Clint Eastwood adalah
seorang cowboy dan redneck sejati dan kalau di Malaysia,
beliau sudah tentu menjadi ahli UMNO! Itulah kesimpulan yang ditetapkan ketika ‘sidang
pleno’ Majlis Penonton Filem Suka-Suka Demaju (MAPSUJU), Damansara Perdana.
Antara keahlian ‘majlis’ ini yang bersidang hampir setiap minggu di meja petak restoran
mamak De Maju adalah seorang penulis skrip yang makin meningkat naik, seorang
pengkritik filem yang ditakuti pembikin filem melayu, seorang koboi jalanan
yang ‘menunggang’ Alza sambil mengukur jalan setiap hari dalam seragam Uber
atau Grab, seorang kutu bola yang masih menganggap Dennis Berkamp itu makhluk tuhan
paling power dan juga aku, seorang penonton filem runcit-runcit yang kalau
datang mood, baru pergi tonton filem
di pawagam. Entah bagaimana sampai tiba-tiba keluar topik Clint Eastwood ini
tidaklah pula aku perasan kerana aku lebih ralit mengulit SimCity: The Builder
dalam telefon genggam aku sambil menahan kantuk di mata.
Hari aku bermula pada pukul
3 petang hari Sabtu itu. Penangan melepak sampai ke Subuh sambil membuat
resolusi ‘koboi’ tu. Mengambil kira venue
konsert yang tak pernah lagi aku jejaki, aku keluar rumah seawal pukul 6
petang. Berbekalkan aplikasi Waze yang terpasang di telefon, aku mula menuju ke
tapak konsert melalui lebuhraya KESAS. Setibanya aku di Jalan Klang Lama, macam
biasa aku ‘menggagau’ mencari lokasi konsert seperti yang tertera di dalam
Waze. Masalah betul aku dengan lokasi atau tempat yang tiada signboard atau sekurang-kurangnya papan
penunjuk arah. Sudahlah tiada gegantung mahupun kain pemidang di depan dewan! Nasib
baik aku peka dengan keadaan sekeliling. Dapat juga parking dalam kawasan sekolah yang terletak betul-betul di sebelah
dewan persembahan.
Feel macam dalam Dewan Merdeka, PWTC masa Anugerah Juala Lagu dulu-dulu.
Mata aku mula meliar mencari
booth official merchandiser untuk
menyambar tshirt rasmi konsert barang sehelai-dua. Namun kekecewaan melanda bila
aku mendapat jawapan daripada urusetia konsert yang mereka (Mr. Big) tidak
membuka gerai jualan merchandise di
Malaysia. Hanya di Singapura saja baru mereka jual merchandise rasmi. Hmmm. Patutlah baju-baju bootleg buka booth sampai
betul-betul depan pintu masuk ke dewan persembahan!
Tengok jarak aku dengan soundwoman. dekat bukan?
Aku mula memasuki dewan
persembahan sambil mencari-cari sekiranya ada muka-muka yang aku kenal. Setelah
mengenalpasti kedudukan sound engineer (soundwoman
sebenarnya!), aku mengambil kedudukan menghampiri lokasi FOH (Front Of House)
aka konsol tempat sound engineer
berada. Penting sebenarnya untuk mengenalpasti kedudukan soundman dalam sesebuah konsert sekiranya kau mementingkan bunyi
yang sedap (sweet spot) berbanding lubang hidung seseorang artis. Tapi kalau
kau seorang yang ‘fetish’ lubang hidung artis, silakanlah beli tiket depan
stage! Kah kah kah.
Backdrop yang minimalis dan sangat sempoi!
Tepat jam 8.16pm, lagu playback dipasang dan bayang-bayang 4
orang berbalam di atas pentas (aku tengok telefon sewaktu lagu intro dimainkan). Dengan efek ‘cd
tersangkut’ ketika menuju pengakhiran lagu, Mr Big memulakan persembahan dengan
lagu ‘gerudi’ mereka, Daddy, Brother, Lover, Little Boy. Penonton secara auto
berdiri kagum dengan sound yang terhasil. Dengan LED board di kiri dan kanan pentas menayangkan visual
dari kamera MCP dan LED di belakang dram yang menayangkan logo Mr. Big sahaja
sebagai latar belakang pentas tanpa mainan visual yang sarat. Simple dan
minimalis. Aku suka!
Jarak aku dengan pentas. Maklumlah, tiket marhain.
Lagu diteruskan hinggalah ke
lagu Temperamental di mana Eric Martin mula memperkenalkan ‘guest’ percussion
mereka. Siapa lagi kalau bukan the
greatest Pat Torpey! Dan beliau juga bermain drum untuk lagu berhantu
mereka, Just Take My Heart. Damn jiwang!
Terharu juga aku memikirkan yang mereka sanggup membawa Pat Torpey yang
menderita sakit Parkinson walaupun mereka sudah mempunyai drummer sessionist,
Matt Starr. Sampaikan terdengar berita yang Eric Martin mengugut taknak
menyanyi dalam jelajah Defying Gravity ini kalau Pat Torpey tak ikut sekali.
Ini baru betul punya brotherhood! Mereka sanggup kasi Pat Torpey main percussion (lebih kepada ketuk tamborin
sebenarnya) walaupun tak membantu sangat dalam persembahan live mereka asalkan mereka bersama-sama. Damn terharu ai!
Masa ni LED kiri kanan dan belakang drum off. Tapi dorang selamba saja redah.
Satu yang aku perhatikan,
sepanjang 2 jam lebih konsert berlangsung, tiada langsung tanda-tanda Eric Martin
pancit. Suara pula, macam istilah zaman sekarang ni, ‘macam tertelan kaset!’. Tiada
langsung tanda macam orang yang dah berumur 57 tahun. Aku sempat juga buat
sedikit kerja rumah dengan menonton balik live
mereka di Youtube sebelum konsert ini berlangsung. Ada juga tergelincir
sikit-sikit masa Back In Budokan punya konsert dan juga konsert-konsert pasca reunion dorang. Tapi, untuk Live In
Kuala Lumpur, Eric Martin perfect! Lulus
100%! Entah apalah persediaan beliau sebelum bermulanya siri jelajah Defying
Gravity ini. Sesuatu yang sepatutnya ditiru rockers
tempatan. Bukan setakat tiru bab glamour, bab parti saja. Eh!
Gambar ihsan kawan aku, Din DNS aka Tokai.
Sepanjang konsert
berlangsung, boleh dikatakan hampir tiada cacat cela. Kalau adapun, LED di kiri
dan kanan pentas yang tiba-tiba mati bersama-sama dengan audio pentas ketika penghujung
lagu Green-tinted Sixties Mind kalau tak silap aku. Namun bekalan eletrik di
pentas serta merta berjaya dibaik pulih cuma proses menghidupkan kembali LED
memakan masa sedikit lama. Hampir 6-7 lagu jugalah baru menyala balik LED tu.
Dari segi sound pula, selepas sesi
solo Billy Sheehan terasa agak bingit pasal aku perasan sebelum memulakan sesi
beliau, Billy seperti memulas volume knob
di amp beliau. Dan ketika band masuk
semula ke pentas, Paul Gilbert juga terpaksa menaikkan volume demi untuk mengimbangi sound bass Sheehan. Namun memikirkan
hanya berbaki 6 lagu untuk habis, aku tak kisah sangat pasal bingit tu.
Sesi uncle Sheehan menyolo
Secara keseluruhannya, sound
mereka sedap. Ternyata Mega Star Arena sebagai venue konsert mampu untuk support
penganjuran konsert rock berskala sederhana besar. Dalam laman web, dorang
lebih tumpu kepada penganjuran majlis perkahwinan dan juga konsert artis-artis
Hongkong. Ternyata pertaruhan aku untuk membeli tiket murah aka tiket ‘marhain’
berjaya! Tak sia-sia aku minat subjek gelombang ketika belajar matapelajaran
Fizik di sekolah hampir 20 tahun yang lepas! Teori sesaran gelombang digunakan
dengan sebaik mungkin demi mencari lokasi sound yang sedap dalam konsert. Sudah
2 konsert rock aku gunakan teori ini. Megadeth dan Mr. Big. Dan kedua-duanya
tak mengecewakan aku dari segi bunyi.
Gambar ihsan Din DNS aka Tokai lagi!
Untuk encore, sepatutnya mereka memainkan lagu cover We’re American Band
dari Grandfunk Railroad (seperti yang tertera dalam setlist). Tapi untuk malam itu, seperti yang dimaklumkan oleh Billy
Sheehan yang mengambil posisi Paul Gilbert selaku pemain gitar, mereka baru
saja prektis lagu ini dan akan memainkannya pada malam itu. Dan Kuala Lumpur
bertuah menjadi venue pertama untuk mereka jamming lagu Three Dog Night – Joy To
The World! Dan Defying Gravity menjadi lagu penutup mereka pada malam tersebut.
Jarum jam juga menunjukkan pukul 10.30 pm. Awal betul konsert rock habis! Hahaha.
Setlist yang diedarkan bersama-sama poster konsert sebelum show bermula.
Ketika sesi melepak di mamak
berdekatan venue, sempat diperkatakan seorang kenalan yang konsert inilah buat
pertama kalinya setlist lagu diberi
kepada orang ramai SEBELUM konsert bermula! Entah apa yang cuba dilakukan oleh
pihak penganjur. Mungkin mereka ingat Mr. Big tak cukup besar dekat Malaysia
sampai perlu diberikan setlist
sebelum konsert bermula agar penonton yang datang tahu tajuk lagu agaknya.
Kelakar gila weh!
Komitmen aku selaku penonton konsert terserlah di sini. Katakan Fak! kepada rock/metal kamera!
Erm...apa kaitan Clint
Eastwood sebagai cowboy di awal
cerita dengan Mr. Big? Pada aku, Mr Big ternyata berjaya merampas takhta band
paling cowboy daripada Bon Jovi.
Boleh dikatakan hampir kesemua lagu-lagu moderate
dan fast mereka ada bauan Country dan
feel koboi naik kuda tu senang-senang
boleh jadi latar kepada muzik mereka. Dan boleh dikatakan, selaku koboi alaf
baru, Mr. Big adalah band rock Amerika paling Amerika pernah Amerika lahirkan!
2 ulasan:
setuju Mr Big ni very American rock band..
aku pernah tengok Iron Maiden dan diri sebelah pagar soundman Iron Maiden.
Ribut.... tiga gitar.. busy manjang tangan tak berhenti kena adjust.
tapi memang menarik
mata kat soundman iron maiden nye gerakan , dan telinga pasang telinga kat apa keluar kat speaker.
Benda yang sama orang komplen kat aku time konsert Megadeth & Mr. Big. Sound bergaung. Pasal dorang duduk dekat dengan stage. Hahaha
Catat Ulasan