & Roger Taylor, pelajar kolej pergigian, yang kemudiannya dilengkapkan dengan kemasukan John Deacon, seorang pelajar kejuruteraan eletrik sebagai pemain bass. Selain bertanggungjawab menukar nama kumpulan kepada Queen, Freddie juga bertanggungjawab mereka bentuk logo kumpulan tersebut yang dipanggil Queen Crest yang dihasilkan dari gabungan logo-logo binatang yang terdapat pada zodiak setiap ahli kumpulan.

 

Dengan deretan hit seperti Killer Queen, Tie Your Mother Down, Fat Bottomed Girls, Seven Seas Of Rhye, Friends Will Be Friends dan banyak lagi, Bohemian Rhapsody menjadi salah satu lagu yang ikonik dan diangkat sebagai antara 500 lagu terbaik sepanjang zaman oleh majalah muzik paling berpengaruh di dunia, Rolling Stones. Tiada siapa tahu maksud sebenar lagu tersebut malahan Freddie sendiri sebagai pencipta lagu dan lirik juga tidak pernah menceritakan makna lagu itu dan disokong oleh Brian May sendiri. Dengan panjang lagu yang mencecah 6 minit – melebihi kebiasaan panjang lagu pada ketika itu (dan juga sekarang!) sudah tentu ia mendatangkan perbualan yang bukan sedikit tentang lagu tersebut. Ada yang melabelkannya sebagai ‘mengada-ngada’, “’menunjuk-nunjuk’ dan tak kurang juga yang mengatakan lagu ini sebagai ‘karut’. Lagu ini juga pada awalnya mendapat tentangan daripada pihak pengurusan syarikat rakaman sendiri yang mengatakan lagu tersebut sebagai ‘terlalu panjang dan tidak sesuai untuk radio’ namun dengan kelicikan Freddie dan ahli kumpulan tersebut yang membawa ‘singles’ tersebut ke Capitol Radio, lagu tersebut menjadi ‘fenomena’ dek kerana deejay yang memutarkan lagu tersebut hingga berbelas kali dalam sehari; adakalanya hingga 30 kali!

 

Mengenali kumpulan Queen, kita akan dapat menyelami satu perjalanan muzik yang berbeza-beza dari satu album ke satu album yang lain. Terkenal kerana tidak suka melakukan benda yang sama dalam setiap rilisan album, mereka juga suka bereksperimen dalam setiap terbitan mereka demi untuk menghasilkan sesuatu yang lain namun dapat memuaskan nafsu dan halwa telinga peminat mereka. Dengan barisan 14 buah album + 1 album ‘posthumous’ (dilengkapkan & diterbitkan selepas kematian Freddie Mercury), kalian tidak akan mendengar 2 lagu yang seakan Bohemian Rhapsody atau Killer Queen mahupun We Are The Champion. Queen juga terkenal suka menggunakan bahasa asing selain bahasa inggeris dalam lirik lagu mereka. Dengarkan lagu Teo Toriatte (Let Us Cling Together) (Jepun), Las Parabas De Amor (Sepanyol), Mustafa Ibrahim (Persian) & semestinya Bohemian Rhapsody (Arab).

 

“Roger, there’s only room in this band for one hysterical queen!” Queen itu Freddie dan Freddie itu Queen! Satu dunia tahu Freddie meninggalkan kita semua pada pada 24 November 1991 kerana penyakit Bronchopneumonia iaitu sejenis komplikasi yang berpunca dari AIDS. Terkenal dengan perhubungannya dengan kekasih wanita (dan juga lelaki!) yang dipercayai menjadi punca beliau disahkan HIV positif pada tahun 1987. Walaupun tertulis di majalah-majalah dan tabloid akan kegiatan Freddie yang menjalani hidup sebagai ‘rockstar’ dengan jayanya, hakikat sebenar seperti yang selalu diceritakan oleh orang yang rapat dengan beliau, Freddie seorang yang pemalu dan kebiasaannya lebih suka duduk di rumah dan menghabiskan masa bersama kucing-kucing peliharaannya. Imej ‘flamboyant’ yang selalu ditonjolkan beliau ketika di atas pentas ternyata berlawanan dengan sifat Freddie yang sebenar.  

 

Hakikat yang tak boleh dipisahkan bila bercerita mengenai hubungan cinta empunya nama asal, Farroukh Bulsara, ialah dengan kekasih yang juga bekas tunang beliau, Mary Austin yang (pada pandangan aku) hampir mencapai epik percintaan Samson & Delailah atau Uda & Dara. Cinta mereka yang akhirnya gagal menyatukan mereka walaupun banyak lagu yang ditulis Freddie khusus untuk cinta hati matinya ini. Paling mengesankan? Sudah tentu lagu ‘stadium anthem’ Love Of My Life yang didedikasikan khas buat bekas tunangnya itu. Adakah bukan cinta namanya bila hampir separuh harta peninggalan Freddie Mercury diwasiatkan kepada Mary Austin termasuklah royalti rakaman album (kecuali 4 album terakhir yang diberikan kepada ahli kumpulan Queen) & rumah agam 20 bilik beserta ‘grand piano’ yang digunakan ketika merakam lagu Bohemian Rhapsody. Semuanya atas alasan ‘sepatutnya mengikut aturan normal, mereka sudahpun berkahwin dan mempunyai anak, dan Freddie memang menyediakan rumah itu untuk mereka’. Walaupun tahun-tahun akhir hayatnya Freddie dijaga oleh ‘kekasihnya’ pada waktu itu, Jim Hutton, namun Mary tetap berada di satu sudut paling istimewa dalam hatinya. Hinggakan abu mayat Freddie yang dibakar mengikut upacara ‘Zoroastrian’ aka Majusi (agama anutan ibu dan bapanya) juga disemadikan oleh Mary atas wasiat Freddie sendiri dan hanya beliau saja yang tahu lokasi tepat di mana Freddie disemadikan. Memetik temuramah Mary dengan Daily Mail pada tahun 2013, “I never betray him in his lifetime, and I’ll never betray him now”.

 

Antara persembahan pentas yang paling diingati oleh Queen mestilah ketika konsert Live Aid pada tahun 1985. Konsert amal yang dianjurkan untuk mengutip dana bagi membantu mangsa kebuluran di Ethiopia yang diusahakan oleh satu susuk berpengaruh dalam dunia muzik, Bob Geldof menjadi antara persembahan Queen paling bertenaga dan paling diingati oleh peminat di seluruh dunia. Siapa boleh lupakan tepukan serentak secara ‘unison’ hampir 100,000 penonton di stadium Wembley mengikut aksi dalam klip video Radio Ga Ga yang diterbitkan kurang setahun sebelum konsert bersejarah ini? Queen juga terkenal sebagai pelopor ‘stadium rock’ di mana mereka pernah memegang rekod dunia penonton berbayar teramai (131,000 penonton) ketika konsert mereka di Sao Paolo dalam rangka jelajah ke Amerika Latin pada tahun 1981.

 

Terlalu banyak artikel, terlalu banyak buku dan majalah malahan filem dokumentari yang boleh didapati sekarang yang menceritakan tentang sejarah dan legasi Queen sejak awal penubuhannya hingga kini. Namun apa yang penting ialah pengalaman peribadi mendengar dan menghayati karya-karya yang pernah dihasilkan yang telahpun diiktiraf antara yang terbaik pernah dihasilkan dalam sejarah peradaban manusia. Baik Freddie mahupun Queen, keempat-empat mereka berjaya meninggalkan legasi yang akan terus dikenang selama-lamanya walaupun memetik lirik nukilan (Dr) Brian May dalam album A Kind Of Magic, “Who wants to live forever!”

 

(Koleksi runcit-runcit Queen yang ada dalam simpanan) 

.

 

 

Selasa, 13 Mac 2012

Bunohan

Jarang benar aku rasa teruja menunggu filem Malaysia (??) main di panggung wayang. Tapi filem yang satu ni memang buat aku tertunggu-tunggu sejak Maskara Shorties tahun lepas. Masa acara ini, selain ditayangkan temubual dengan pengarah filem ini, juga ditayangkan "trailer" khas sebagai "sneak peak" untuk filem ini.

Bunohan. Sebuah filem yang mendapat liputan meluas di laman-laman sosial. Filem ni juga telah banyak mengembara ke luar negara memenuhi jemputan ke festival-festival filem antarabangsa. Sudah jadi seperti fenomena baru pula. Namun apa isi kandung cerita ini sendiri?

Aku menonton cerita ini sebanyak 3 kali. Pertama ketika tayangan premier di KLCC (terima kasih kepada Jenderal Sol-jah). Kedua bersama member-member yang terlibat dalam bidang advertising (salah seorang ex-Imaginex) dan ketiga bersama member-member yang berasal dari Kelantan. Jadi aku rasa segala bidang dalam cerita ini aku dah paham (kot?) kah kah kah!

Bunohan bergerak atas cerita 3 beradik. Ini boleh difahami terus melalui "trailer" yang dikongsi di youtube. Ilham sebagai abang sulung, Adil sebagai adik bungsu dan Bakar (suara Bakar juga digunakan di dalam "trailer" dan digambarkan sangat "baik). Seorang sebagai pembunuh upahan, seorang sebagai peninju Muay Thai dan seorang lagi sebagai guru. Awal-awal cerita sudah dipahatkan di minda penonton yang Bakar, seorang guru adalah orang baik. Sentiasa berpakaian kemas (standard guru-guru bandar) dan dipotretkan sebagai "mat hensem". Berbeza dengan Ilham dan Adil yang jarang berpakaian lengkap dan kelihatan comot dan berpeluh.

3 beradik yang alami konflik (atau lebih tepat dilema?) masing-masing. Ilham diberikan tugasan mencari seorang peninju Muay Thai yang lari dari gelanggang, Bakar yang mendapat peluang untuk memajukan tanah dan Adil yang berhutang dengan samseng Siam dan terpaksa bertarung di gelanggang Muay Thai untuk menyelesaikan hutangnya. Namun ketika di ambang kekalahan, dia diselamatkan oleh kawan baiknya, Muski dengan bantuan beberapa orang samseng Siam.

Bunohan adalah cerita dalam cerita. Cerita di mana mesejnya secara terang sudah dinyatakan dari awal tayangan lagi. Intro cerita di kedai kopi sambil tv plasma skrin leper menayangkan sedutan daripada filem ini sendiri. Kelihatan beberapa orang kampung berbual-bual sesama sendiri sambil menyebut nama-nama pelakon yang tertera di kaca tv. Di sini juga dipaparkan aksi Bakar yang sedang berbincang dengan Jolok dan aksi Bakar menghulurkan beberapa not RM 50 kepada seorang watak pembantu yang lain.

Bunohan adalah cerita kapitalis. Cerita bahawa demi duit, manusia boleh jadi gila. Anak boleh bunuh bapa. Kawan boleh "tikam" kawan. Namun cerita ini juga membawa sisi baiknya. Sepatah dialog Namron (sebagai Pok Wah) dalam cerita ini "buang hok buruk, amik hok chomey". Tak semua yang bermula buruk akan berakhir buruk. Dan tak semua yang zahirnya bersih akan tetap bersih dalamannya.

Bunohan adalah cerita tradisi. Cerita ini mengangkat perubatan tradisional, unsur-unsur perubatan mistik dalam penceritaannya. Main puteri, makyong dan wayang kulit antara yang di angkat semangatnya dalam cerita ini. Jelmaan buaya putih juga ditonjolkan dan perlukan sedikit pemahaman dari awal cerita untuk memahami sebab buaya putih ini keluar. Tapi aku berfikiran bahawa ianya tak la sesukar mana untuk difahamkan melainkan kalian menonton tanpa membawa otak!

Bunohan bergerak dalam nafas dan bahasa Kelantan. Sementelah kampung Bunohan ini pun terletak di sempadan antara Tumpat dan Narathiwat, Thailand. Pelakon-pelakon cerita ini pada aku berjaya membawakan dialog mereka dengan baik. Mungkin ada "flaw" sikit-sikit tapi ianya tak menggangu langsung jalan ceritanya. Mungkin ada sikit kepelikan telo yang dilontarkan oleh Namron, Faizal Hussein dan Sofi Jikan tapi sebagai orang luar, usaha mereka untuk cuba menguasai bahasa Kelantan pada aku dah berjaya (3 bulan pre-production untuk kelas bahasa Kelantan dan kelas Muay Thai). Kecualilah kalian ni "Nazi Bahasa"...kah kah kah!

Bunohan adalah cerita jantan. Permulaan cerita sudah ditunjukkan adegan Ilham sedang diurut "kelakiannya" oleh seorang tukang urut yang sudah berusia. Juga babak-babak pertarungan Muay Thai "haram" di awal dan akhir cerita. Namun ianya bukanlah semata-mata filem pertarungan. Malahan babak pertarungan bukanlah babak yang mendominasi kerana ada banyak benda lain yang cuba ditayangkan pada waktu yang sama.

Bunohan menampilkan suasana kampung, paya bakau dan pantai yang menarik. Perlambangan keadaan sekitar banyak dipengaruhi oleh cuaca dan keadaan langit. DOP yang pandai buat kerja dan sangat-sangat faham makna "art" dalam filem. Aku bukanlah orang teknikal namun berkat menonton bersama-sama member yang terlibat secara langsung dalam bidang pengiklanan banyak membantu. Sepatah komen mereka "Banyak shot lepas geram. Biar kamera shot lama-lama untuk satu-satu scene pasal dalam advertising, semua shot nak kena pantas!". Untuk makluman, Dain Said, pengarah cerita ini adalah satu nama yang agak besar dalam bidang advertising.

Muzik dalam Bunohan pada aku padat namun masih boleh diperbaiki. Penataan muzik oleh Tan Yan Wei (mendiang) dari Imaginex banyak menggunakan elemen tradisi muzik Kelantan seperti rebab. Ada adegan yang seperti disengajakan 'kesumbangan" bunyian rebab ini untuk menunjukkan "feel" atau emosi adegan-adegan tersebut. Cuma entah kenapa, pabila tiba pada adegan-adegan yang sunyi seperti ketika Adil berjalan-jalan di dalam rumah, runut bunyi The Last Mohicans terus bermain-main dalam kepala otak aku. Mungkin sekiranya ditambah elemen orkestra, akan bertambah "tajam" lagi emosi adegan tersebut.

Sepatah kata aku, benda-benda "rare" dan bagus ni bukan datang selalu dan sekarang sementara tengah ada ni baiklah pergi tengok kat wayang. Nak harap "berlengkau" depan tv tunggu Astro First apa barang beb!

Secara keseluruhan aku kasi 4.5/5 bintang. 0.5 bintang pasal score muzik tadi..:-)


Ilham - Faizal Hussein
Bakar - Pekin Ibrahim
Adil - Zahiril Adam
Muski - Amerul Affendi
Pok Eng - Wan Hanafi Su
Pok Wah - Namron
Pok Awang Sonar - Sofi Jikan
Deng - Bront Palare
Mek Yah - Tengku Azura
Jolok - Husyairy Husin
Gasi - Md. Ezyendy
Ketot - Sufian Muhammad
Jing - Jimmy Lor
Cina Burung - Ho Yuhang

Pengarah - Dain Said
DOP - Charin "Tong" Pengpanich
Score Music - Tan Yan Wei
Producer - Nandita Solomon
Penerbit - Apparat Production


Gambar diambil dari Google Image dan kredit kepada website rasmi Bunohan untuk senarai pelakon.




Khamis, 1 Mac 2012

Kampung Bunohan



Aku jarang dapat peluang ke tayangan premier sesebuah filem tempatan. Termasuk semalam (29/02/2012), baru tiga filem yang memberi peluang kepada aku untuk ke tayangan premier. Filem pertama, Estet, arahan Mamat Khalid dan yang kedua Hantu Kak Limah Balik Rumah juga arahan Mamat Khalid. Maka memang sangat-sangat berbesar hatilah tatkala aku dipelawa oleh Jenderal Sindiket Sol-jah, Naga untuk ke tayangan premier Bunohan semalam.

Aku tak bercadang untuk mengulas filem ini memandangkan ianya hanya akan mula ditayangkan di pawagam tempatan pada 8 Mac nanti. Cuma berdasarkan apa yang telah aku tengok ditambah dengan review dari mereka-mereka yang juga berpeluang menonton premier ini, aku sangat-sangat mencadangkan supaya kalian menonton juga filem ini pabila ditayangkan kelak. Kalau ikut kanta mata aku yang menontonnya, hampir tiada cela dan cacatnya filem ini (kecuali kalau kalian mengharapkan ada watak heroin lawa dan berkemban...ha ha ha).

Filem ini filem jantan. Filem yang dialognya seakan 'menyanyi'. Hampir 90% dialog menggunakan dialek Kelantan dan Pattani. Tapi jangan risau. Sarikata yang disediakan sangat-sangat membantu. Filem ini juga menampilkan hanya satu watak perempuan. Itupun watak pembantu. Latar belakang filem ini juga 'kasar'. Gelanggang tomoi, paya, kubur, tengkorak. Namun ianya bukan filem ganas atau seram. Kesimpulannya, memang jauh dari tanggapan awal kalau hanya dinilai melalui teaser di youtube.

Tanpa ragu-ragu aku akan mengulang semula menonton filem ini bila ianya dibuka untuk tayangan umum nanti. Untuk filem sebagus ini, aku tak ragu-ragu untuk mengeluarkan duit untuk tiket wayang dengan harapan agar pengarah akan dapat menggunakan duit tiket aku untuk membikin filem lain yang sebaik filem ini pada masa hadapan.

Jemputlah ke kampung saya, Bunohan!

Faizal Hussein - Ilham
Pekin Ibrahim - Bakar
Zahiril Adam - Adil "Bunga Lalang"
Wan Hanafi Su - Pok Yeh
Sofi Jikan - Pok Awang Sonar
Namron - Pok Lah
Tengku Azura - Mek Yah

Pengarah - Dain Said

p/s: Ulasan penuh hanya akan ditulis selepas 8 Mac 2012.

Khamis, 21 Oktober 2010

Fiesta Filem Malaysia Di Estet..

Malam minggu yang lalu, bawa awek tengok cerita hantu...hahaha. Macam best pula lagu Senario ni kan? Padahal takde kena mengena langsung dengan tajuk..

Malam semalam (20/10/2010) aku dapat jemputan dari seorang kawan untuk menonton tayangan gala premier filem Estet. Filem yang sudah hampir dua tahun diperam oleh sutradaranya, Mamat Khalid dan diwar-warkan sebagai filem Malaysia. Jadi dengan niat hati yang suci tanpa memikirkan apa yang perlu dipakai, aku terus ke tempat yang dijanjikan iaitu Centre Atrium @ Curve Damansara dari pejabat dengan pakaian kerja..hahaha

Setibanya aku di The Curve, aku jadi kaget. Apsal macam ada keramaian je? Rupanya malam semalam adalah pembukaan kepada Festival Filem Malaysia ke 23 yang membawa tema "Filem Malaysia Ke Persada Dunia"...Tinggi betul cita-cita tu kan? hahaha. 1Malaysia Boleh! . Jadi buat pertama kalinya aku terasa macam dekat Hollywood. mana taknya, aku dikelilingi pelakon-pelakon tersohor tanahair seperti Sam Saheizy, Bront Palare, Norliana Samsudin (Siti Kelembai) dan juga otai Jalan Ampas..S.Kuswadinata & Aziz Satar. Biasa la kalau dah nama majlis perasmian kat 1Malaysia ni mesti ada persembahan kebudayaan dan nyanyi-nyanyi. Aku cuma tumpukan perhatian bila penyanyi favorite aku, Dayang Nurfaizah naik ke pentas sambil menyanyikan lagi "Malam Bulan Dipagar Bintang", satu "cover" yang pada aku cukup cantik dari lagu asal dendangan allahyarham P. Ramlee. Terasa rugi pula tak berkesempatan layan show Dayang ni masa kat Planet Hollywood dulu-dulu..

Tepat jam 9.30pm, seperti yang tertera di jadual aturcara tibalah masa untuk tayangan gala premier ni. Baru aku tau selain Estet, 2 Alam juga ditayangkan khas sempena perasmian FFM kali ni. Tapi 2 Alam tak mau cerita la..hahaha

Buku Untuk Filem: Estet

Secara jujurnya aku dah pun membaca Buku Untuk Filem: Estet yang dikeluarkan oleh Matahari Books milik Amir Muhammad dan ditulis oleh Ajami Hashim. Walaupun telah diberitahu bahawa skrip didalam buku tu adalah draf pertama untuk Estet, tapi serba sedikit aku dah boleh membayangkan apa yang berlaku di sepanjang filem tersebut. Untuk filem Estet ni, kepada sesiapa yang biasa dengan karya-karya arahan Mamat Khalid, aku rasa kalian takkan ada masalah untuk menerima arahan beliau kali ini. Tapi kepada yang tak biasa ataupun tak gemar dengan lawak cara Mamat Khalid, mungkin akan berasa "terganggu" di sepanjang cerita.

Mamat Khalid yang aku kenali semenjak telefilem pukul 2 petang, Md. Nor Khushairi & The Velvet Boys sehinggalah ke Rock dan Zombie Kampung Pisang seorang pengarah yang pada aku lain dari yang lain. Cara penceritaan beliau yang suka cara macam orang biasa-biasa bercerita merupakan kekuatan beliau pada aku. Cuma kadang-kadang lawak beliau lebih-lebih lagi dalam Estet ni nampak macam "terlalu mencuba" untuk buat orang gelak. Tapi boleh difahami kerana awal-awal lagi beliau menekankan yang untuk Estet, beliau cuba menerapkan cara "Kollywood" didalam arahan beliau dan seperti yang kita maklum, filem-filem tamil yang selalu kita tonton (kalau korang tonton la..) memang gunakan pendekatan sebegini la kan.

Geetha sang heroin...

Premis filem ini bergerak atas plot sukan sebenarnya. Menceritakan tentang sebuah perlawanan bolasepak yang akan berlangsung antara estet cinta manis bertemu dengan estet red cobra. Plot cerita bergerak atas platform persiapan menghadapi perlawanan bolasepak ini ditambah dengan sub-plot cinta sikit, muhibbah sikit, satira sikit dan juga sesi "tribute" (penghargaan) kepada beberapa tokoh perfileman di sepanjang filem (sila cari gambar Hassan Mutalib dan nama U-Wei Shaari kalau korang tonton filem ni). Intro lagu pembukaan yang menggunakan dwi-bahasa (melayu dan tamil) adalah tarikan utama kot untuk filem ini (kena pulak Awie yang nyanyi part tamil tu..keh keh keh).

Filem ini didedikasikan untuk 2 nama besar dunia hiburan tanah air seperti yang tertulis di kredit filem. Arwah Rosli Khamis dan Arwah Jalil Ngah. Terbukti yang Mamat Khalid mempunyai hubungan yang agak akrab dengan 2 susuk tersebut walaupun kecenderungan beliau lebih ke arah filem (Loloq pernah berlakon 2-3 telefilem dan filem arahan beliau). Cumanya pada aku, filem ni walaupun terpaksa menunggu hampir 2 tahun sebelum Mamat Khalid bersedia untuk melepaskan kepada umum, masih ada beberapa kekurangan yang aku rasa boleh diperbaiki lagi.

scene video klip "ayuh kawan"

Skrip pada aku masih ada acuan "DBP" lagi. Bukan aku ada masalah dengan DBP tapi untuk lebih dekat dengan masyarakat, sepatutnya gunakan bahasa percakapan seharian. Dialog-dialog antara Farid (hero), Sasi (co-hero) dan juga Geetha(heroin) terasa macam terlalu skema pulak. CGI pun aku rasa masih boleh diperbaiki lagi. Tapi aku paham oleh kerana Mamat Khalid menggunakan modal sendiri untuk membikin filem ni, kekangan bajet adalah masalah besar yang terpaksa beliau hadapi. Lakonan Sofi Jikan pada aku macam biasa, best. Dia ni kalau dapat la watak yang besar, confirm boleh jadi next Salleh Kamil aku rasa. Penampilan istimewa David Arumugam (Alleycats) pula aku rasa memang kena. Dengan karekter beliau yang suka mengomel, banyak sindiran dalam dialog-dialog bersahaja beliau.

Aku tak nak cerita penuh. Korang kena tengok dekat pawagam kalau nak tau jalan cerita penuh. Cuma pada aku, tak rugi la korang menonton Estet ni. Disamping untuk menzahirkan sokongan korang kepada sutradaranya, sekurang-kurangnya korang akan dapat belajar satu benda yang sekarang ni terhegeh-hegeh cuba diterapkan oleh orang politik kita padahal tanpa kita sedari benda tu dah ada dari kita kecil lagi. Benda yang aku maksudkan ialah perpaduan.



p/s: Ok. Aku ada deal dengan brader ni. Kalau korang berminat nak beli dvd Mat Som (uncut version), sila emel/sms/call aku untuk tempahan. Nanti aku akan call beliau untuk amik dvd tersebut. Sapa lambat kena tinggal! hahahaha

Isnin, 28 Jun 2010

Gila-Gila Remaja: Remaja Gila Kembali!

Kehangatan Piala Dunia sudah masuk pusingan kedua. Rata-rata blog yang aku singgah kebanyakkannya semua update pasal bola. Tapi aku malas nak update apa-apa pasal Piala Dunia ni. Kalau nak baca cerita pasal Piala Dunia, rasanya boleh buka blog lain kan? Dah la salah satu dari team feveret aku dah terkeluar..(London Calling..huhuhu)

Siapa antara korang yang masih ingat dengan filem Gila-Gila Remaja ni? Aku rasa semua golongan yang lahir sekitar 1970 - 1980 dan mungkin 1990 mesti pernah menonton filem tersebut. Tak kisah la samada menonton di wayang, di kaca tv mahupun melalui vcd atau dvd. Semua golongan aku rasa tak terkecuali..dari mat motor sampai ke brader-brader Assalamualaikum..kan?

Sabtu yang lepas (26/06/2010) Finas sekali lagi menganjurkan Festival Merakyatkan Filem yang bertempat di Panggung Colleseum, Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR). Ini kali ke 2.5 aku menghadirkan diri untuk menonton filem yang diputarkan kembali di panggung nostalgia ini. Kali pertama ialah filem Kembara Seniman Jalanan (setengah pasal aku sampai time filem dah habis dan sesi bergambar bersama artis sedang berlangsung) dan juga Mat Som pada Mac yang lepas. Eh, lupa nak kasi tau yang festival ni berlangsung pada sabtu terakhir setiap bulan dan ianya percuma.

Apa ada pada festival ini? Aku rasa tujuan Finas ialah untuk cuba membudayakan dan seterusnya menggalakkan masyarakat untuk menonton dan menghargai filem tempatan (aku agak la) tapi masyarakat aku rasa sudah terlalu cerdik untuk disogok dengan filem-filem yang skeptikal dan "bodoh" (tapi aku pelik kenapa filem yang dikategorikan sebagai "komedi bodoh" masih mampu mencapai tahap kutipan pecah panggung.)

Aturcara dimulakan dengan "gimik" Finas dimana sekumpulan mat motor (Naza GTR 150S) tiba di depan Colleseum. Setelah mereka parkir motor di atas siar kaki Colleseum, barulah terbongkar yang konvoi tersebut diketuai oleh Faizal Hussein aka Asroy, Faizal Chaal Ahmad aka Kuzi dan Ravi (tak sempat nak tanya nama betul dia). Memang agak nostalgia la tengok dorang datang naik motor. Siap pakai full-face lagi tu..hehehe

Tayangan filem dimulakan tepat jam 12..00 tengahari. Berdasarkan dari intro filem aku rasa ianya ditayang menggunakan DVD pasal ada nama Dragon Jester dipermulaan cerita. Hampir 2 jam 15 minit jugak la tayangan filem ni. Tanpa ada potongan (part gang rape Gagak Hitam semestinya ada) dan juga lagu berhantu nyanyian Kazar & Siti Fairuz "Bunga Cinta" tanpa potongan..apa lagi nak?

Apa yang dapat aku perhatikan dari filem ini, pelakon-pelakonnya dapat kita rasa yang mereka semua memang "berlakon" dalam filem ni. Dengan mimik muka yang bersungguh-sungguh oleh setiap pelakon memang nampak real la. Cuma skrip yang ikut buku teks dan juga sinematografi yang agak lemah (tahun 1986 punya teknologi kan..) yang membuatkan penonton dalam panggung masa ni gelak terbahak-bahak walaupun scene tu tak lawak pun..

Sesi diakhiri dengan bertemu peminat antara pelakon dan penonton. Pelakon yang hadir ialah Asroy, Kuzi, Ravi dan... Farouk! Fuh..sangat-sangat rare bila dapat bertemu Farouk @ Kamaroo Hj. Yusoff si Gagak Hitam..hahaha.

Selepas 2 jam 15 minit menonton filem ni, aku rasa kalaulah filem ni dibuat pada masa sekarang, senang-senang je nak kasi tapau segala cerita-cerita "Menjerit", "Rempit" mahupun "Drift" yang bersepah-sepah sekarang ni...








Isnin, 15 Februari 2010

Dia...



"Jika hendak memahami seorang perempuan, perhatikanlah mulutnya selagi tersenyum..Tapi untuk memahami seorang pria, perhatikan warna matanya selagi marah.."
-Khalil Gibran-



p/s: kasi kendur sikit..asyik keras je pun tak elok..hehehe





Sabtu, 19 Disember 2009

Fenomena


Siapa yang tak pernah langsung tengok cerita ni? Aku rasa yang mana baya-baya umur aku dan ke atas confirm pernah tengok cerita ni. Silap-silap layan kat panggung lagi kan? Seperti kata kawan aku yang bukak kedai makan kat Jalan Taiping, depan Cathay Klang dulu.."masa cerita ni main, tiap-tiap ari la kedai aku penuh orang datang makan..giler punya penangan.."

Fenomena..adalah arahan pertama Aziz M. Osman, tahun 1990 yang dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat tanahair seperti Ramona Rahman, M. Nasir, Abu Bakar Omar, Afida Es dan penampilan istimewa kumpulan Search. Filem ni mengisahkan tentang Isabella, seorang anak bekas pengurus tokey lombong yang mengidap penyakit misteri yang cuba untuk menjejak kembali zaman kanak-kanak beliau dan seterusnya membawa beliau pulang ke Malaysia...

Nak ulas lanjut-lanjut rasanya jalan cerita semua dalam kepala korang. Cuma aku tertarik dengan falsafah dan dialog dalam filem ni. Seperti mana dialog antara Ramona & M. Nasir di luar kapal korek tinggal.."mungkin tuhan telah menjanjikan kebahgiaan atas segala kesusahan kita" dan juga dialog ketika menunggu keluarga Isabella datang.."pelik bukan, kamu sibuk mempelajari mengenai Shakespear, sedangkan saya belajar mengenal Keris Mas, Usman Awang, Pak Sako.."

Walaupun filem ini menampilkan kumpulan Search bersama 3 lagu iaitu "Purnama", "Isabella" & "Gadis Misteri", lagu tema untuk filem ni bukanlah dendangan kumpulan Search tetapi daripada Rahim Maarof, Istana Menanti. Akan tetapi scene yang memang sentiasa melekat dalam kepala otak aku dah tentu scene ketika "Gadis Misteri" dimainkan ketika Ramona berdiri di tepi air sambil rambut ditiup angin..perghhhh. Dua ibu jari naik la wa kasi!

Dalam filem ni juga menampilkan gitar kuning trademark Kid "Ibanez Jam Series" disamping "Kramer" Din. Dengan lokasi yang gelap di awal cerita (belakang lorong Haji Taib dan rumah tumpangan Lampu Merah) aku rasa cerita sekarang memang takkan lepas kalau buat macam ni lagi..siap bunyik mengerang tu dari bilik sebelah masa Isabella menggelupur nak cucuk ubat dalam bilik..kelassss!

Aku rasa cerita ni antara cerita yang wajib disimpan kalau betul korang memang peminat rock (peminat Search lagi la..hukum WAJIB tu..hahaha). Aku perasan dekat Speedy video agak melambak dvd dia. Harga pun tak la hilang akal. Berbaloi-baloi nak simpan ke anak cucu..hehehe



Lagu berhantu..



Lagu tema..

Ahad, 29 November 2009

Anda ada pesanan..



"Anda ada surat", "anda ada pesanan"..agak kelakar pulak kalau nak diterjemah tajuk filem ni ke bahasa melayu. Tapi tu la bunyiknya.."You've Got Mail" yang dilakonkan oleh "big crush" aku, Meg Ryan (aku rasa aku ada citarasa MILF di sini) bersama Tom Hanks. Juga dibantu oleh Steve Zahn, Parker Posey, Greg Kinner dan ramai lagi. Cerita ni memang buat aku ingat sangat pasal nilah cerita "pertama" yang aku tengok dekat wayang selepas "Tenage Mutant Ninja Turtle" tahun 1991 (giler lama kan?). Cerita ni ditayangkan serentak dengan "Meet Joe Black pada 1998 (aku sempat intai panggung sebelah lepas habis cerita ni. Member yang jaga masa tu..hahaha)

Cerita ini sebetulnya bukan cerita baru tetapi diolah dari cerita lama "Shop Around The Corner", sebuah cerita hitam putih tahun 1940. You've Got Mail menceritakan mengenai seorang pengusaha sebuah buku kanak-kanak (Meg Ryan) yang cuba untuk bertahan apabila sebuah toko buku gergasi dibuka berdekatan dengan kedainya (kedengaran macam sedang berlaku di tempat sendiri kan?). Habis tu, mana datang "you've got mail" tu? Haa..ianya diambil sempena kegilaan Meg Ryan dalam cerita ni yang suka berbalas email (menggunakan AOL) dengan seorang yang dia sendiri tak kenal (ala2 "blind date" gitu).

Menonton cerita ni membuat aku terasa macam menonton cerita-cerita Khabir Bhatia sekarang. Kenapa? Pengarahnya iaitu Norah Ephron berjaya menonjolkan sisi-sisi cantik kota New York terutama tentang budaya masyarakatnya, taman-tamannya dan juga kesibukan kotanya. Khabir Bhatia juga seperti yang sedia maklum memang terkenal dengan shot-shot yang lawa dan mengagumkan (siapa boleh lupa shot komuter, LRT dan Monorel berjalan serentak didalam filem Cinta) dan Norah Ephron terlebih dahulu dah buat shot-shot macam ni.

Kalau nak ulas mengenai gaya lak0nan Meg Ryan & Tom Hanks aku rasa macam tak patut. Pada aku dorang berdua ni memang macam dah ada pertalian kimia antara satu sama lain. Memang cukup sempurna lakonan dorang walaupun jalan cerita untuk filem ni macam "biasa-biasa" je. Selain cerita mengenai usaha Kathereen Kelly (KK) cuba menyelamatkan kedainya, juga dipaparkan dalam filem ni teknologi chatting pada waktu itu (tahun 1998 aku memang tak tahu apa2 pasal chatting..hahaha) dan dialog-dialog antara KK dengan pasangan chattingnya, NY152 (Joe @ Tom Hanks). Juga diselitkan dialog mengenai hebatnya pengaruh "The Godfather" dalam kehidupan lelaki (Eddie mungkin bersetuju).."The Godfather is the I-ching. The Godfather is the sum of all wisdom. The Godfather is the answer to any question. What should I pack for my summer vacation? "Leave the gun, take the cannoli." What day of the week is it? "Monday, Tuesday, Thursday, Wednesday."

Antara filem yang berbaloi kalau nak dibuat koleksi (untuk mereka yang tak suka cerita seram & ganas macam aku ni..hahaha). Sountrack dia pun boleh tahan. Banyak lagu-lagu lama dan ada satu lagu yang dirakam semula oleh Sinead O' Connor (penyanyi perempuan yang botak tu). Oleh kerana lagu versi Sinead O' Connor ni takde dalam youtube, aku uploadkan yang versi asal...







(Lagu oppening cerita)

Selasa, 20 Oktober 2009

Muda & Berbahaya..

Tengah layan-layan FB minggu lepas sambil melihat-lihat "news feed" kawan-kawan, aku terpandang sebuah video klip yang menarik perhatian. Video klip "Beyond". Nama lagu aku tak tau (pasal tulisan cina) tapi cukup untuk membuat aku masuk "youtube" dan menyelongkar lagi lagu-lagu diorang. Dan hasilnya? Aku dapat cari juga lagu tema filem Young & Dangerous (Y & D) yang dinyanyikan oleh pelakon2 utama mereka..

Sejarah aku dengan filem ni bermula pada tahun 1998. Masa tu member-member kat rumah dok bising-bising cerita pasal Chicken la, Ho Nam la, Crow la. Mula-mula ingat tak nak amik port je, tapi sifat "curiosity" tu membuak-buak dan akhirnya, aku yang dapat kumpul semua siri Y & D I - IV siap dengan prequel & Those Were The Days.

Pada yang tak pernah tahu pasal filem ni, Y & D berkisar mengenai dunia gangster Hong Kong yang menumpukan kepada sekumpulan pemuda dari kongsi gelap Hung Hing. Diketuai Chan Ho Nam, antara orang kanan beliau ialah Chicken, Pou-Pan, Chou-Pan dan Ah Yee. Yang menarik pasal filem ni ialah ianya menyorot cerita gangster2 ini dari mereka di bangku sekolah sehingga berjaya sebagai ketua cawangan & ahli korporat. Kalau dah ada kongsi gelap, mesti ada musuh tradisi kan? Dan musuh mereka dalam filem ini ialah kongsi gelap Tung Sing yang sentiasa bersaing dengan mereka untuk menguasai "Causeway Bay" iaitu salah satu tempat yang menempatkan pelabuhan di HongKong.

Dibintangi nama-nama besar dalam duni perfileman HongKong seperti Cheng E-Kin, Jordan Chan, Karen Mok (Sister 13), Gigi Leung (Those Were The Days) dan ramai lagi, tidaklah menghairankan apabila sequel filem ini menjadi sebuah fenomena di Hong Kong, Taiwan malahan di Malaysia juga. Berinspirasi daripada "The Godfather" arahan Francis Ford Coppola, Y & D bukan sahaj menceritakan mengenai sisi gelap HongKong ( Causeway Bay) tetapi turut mengangkat tema persahabatan, percintaan, setia kawan, patuh kepada arahan ketua dan banyak lagi ciri-ciri positif yang hanya boleh dilihat sekiranya korang menonton kesemua filemnya.

Cuma pada aku dalam Y & D ini nampak ketara kelemahan Chan Ho Nam sebagai ketua kerana dari episod satu hingga enam, diperlihatkan yang asyik dia je yang kena tipu/perangkap dan kawan-kawan nya yang banyak menolong beliau. Cuma dalam Those Were The Days, siri ini lebih menumpukan kepada cerita mengenai Chicken, iaitu orang kanan kepada Chan Ho Nam dan serius, episod khas ni memang menyebakkan aku..huhuhu

Akhir kata, kepada korang yang baru cuba-cuba nak belajar layan filem gangster ni, bolehlah tanya apek DVD pirate di tempat korang atau kalau nak jimat, download je guna torrent. Di sini aku letakkan lagu tema filem ni yang dinyanyikan secara "Live" oleh pelakon-pelakon utama filem ini.



Yang ni pulak lagu yang dorang nyanyikan masa dalam karaoke ketika Young & Dangerous I. Ada sesiapa ingat?


Khamis, 15 Oktober 2009

Papadom..1Ulasan


Pertama sekali, kalau ada yang berhajat nak tengok filem ni esok lusa, disarankan supaya jangan membaca ulasan ini. Takut-takut membantutkan hasrat kalian untuk menontonnya kerana akan ada "spoiler" dalam ulasan ini.


Untuk kali kedua, aku pergi menonton filem "chip" Afdlin Shauki dengan memakai t-shirt "Fellowship Of The Kodok". Kali pertama ketika tayangan filem "Sumolah". Memang terasa feel lain macam bila pakai t-shirt ni sambil menonton filem beliau. Sama feel macam sarung t-shirt "Stairway To Heaven" sambil menonton Led Zeppelin beraksi "live" didepan mata..hahaha.

Bila kali terakhir korang rasa korang sayang ayah korang? Filem ni cuba mengupas tentang seorang ayah yang "terlalu" sayangkan anaknya sampai sanggup mengabaikan kehidupannya sendiri dan berbuat apa saja demi memastikan bahawa anak kesayangan beliau selamat sentiasa. Ini semua berpunca akibat daripada kesilapan masa lampau beliau yang ketika itu terlalu mementingkan kerjaya sebagai seorang penjual "nasi kandar" yang berjaya hingga mengabaikan anak isteri hinggalah berlaku tragedi yang meragut nyawa bininya. Cara beliau menjaga anaknya juga sangat lucu dimana "roh" bininya telah membantu dalam setiap tindakan yang di ambil.


Filem ni pada aku sangat cantik pergerakannya. Antara satu babak ke satu babak macam ada kesinambungan yang tersendiri. Tapi sebagai penonton harus "alert" akan apa yang berlaku pada sesuatu babak kerana tidak semestinya babak itu kesinambungannya pada babak seterusnya. Para pelakon juga aku rasa sangat bagus. Dari lakonan anak Afdlin sendiri, Miasara hinggalah kepada lakonan Farid Kamil sebagai "romeo" penakut memang "sampai" kepada aku. Lakonan Liyana Jasmay juga bagus dan sangat comel. Tidak hairanlah anugerah pelakon wanita terbaik FFM ke 22 jatuh ke tangan beliau.


Satu yang aku pelik dengan chip ni ialah keupayaan beliau untuk menarik pelakon-pelakon yang "rare" untuk berlakon drama / filem melayu untuk berkerjasama dengannya. Untuk "Baik Punya Cilok" dia panggil Carmen Soo, untuk "Papadom" pula dia boleh panggil Chelsia Ng berlakon bersama. Lakonan Chelsia Ng pun agak bagus. Tak la kayu sangat. Mungkin 2-3 filem lagi dah boleh sama macam Janet Khoo kan?


Pada yang pernah menonton filem-filem arahan chip, korang mesti perasan akan "kroni-kroni" beliau yang selalu dipanggil bersama untuk berlakon. Kali ni Harun Salim Bachik pula yang membuat penampilan dan memang watak beliau boleh dianggap sebagai "screen stealer" dalam filem ni lebih-lebih lagi dengan dialog "Jangan emosi sangat dengan tanah". Memang pecah perut. Dan "hot mama" filem melayu, Vanidah Imran juga dah mula masuk sebagai antara "geng-geng" Afdlin. Ingat cerita "Sepi"? Babak "makan nasik dalam taman" memang buat aku teringat pada filem "Sepi" part dorang duduk di tepi jalan tu..huhuhu

Kalau dalam "Baik Punya Cilok" chip membawa dikir barat ke dalam filem, untuk filem ini pula chip telah membawa "Boria" pula yang digunakan sebagai lagu pembukaan & penutup filem. Ini baru betul dengan tema "Filem Kita, Wajah Kita". Juga dengan adunan elemen 1Malaysia dalam filem ni (yang memang telah lama dibuat sebelum slogan 1Malaysia dilancarkan) juga berjaya menjentik sedikit rasa prejudis antara kaum yang kelihatan menebal dalam filem-filem melayu yang lain.

Dalam "Papadom" chip juga menggunakan lesen kreativitinya untuk "menjentik" dan memerli dengan lembut dan sopan. Tapi kalau korang "alert", korang memang akan perasan kepada siapa sindiran itu ditujukan. Tapi rasanya ada betul jugak apa yang chip cuba nak sampaikan pada pendapat aku la..

Tak semua yang indah-indah dalam filem ni. Masih ada sikit-sikit "kecacatan" tapi tidak sampai mencacatkan filem ni. Seperti contoh dialog antara Yvone dan Miasara ketika keputusan SPM diumumkan. Yvone (Chelsia Ng) kata bapanya dah daftarkan beliau ke Kolej di Kuala Lumpur sedangkan akhirnya dia dan Mia Sara (Liyana Jasmay) belajar di Uitm Shah Alam. Juga penamat cerita ni yang pada aku ok je tapi pada pendapat member aku yang sama-sama tengok dengan aku, katanya penamat cerita ni terlalu "gembira" dan menyebut filem "The Girl Next Door"sebagai rujukan penamat.

Kesimpulannya aku rasa nak pergi tengok cerita ni lagi sekali dan kepada yang belum tengok cerita ni lagi, baik korang pergi sebelum "wajib tayang" cerita ni tamat tempoh. Filem arahan chip yang paling baik setakat ni (aku memang ikut semua filem-filem arahan chip di panggung wayang kecuali Buli). Pada aku, ini la antara contoh-contoh filem yang boleh digunakan untuk mendidik atau menyampaikan mesej (walaupun pengarah filem bukannya posmen) daripada cerita tentang "Orang Asli" yang sesat di bandar ataupun cerita hantu yang merapu-rapu. Chip juga berjaya membuktikan bahawa filem yang bagus tidak memerlukan seorang sarjana dalam perfileman untuk mengarahkannya.



(gambar dari facebook Papadom, google & koleksi sendiri)

Rabu, 7 Oktober 2009

Tidak semua perkara memerlukan kata-kata..

Link asal aku dapat dari facebook. Tapi takde "coding" nak tampal kat sini. Bila carik kat youtube, ada pulak walaupun di bahagikan kepada 2 episode. Tapi tetap tak menjejaskan jalan cerita dan maksud yang ingin disampaikan.

So, korang layan la filem pendek ni. Arahan dari pengarah Australia dan dibuat juga di Australia (aku agak la).



Jumaat, 24 Julai 2009

Musuh awam nombor 1..


Malam semalam (23 Julai) aku bersama MK telah berjaya membuang masa kami dengan menonton filem terbaru Johnny Depp, Public Enemies. Ini untuk pertama kalinya aku tengok wayang cerita yang berunsur gangster/mafia pasal dalam filem ni ada Johnny Depp & Christian Bale, dua figura yang amat bertentangan watak yang membuatkan aku memang nak tengok lakonan mereka. Filem ini diangkat dari novel non-fiksyen Bryan Burrough tentang kisah sebenar ejen FBI Melvin Purvis bertajuk "Public Enemies: America's Greatest Crime Wave and the Birth of the FBI, 1933–34"



Diarahkan oleh Michael Mann dan turut dibintangi oleh Marion Cotillard, Channing Tatum, Billy Crudup dan lain-lain, cerita dimulakan dengan adegan perkenalan dengan watak-watak yang akan mendominasi hampir 80% daripada cerita ini. Adegan John Delinger (Johnny Depp) masuk ke penjara untuk menyelamatkan kawan-kawan dengan penyamaran yang cukup sempurna membuatkan hati aku berkata"memang ini gaya Johnny Depp". Sentiasa cool walaupun watak yang diberikan adalah huru-hara (Pirates Of The Caribean).



Aku tak nak mengulas panjang pasal filem takut mendatangkan spoiler kepada yang berminat nak menonton. Tapi satu yang aku puji berkenaan filem ini, secara tidak langsung telah menceritakan tentang sejarah penubuhan FBI kerana ketika zaman John Delinger ni (1930-an), undang-undang jenayah di USA terhad kepada negeri-negeri. Ini bermakna sekiranya sesuatu jenayah dilakukan di negeri yang menjatuhkan hukuman mati, penjenayah boleh melarikan diri ke negeri yang tidak menjatuhkan hukuman mati kepada pesalah dan boleh hidup dengan aman hingga anak cucu. Akan tetapi kerana John Delinger lah maka akhirnya undang-undang jenayah di USa diseragamkan antara negeri dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) akhirnya diluluskan penubuhan.


Di tangan Johnny Depp, watak penjenayah akan secara automatik menjadi "hero" untuk filem tersebut. Ini seakan mengulangi filem "Blow" lakonan beliau bersama Penelope Cruz juga tentang kisah sebenar raja dadah Amerika, George Jung. Memang karisma Johny Depp terserlah untuk melakonkan watak-watak "sebenar" walaupun watak tersebut dilabel "musuh awam no. 1".


Hampir 2 1/2 jam di pawagam, apa yang dapat aku rumuskan (MK punya rumusan biar dia tulis sendiri..hahah) filem ini berbaloi untuk ditonton. Memang tak rugi bayar RM 9 untuk menonton filem ni dan siap aku cakap kat MK lagi "macam ni mau kena carik dvd ni..hahaha". Jadi kalau korang ada masa dan duit lebih, pergilah menonton filem ni. Memang tak rugi beb..


p/s: Aku suka "gun-fight scene" dalam filem ni. Dengan senapang ala-ala mafia tu kan, memang real.

p/s: Tekaan aku betul. Masa scene John cuba nak ngorat awek (Billie) dalam cerita ni, ada watak penyanyi kabaret dan aku telah meneka Diana Krall kat MK. Check kat sini.

p/s: MK suka lagu yang John nyanyikan dalam kereta yang dijadikan lagu end kredit.
*sumber rujukan: wikipedia, rottentomatoes

Jumaat, 3 Julai 2009

Dunia batu..

Aku jenis orang yang susah nak menghampakan permintaan orang lain..hahaha (kalau harapan tu dah banyak kali menghampakan). Jadi atas permintaan brader-in-blog aku Portdy, aku akan cuba mengulas tentang VCD yang dilakonkan oleh awek aku (dulu, kini dan selamanya..) Nanako Matsushima yang bertajuk "The Ice World".

Plot cerita berkisar tentang pembunuhan bersiri yang dijalankan oleh seorang pembunuh misteri. Yang menjadikannya bertambah rumit, setiap mangsa pembunuhan adalah pembeli premium insurans nyawa dan menjadikan isteri mereka sebagai penerima pampasan. Dan Nanako Matsushima memegang watak sebagai Egi Toko, iaitu isteri-isteri kepada semua pembeli premium insurans ini. Egi Toko adalah guru di Sekolah Perempuan Eiwa dan mempunyai hobi yang agak pelik untuk seorang guru sepertinya iaitu suka mengkaji batu-batuan...

Hero dalam cerita ini Yutaka Takenochi memegang watak sebagai Hirokawa Eiki, iaitu seorang penyiasat dari syarikat insurans yang kerjanya ialah menyiasat semua tuntutan-tuntutan pampasan akibat kemalangan atau kematian pemegang premium. Jadi dalam beliau menyiasat kes kematian mangsa pembunuh bersiri inilah saat dimana beliau juga menyiasat mengenai Eigi Toko dan kaitannya dengan pembunuhan tersebut.

Kalau lu orang tengok GTO, poster mamat ni ada tergantung dalam bilik Fuyutsuki sensei..

Cerita ini menggunakan lagu Celine Dion - Just Walk Away sebagai lagu latar dalam hampir kesemua adegan. Hampir keseluruhan jalan cerita ini membawa mood gelap dan suram dan bertepatanlah dengan tajuk "The Ice World". Antara pelakon-pelakon yang juga membantu menguatkan cerita ini ialah Katase Nana (GTO The Movie), Matsuo Reiko dan ramai lagi.

VCD yang aku ada mempunyai 8 keping cd yang yang terbahagi kepada 10 episod. Serius memang menjadi tabiat aku semenjak dari aku membeli VCD cerita ini sampailah sekarang, aku akan mengulang VCD ini bersama-sama dengan GTO (Great Teacher Onizuka) dan Young & Dangerous I-IV pada tiap-tiap bulan puasa...hahahaha. Giler tak? Memang cerita-cerita ini tak pernah membosankan aku untuk tengok ulang-ulang. Tu belum lagi The Godfather Trilogy, Shawshank Redemption & The Great Expectation yang aku tengok ulang-ulang jugak (tapi yang ni tak kira masa). Memang sangat-sangat best.

Sweet tak ingat punya kan? Bertuah Sorimachi..

Aku tak nak review habis, nanti dikatakan "spoiler" pulak jadi kalau korang nak tau apa sebenarnya misteri cerita ni dan penamatnya, sudi-sudikanlah mencarinya di pasaran..hahaha. Support la Nanako aku kan?

Selasa, 26 Mei 2009

Perang Suci?

Setelah hampir 4 tahun ditayangkan, baru malam tadi aku berpeluang menonton Kingdom Of Heaven. Cerita arahan Ridley Scott ni yang berdurasi hampir 2 jam (versi dvd lanun aku la) banyak membuatkan aku tertarik dengan cara pengolahan cerita dan fakta yang digunakan dalam cerita ini.

Seperti yang semua tahu, cerita ini berkisahkan tentang "crusades" pada abad yang ke 12 ataupun perang salib dalam bahasa melayu. Versi filem ini ialah ketika Salahuddin Al-Ayubi menawan kembali Jerussalem (Baitulmaqdis) dari tawanan tentera kristian yang dipimpin oleh Baldwin IV.

Memang ada unsur fiksi yang dimasukkan dalam cerita ini iaitu watak Balian Of Ibelin, iaitu watak seorang tukang besi yang diangkat menjadi kesatria menggantikan bapanya, Godfrey Of Ibelin yang mati akibat kecederaan ketika bertempur.

Yang menjadikan aku tertarik pada filem ini ialah pertama mengenai pengolahan jalan ceritanya. Pengarah seboleh-boleh cuba menyeimbangkan antara Islam dan Kristian dimana hampir tiada plot2 yang berat sebelah kepada Kristian. Kadang-kala aku merasakan pengarah lebih berat membantai Kristian terutama melalui dialog Balian, Raymond (Count of Tiberias) dan dialog Baldwin IV, King of Jerussalem.

Juga ditunjukkan antara sifat2 penduduk pada waktu tersebut dimana Saladin, tentera Saracen (Islam) dan penduduk Kristian saling berbalas-balas ucapan salam (yang mengingatkan aku kepada Ayat-Ayat Cinta). Memang aku berpendapat dari dulu tiada masalah untuk mengucapkan salam kepada bukan Islam dan tiada maslaah juga untuk menjawab salam mereka. Ini akan lebih menunjukkan perpaduan dan toleransi yang kuat antara agama (dan kaum).

Juga detik-detik ketika Salahuddin memberi syarat kepada tentera Kristian untuk menyerah diri tanpa mencederakan walau satu nyawa dari pihak Kristian juga membuatkan aku teruja dengan pendirian pengarah. Memang jarang berjumpa dengan karyawan barat terutama Kristian yang cuba mengupas sesuatu isu atau perkara berkaitan agama tanpa prejudis kepada agama yang satu lagi.
Dalam menu "special features" didalam DVD aku ni, ada dokumentari mengenai "History vs Hollywood", "Inside The Film", dokumentari tentang "Crusades" dari pandangan cendekiawan barat dan temubual bersama pengarah dan pelakon. Memang banyak fakta-fakta menarik yang cuba dikupas oleh pengarah dan juga barisan crew beliau. Antaranya tentang kostum yang digunakan, buku-buku dan juga dokumen-dokumen yang dirujuk semata-mata untuk memberikan gambaran yang hampir tepat untuk suasana sebenar yang berlaku 1000 tahun dahulu dan juga lawatan ke istana peninggalan Kristian di Sepanyol untuk mengkaji kesan sebenar peperangan antara Islam & Kristian.
Pada pandangan aku, filem ini antara filem yang boleh dijadikan rujukan santai (kerana unsur-unsur fiksi yang dimasukkan) untuk kita lebih memahami tentang perang salib antara Islam & Kristian yang pernah berlaku dahulu. Memang sukar untuk mendapatkan buku-buku rujukan yang boleh digunakan untuk merujuk kepada peristiwa ini yang tidak berat sebelah kepada barat lebih-lebih lagi yang telah diterjemah kepada bahasa melayu. Kesimpulannya adalah hampir mustahil lagi untuk mewujudkan sebuah negara dimana Kristian, Islam dan Yahudi dapat hidup dengan aman seperti mana dialog Godfrey dalam filem ini "A new world. A better world. A kingdom of conscience...a kingdom of heaven"

"I have given Jerusalem my whole life. First, I thought we were fighting for God. Then I realized we were fighting for wealth and land. I was ashamed." - Raymond of Tiberias

(kredit gambar: rottentomatoes.com)

Holy Wars - Megadeth
Brother will kill brother
Spilling blood across the land
Killing for religion
Something I dont understand

Fools like me,who cross the sea
And come to foreign lands
Ask the sheep,for their beliefs
Do you kill on gods command?

A country thats divided
Surely will not stand
My past erased,no more disgrace
No foolish naive stand

The end is near,its crystal clear
Part of the master plan
Dont look now to israel
It might be your homelands

Holy wars

Upon my podium,as the
Know it all scholar
Down in my seat of judgement
Gavels bang,uphold the law
Up on my soapbox,a leader
Out to change the world
Down in my pulpit as the holler
Than-thou-could-be-messenger of god

Wage the war on organized crime
Sneak attacks,repel down the rocks
Behind the lines
Some people risk to employ me
Some people live to destroy me
Either way they die

They killed my wife,and my baby
With hopes to enslave me
First mistake...last mistake
Paid by the alliance,to slay all the giants
Next mistake...no more mistakes
Fill the cracks in,with judicial granite
Because I dont say it,dont mean I aint
Thinkin it
Next thing you know,theyll take my thoughts away
I know what I said,now I must scream of the overdose
And the lack of mercy killings

Jumaat, 13 Februari 2009

Hidup Dalam Mono..

Pe'el aku dari dulu, aku memang tak pernah teruja nak layan cerita atau beli dvd yang baru. Dalam istilah lain, cerita yang baru keluar wayang. Aku lebih suka kumpul cerita - cerita yang boleh dikategorikan dalam kategori "rare item".

Ada dua filem yang membuatkan aku memang tak pernah bosan nak tengok. Sebenarnya ada banyak macam The GodFather Trilogy, You've Got Mail (watak Tom Hanks dalam cerita ni obses giler ngan The GodFather), Young n Dangerous I - VI (rutin wajib tiap kali bulan puasa). Tapi 2 filem ni memang lain punya. Tiap kali layan mesti syahdu jer..huhu

The Shawshank Redemption & The Great Expectations. Dua filem ni aku rasa kalau aku tengok hari-hari pun aku tak boring kot. Banyak falsafah yang boleh aku dapat dalam filem ni.



"The Shawshank Redemption" buat aku teringat masa kecik2 dulu. Time slot tayangan "Dunhill Double". Kenapa tiap kali bulan Ogos, mesti cerita ni keluar tv. Bila dapat tengok balik, baru aku dapat tangkap mesejnya. Kebebasan. Yup, kebebasan yang boleh menyemarakkan jiwa patriotik seseorang agar lebih menghargai benda yang dorang ada. Kat sini je dah dapat membawa maksud cerita patriotik tak semestinya mesti cerita perang lawan Jepun la, lawan komunis la. Dah la cerita perang Malaysia sekarang ni jangankan "Bukit Kepong", nak lawan dengan "Sarjan Hassan" pun aku rasa jauh panggang dari api. Patriotik pekebendenyer?



"The Great Expectation" pula memula aku terpengaruh dari lagu solo Chris Cornell, "Sunshower". Bayangkan la petikan akustik dalam lagu tu, dengan suara Cornell yang mendayu, lirik yang "smart" habis. membuatkan aku tercari-cari filem ni kat Damansara Uptown dulu..hehe.

Filem yang diangkat dari novel Charles Dicken ni juga banyak memberikan mesej pada aku. Antaranya kalau kita nak kan sesuatu, kita akan dapat juga benda tu kalau kita tetap berusaha. Jangan cepat mengalah (macam kena batang hidung sendiri la pulak). Dan kalau kita ingat kita dah berjaya, jangan nak sombong tak tentu pasal kerana kita tak boleh berjaya dengan sendiri. Huhu. Dah bunyik macam cikgu pendidikan moral la plak kan?

Sekarang dua-dua filem ni aku dah dapat versi dvd, original lagi. Terima kasih kepada Speedy Video yang buat jualan longgok dvd-dvd lama dorang. Dapat jugak aku filem-filem ni. Antara benda-benda yang aku terpaksa kedekut dengan orang. Jangan harap la orang boleh pinjam dvd-dvd ni..hehehe. Susah tu beb nak dapat.

The stranger sang a theme
From someone else’s dream
The leaves began to fall
And no one spoke at all
But I can’t seem to recall
When you came along
Ingenue

Ingenue
I just don’t know what to do

The tree-lined avenue
Begins to fade from view
Drowning past regrets
In tea and cigarettes
But I can’t seem to forget
When you came along
Ingenue

Ingenue
I just don’t know what to do

Ingenue
I just don’t know what to do

Ingenue
I just don’t know what to do

Ingenue
I just don’t know what to do

Ingenue (fade out)

(mono - life in mono)
salah satu soundtrack dalam The Great Expectations.
Nak tau apa makna Ingenue, klik sini

BARBARIK PENTAS KERAS – PENUTUP MELAZATKAN UNTUK TAHUN 2022

Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...