Skip to main content

Rahsia Victoria (Akan datang)


"by all means marry; if you get a good wife, you'll be happy. if you get a bad, you'll become a philosopher"  - Socrates (469 BC - 399 BC)  

"let your heart be mine and mine be yours" - Hindu wedding hymn

"... married man live longer than single men"  - some medical journal 

"some men are in, for a slow and painful death" - some married man after accidentally reading some medical journal

"employ your time in improving yourself by other men's writings so that you shall come easily by what others have labored HARD* for" -  Socrates (469 BC - 399 BC)




Sesetengah pendapat mereka kata salah satu cara untuk gauge kejantanan seorang kotey ialah melalui berapa banyak luka yang ada pada tubuh badan mereka. Ini boleh jadi literal scars mahupun metaphor  scars. Terdapat perbezaan markah di antara luka ketika... say for example bertarung dengan seekor buaya dan luka akibat kesilapan kecil semasa memotong bawang di dapur. Andaikata luka akibat bertarung dengan seekor buaya itu nilainya 10 markah, luka akibat potong bawang itu bernilai 2 setengah markah.

Kemudian datang feminism. Selow-selow, mereka menyelinap ke dalam falsafah peng-gauge-an kejantanan ini lalu selepas beberapa dekad, mereka cuba ubah kepercayaan luka akibat potong bawang itu sebenarnya juga bernilai 10 markah, instead of traditionally 2 setengah.



Untuk mereka yang lalai, ini tiada masalah. Untuk mereka yang peka, pasti sedar ini adalah masalah. Sudahlah metaphor scars di badan kita sepatutnya berasal dari benda benda macam jatuh akibat praktis wheelie motor kali pertama, akibat feminism, off late, ia selalunya datang daripada pengalaman buruk di lontar dengan kasut tumit tinggi atau dihempuk dengan beg tangan Lois Vutton.



Antara ilustrasi paling ikonik, kalau boleh saya kata ikonik, ialah gambar evolusi bagaimana seekor siamang yang berjalan bertukar bentuk ke rupa seorang lelaki dewasa. Darwin kata men evolve from apes. Feminism pula nampaknya cuba mengembalikan lelaki yang memegang lembing di akhir pusingan itu, untuk berpatah balik, gostan ke belakang kembali ke bentuk siamang. Dunia yang tidak pernah selamat ini, kini semakin bahaya untuk kita. 



Nevertheless, kita tahu Darwin dan ilustrasinya itu salah tapi itu beside the point.



Kita tak mahu buat silap seperti Darwin. Kita harus lebih berhati-hati. Di mata kotey zaman moden yang tidak berhati-hati, baju dalam atau disebut bra, tidak lebih hanyalah sebuah instrument untuk melindungi sepasang benda itu dari apa saja yang ingin menyerangnya tapi buat mereka yang tidak lalai, ia adalah sebenarnya senjata bahaya yang dilindungi oleh set baju kurung, baju pejabat, blaus atau tidak dilindung langsung.... betul, saya tak tipu!



Oleh itu.



Untuk tidak menjadi lalai, adalah perlu kita, the koteys memahami sepak terajang politik putar belit kehidupan di dunia dan demi baju dalam Emma Watson, percayalah bila saya kata antara putar belit paling sukar di dunia ini datangnya dari errr.... maaf cakap, wanita.



Semakin banyak kita boleh lihat sekarang ini apa yang dahulunya dikuasai koteys, sudah beralih ke tangan wanita. 2 dekad lalu kita nampak Ali dalam filem Ali Setan ialah 'The Alpha' dalam environment kampus tapi andaikata any modern Ali gatal-gatal cuba melakukan antics yang dilakukan oleh Ali Setan itu dulu, pada masa sekarang, hampir pasti dia akan dilempar dengan kasut-kasut tumit tinggi dari semua arah kerana statistik telah membuktikan di mana-mana IPT sekarang ini, kasut tumit tinggi mengatasi jumlah kasut bola dengan nisbah hampir omaigodly omaigod 4:1 ...!





Kemunculannya tidak akan merubah statistik nisbah gender di IPT tapi setidak-tidaknya, ia mampu jika dihayati dengan sempurna - melindungi kita dari dibaling dengan satu set kasut tumit tinggi. Jika objektif kecil ini tercapai ...


Watahelman... 


Ini pun dah cukup orait dengan keadaan dunia yang agak kritikal sekarang ini.


Sumber entri: Sini.


Comments

Popular posts from this blog

RESOLUSI BUKAN REVOLUSI 2018

Selamat Tahun Baru 2018! Entah kenapa sejak dari pertengahan tahun lepas, aku dapat semangat balik untuk menulis dekat blog ni. Tahniah kepada geng-geng lama yang tak pernah berhenti menulis. BERTEROMBER, PORTDY, DEAF, MUS KANDAR... Dahsyat betul komitmen korang. Salute! Aku sekarang dalam proses nak mendokumentasi segala artikel yang pernah aku tulis untuk portal online. Semua yang pernah diterbitkan aku letakkan balik di sini supaya senang aku nak rujuk balik atau nak ambil untuk mana-mana terbitan buku kemudian hari. Juga sebagai back-up kot-kot portal tu tak bayar duit hosting ke apa ke, taklah artikel-artikel aku hilang dalam kegelapan internet. Eh! Aku mulakan hantaran pertama untuk tahun 2018 ini dengan artikel pertama yang aku tulis untuk portal online Neon Berapi ; juga menjadi artikel pertama yang 'merasmikan' laman web 'berapi' itu. Kehilangan paling besar aku rasakan untuk tahun 2017. Tak pernah aku rasa 'down' semacam ini bila dengar be

Gila-Gila Remaja: Remaja Gila Kembali!

Kehangatan Piala Dunia sudah masuk pusingan kedua. Rata-rata blog yang aku singgah kebanyakkannya semua update pasal bola. Tapi aku malas nak update apa-apa pasal Piala Dunia ni. Kalau nak baca cerita pasal Piala Dunia, rasanya boleh buka blog lain kan? Dah la salah satu dari team feveret aku dah terkeluar..(London Calling..huhuhu) Siapa antara korang yang masih ingat dengan filem Gila-Gila Remaja ni? Aku rasa semua golongan yang lahir sekitar 1970 - 1980 dan mungkin 1990 mesti pernah menonton filem tersebut. Tak kisah la samada menonton di wayang, di kaca tv mahupun melalui vcd atau dvd. Semua golongan aku rasa tak terkecuali..dari mat motor sampai ke brader-brader Assalamualaikum..kan? Sabtu yang lepas (26/06/2010) Finas sekali lagi menganjurkan Festival Merakyatkan Filem yang bertempat di Panggung Colleseum, Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR). Ini kali ke 2.5 aku menghadirkan diri untuk menonton filem yang diputarkan kembali di panggung nostalgia ini. Kali pertama ialah filem K

KATHARSIS: PENYUCIAN JIWA DAN PENUTUP CERITA SEBUAH PENCARIAN...

Poster iklan jualan advance Katharsis dalam empat muka berbeza oleh Fenomena Music. Dalam usia 19 tahun, aku telah menduduki 3 peperiksaan awam Malaysia (UPSR, PMR & SPM) dan 2 kali melangkah masuk ke UiTM (sebelum kemudiannya melangkah keluar di pertengahan jalan. Cerita lain). Begitulah kalau boleh aku bayangkan betapa panjangnya tempoh 19 tahun itu. Lama bukan? Dan apabila selepas 19 tahun album Bikin Wilayah di mana itulah kali terakhir gandingan Kid dan Din dalam satu album rakaman studio dikeluarkan, aku diserang perasaan gemuruh, cemas, panik, suka, gembira...entah hape-hape! Lain macam betul perasaan yang datang bila kali pertama mendengar single terbaru Search, Sidang Kangaroo melalui speaker ‘gigi biru’ Voombox aku. The Taib Brothers are back! Aku mengulang dengar Katharsis, rilisan terkini dan mungkin terakhir Search ini berulang-ulang kali. Dalam kereta aku, dalam kereta mak aku, dengar guna earphone, dengar guna ‘built in’ speaker komputer pejabat, dengar