Selasa, 26 Ogos 2008

Corat-coret..hehehe

1. Hari ni (26 Ogos 2008) adalah hari pesta untuk Permatang pauh. Semua orang tau benda tu. Keputusannya? Tunggu je la malam karang. Harap-harap untuk jumlah pengundi seramai 58,000++, keputusan pengundian tak perlu la sampai nak diumumkan ketika TV3 Nightlines..

2. En. Anon dah mula menyukai blog aku. Puncanya? Mungkin posting aku yang agak berbaur "tidak patriotisme". Sampaikan KL Blues Festival pun turut menjadi mangsa.. Dahsyat..hehee. Untuk makluman melayu uitm, aku bukan ahli PAS tapi AHLI UMNO yang bernombor 0348++++. Ko ahli apa? Ooo..lupa. Ko terikat dengan AUKU 174. Tak boleh menyertai parti politik. Takpe. habiskan dulu pembelajaran ko eh?

3. Makin lama aku baca blog yang menyiarkan pendapat berkenaan kuota bukan melayu di UiTM, makin ramai yang aku tengok komen tak guna akal. Siap petik perlembagaan lagi tu (Perkara 153)..huhuhu. Tapi takde lak yang nak petik ayat-ayat al-quran lak kan?

4. Kalau kita lalu depan UiTM Shah Alam, ikut pintu depan, kita akan nampak satu billboard depan air terjun "juta-juta" yang jadi kontroversi tahun lepas tu tertulis "UiTM hak Orang Melayu". Fuh.. Dah ada puak2 lak yang declare UiTM hak melayu. Apa jadi dengan kaum bumiputra yang lain? Kadazan, Murut, Bidayuh, Siam, Orang Asli, Kelabit dan lain2. Kenapa diketepikan hak dorang?

5. Band aku tersingkir daripada satu pertandingan BOTB hasil kelemahan pihak urusetia yang hanya menghubungi aku pada hari yang sama pertandingan bakal berlangsung (lagi 2 jam sebelum pertandingan dimulakan untuk lebih spesifik. Ketika rancangan Top Gear di NTV7). Dan pihak urusetia tu pulak adalah daripada Agensi Kerajaan. Sangat profesional tindakan dorang ni kan? Aku suka.. Kau pun suka? Untuk makluman aku sendiri adalah kakitangan kerajaan. (Tak heran banyak orang kerajaan ni takde akal kan? Kaki dengan tangan je yang ada..hahaha)

6. Rupa-rupanya baru aku tau, aku berkongsi tarikh lahir (tarikh je..bukan tahun) dengan ramai selebriti. Antaranya Tim Burton, Claudia Schiffer dan juga MAWI..WORLD! hahaha.

7. Ramadhan makin hampir, mari kita buang yang keruh, ambil yang jernih. Mana tahu ini ramadhan kita yang terakhir?

Khamis, 14 Ogos 2008

Promo : Butterfingers Showcase "Kembali" @ Planet Hollywood


Dapat flyers ni dari member aku aka jiran aku yang dapat "direct" dari orang kuat Planet Hollywood. So, kepada penggemar muzik bawaan Butterfingers dan kepada mereka yang masih mempercayai dan menyokong persembahan berbayar, boleh lah datang memberikan sokongan kepada band ini.

Dan kepada penggemar muzik kugiran rock berirama melayu, korang kena dengar dan dapatkan album ni. Ada sesuatu yang lain dalam album terbaru dorang ni. Cubalah..korang takkan menyesal...

p/s: Kalau ada sapa2 yang nak amik flyers di atas untuk tujuan promosi, silakan. Tiada cas tersembunyi dikenakan..hehehe

Rabu, 13 Ogos 2008

Melayu...



Melihat kepada situasi dalam negara sekarang ni, aku suka untuk tampalkan sajak ni dekat blog aku..hm. Semoga boleh menjadi renungan bersama..

-Melayu-

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan.

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut.

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran.''

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Nukilan: Usman Awang. 26 November 1999

BARBARIK PENTAS KERAS – PENUTUP MELAZATKAN UNTUK TAHUN 2022

Ura-ura untuk mengadakan konsert ini sudahpun sampai ke telinga aku sejak sebelum PM DS Ismail Sabri umumkan negara memasuki fasa pra-pand...