Pra Apokalips

Prolog...

Sebiji botol kicap yang pecah berada di tangannya. Seorang lelaki pertengahan usia tergolek bermandikan darah. Melihatkan keadaan kepalanya yang hampir terbelah, harapan untuk masih bernafas tiada...

I

Keadaan di dalam Sungai Buloh seperti biasa pada waktu remang matahari ni. Di sebalik menara kawalan, berkumpulnya Pidomat dan kuncu-kuncunya yang digelar The Azlan's. Tidak lain aktiviti mereka melihat dan menggoda banduan-banduan jambu yang lalu-lalang di situ sambil bermain gelung getah. Di gelanggang bola keranjang pula berkumpulnya kuncu-kuncu Lan Naga bermain galah panjang sambil disaksikan oleh beliau. Asap berkepul-kepul keluar dari mulut dan hidungnya. Memang beginilah suasana di dalam Sungai Buloh setiap hari.

II

Tiba-tiba suasana tenang Sungai Buloh dikejutkan dengan bunyi siren yang panjang. Masing-masing mula berhenti dari melakukan sebarang aktiviti. Pandangan mereka tertacap pada pagar penjara. Ya, mereka cukup arif dengan bunyi siren itu. Pastinya ada penghuni baru yang bakal menjadi rakan mereka di situ.

III

"Siapa lauk baru kami hari ni Tok?" soal Naga kepada Rimau yang lebih mesra dipanggil Tok. Seorang warden penjara korup yang menjadi pembekal kepada Naga mendapatkan bekalan rokok dan gula-gula getah. Juga majalah Mangga sekiranya ada permintaan. Memang Naga di dalam penjara dikenali juga sebagai 7-11 bergerak. "Pipiyapong. Dia tu penulis baru nak naik. Kena 10 tahun pasal membunuh tanpa niat. Member suruh halau lipas yang melekat dekat kepala, dia boleh bantai dengan botol kicap. Alasan, takut lipas." "Yang lain-lain tu?" soal Lan Naga. "Tu semua bebudak Ismailist. Merusuh dekat penonton pasal kena boo masa Sure Pekat itu hari kat Kuala Lipis. Ketua dia yang kepala botak tu, Dean Sham. Dorang kena 2 tahun jaa" Balas Tok Rimau.

IV

"Amacam Ge, ada berani?" Soal Vovin, salah seorang dari kuncu-kuncu Naga yang bermain galah panjang tadi. Debu akibat terjatuh ketika mengejar pihak lawan masih melekat di muka nya. "Wa set jaa. Apa barang takut" balas Naga. "Berapa banyak nak letak ni?" Sambil melihat-lihat kepada Pipiyapong, Dean Sham dan bebudak Ismailist yang sedang berjalan menuju ke pejabat penjara, Vovin bersuara lagi "wa letak 2 kotak sampoerna untuk mamat kepala botak tu" merujuk kepada Dean Sham. "Wa letak dunhill 1 kotak untuk mamat belakang budak botak tu, yang rambut kerinting megi" sahut Azzam, geng galah panjang tadi. merujuk kepada Mael, salah seorang dari ahli Ismailist Sambil berkira-kira dan mengurut-ngurut cuping telinganya, Naga akhirnya membuat keputusan.."apa barang main sikit-sikit. wa letak gudang garam original sekarton untuk Pipiyapong". Vovin dan Azzam terperanjat. Nekad sungguh pertaruhan Naga kali ini. Memang selalu mereka bertaruh sekiranya ada banduan baru yang memasuki Penjara Sungai Buloh ini siapa yang akan menangis dulu tapi tak pernah pulak Naga seberani macam ni. Dah la gudang garam original tu susah nak dapat hatta di luar penjara sekalipun, sekarton pulak tu. Tapi Naga hanya tersenyum nipis sambil menyakini akan kata hatinya.

V

Malam menjelma. Setelah kiraan rutin selesai, mereka mula masuk ke dalam sel masing-masing. Kebetulan kali ni pipiyapong dan semua banduan baru tadi diletakkan sebaris di tingkat satu berhadapan dengan sel Naga dan kuncu-kuncunya di tingkat dua. Pidomat dan bebudak Azlan's pula di tingkat bawah. "Lampu padam!" jerit ketua warden, Jigo. Serentak dengan itu lampu semua dipadamkan. Memang menjadi amalan di sungai buloh selepas sahaja lampu dipadamkan, diharamkan walau bunyi bersin sekalipun kedengaran atau mereka akan berdepan dengan tindakan dari Jigo...

VI

Sekonyong-konyong itu juga kedengaran suara jeritan dan tangisan dari sel pipiyapong. Seluruh penjara gempar. Memang menempah maut budak ni. Kedengaran bisikan Dean Sham dari sel sebelah menyuruh Pipiyapong senyap tetapi tidak diendahkan. Malahan semakin kuat tangisan dan teriakkannya.

VII

Jigo meluru ke sel Pipiyapong diiringi oleh Tok Rimau dan Spyz, warden shift malam. "Aku kata diam!" jerkah Jigo. Namun tidak diendahkan oleh Pipiyapong. "Aku kira sampai tiga..satu..dua.." belum sempat kiraan dihabiskan Jigo mengarahkan Spyz dan Tok Rimau mengheret Pipiyapong keluar dan libasan cota serta hentakkan but saiz 11 bertalu-talu hinggap di tubuh Pipiyapong. Warga Sungai Buloh hanya diam memerhatikan kejadian tersebut...

VIII

Keesokkan harinya sambil menyumpah Tok Rimau menghadiahkan dua das penampar ke muka Naga atas permintaannya yang melampaui batas. "Mana aku nak cekau gudang garam ori sampai sekarton? Ko nak suruh aku berenang pergi Lombok?" maki Tok Rimau lagi. Akibat daripada pertaruhan itu juga Naga terpaksa menjadi balachi seumur hidup kepada Azzam dan Vovin atas kegagalannya membayar pertaruhan. Pipiyapong patah tulang selangka selain retak di tengkorak dan "slip disc" akibat dari penangan Jigo dan menurut Pidomat yang menjaga bilik sakit seminggu selepas hari kejadian, Pipiyapong tidak dapat diselamatkan lagi kerana pendarahan dalaman dan punca dia menjerit dan menangis pada malam kejadian adalah kerana seekor lipas telah merayap di atas badannya ketika sedang mengambil posisi untuk meletakkan kepala di atas katil...

Epilog..

Sehingga kini sel Pipiyapong terbiar tidak berpenghuni. Bunyi teriakan dan tangisan dari sel tersebut menghantui penghuni-penghuni Sungai Buloh...


sisi lain:

2060 (ori)
2060 (ciplak)
pasca apokalips
hujung nyawa
2059
back to the future 4

Nombor Dan Lagu...

Enam tahun dulu, lagu rasmi aku adalah lagu ini pasal ada wording ni dalam lagu tu..

"I'm twenty-four and i've got everything to live for..."

Lima tahun lepas pulak, lagu rasmi aku adalah lagu ini pasal ada lirik ini...

"Twenty-five years and my life is still trying to get up that great big hill and hope..."


Tahun ni aku dah takde lagu rasmi dah. Gamaknya susah nak jumpa lagu yang ada angka 30 dalam lirik dia kot...hahaha. Semoga yang baik-baik saja untuk aku dan juga kalian yang sudi mendoakan aku.





Halal ke?


Ramadhan kali ini aku rasa ada benda baru yang berputar di media-media arus perdana. Ya, kali ini media mempersembahkan isu makanan halal di hotel-hotel yang menyediakan bufet berbuka puasa. Satu benda yang agak terlambat tapi bak kata orang puteh.."better late than never".

Sebetulnya aku dah pernah berbincang dengan kawan aku tentang isu makanan halal di Malaysia ni 3 tahun lepas. Perbincangan kami bertolak daripada cadangan untuk mengadakan majlis berbuka puasa bersana bekas rakan2 sepersekolahan. Oleh kerana kawan aku ni bekerja di Jab. Agama Islam Negeri **** (JAIN) maka isu status halal di hotel-hotel ditimbulkan oleh beliau.

Aku tiada masalah dengan tanda halal ini tapi aku ada kemushkilan tersendiri. Pertamanya status halal itu sendiri. Seperti yang aku bangkitkan di blog berteromber apa definasi status halal itu sendiri? Adakah makanan yang tidak bercampur / dimasak menggunakan barang2 haram (daging babi, arak, ayam tak disembelih)? Bagaimana pulak dengan status dapur2 restoran yang tak apply sijil halal TAPI memang ternyata semua sumber mereka halal, sebagai contoh restoran makanan arab, restoran melayu, cina muslim, mamak (mamak semestinya muslim, tiada istilah mamak hindu), dan tomyam? Bagaimana pula dengan status halal yang dah "expired", adakah makanan tersebut bertukar menjadi haram? Kerana lawan halal dah tentu haram kan?

Yang aku baca dalam akhbar-akhbar arus perdana satu waktu dulu hanya JAKIM dan JAIN sahaja yang diberi tauliah dan kuasa untuk mengeluarkan sijil halal. Macamana pula dengan rangkaian restoran makanan segera yang "menjamin" status halal produk mereka dengan mengatakan mereka mempunyai panel syariah yang tersendiri? Tak kisah la samada bekas mufti pun yang duduk dalam panel syariah tu tapi adakah mereka diiktiraf oleh pihak berkuasa?

Satu lagi yang aku perhatikan, yang ditekankan oleh pihak berkuasa untuk mendapatkan sijil halal ini adalah dapur tidak bercampur daging halal & haram dan tiada penggunaan perasa yang mengandungi alkohol. Bagaimana dengan status tukang masak? Bukan nak membangkitkan isu agama tapi apa status kita memakan masakan dari bukan orang islam? Adakah agama membenarkan?

Sikit waktu dahulu kecoh serbuan demi serbuan oleh pihak berkuasa ke atas makanan yang diragui status halal. Dalam senarai ini termasuklah kue tiaw, mi kuning, bebola ikan, daging kisar, daging ayam, belacan, kicap dan pelbagai bahan makanan. Persoalan aku adakah isu ini masih dipantau atau sekadar bermusim? Lagi-lagi sekarang ni pihak berkuasa sedang sibuk memantau hotel-hotel yang menyediakan bufet berbuka puasa. Bagaimana pula dengan rakyat biasa yang tak mampu pergi ke hotel dan hanya memasak untuk makan. Adakah bahan masakan mereka terjamin halal?

Yang aku terasa kelakar tentang isu ini, penganut islam di Malaysia dah jadi seperti merantau di Hong Kong atau ke negara-negara bukan islam. Kini kita yang terpaksa memastikan bahawa sesebuah restoran / hotel perlu ada tanda halal baru kita boleh makan tanpa was-was. Sedangkan seperti yang semua sedia maklum, Malaysia ini adalah sebuah negara islam Sudah tentu semua benda di dalam negara ini sepatutnya HALAL kecuali diberitahu (diletakkan tanda HARAM). Sebagai contoh, perlukan kita berasa ragu-ragu untuk masuk makan di restoran di negara-negara arab misalnya? Melalui pembacaan aku, kedai-kedai makan di Australia yang halal memang meletakkan tanda halal di pintu kedai mereka TAPI itu kerana Australia bukan negara islam dan natural mereka yang memang makan benda yang haram bagi umat islam.

Yang terakhir aku nak sentuh ialah berapa ramai la anggota penguatkuasa yang pihak berkuasa kita ada untuk memantau 1Malaysia punya makanan ni? Ke akhirnya jadi macam kes cetak rompak jugak? Cetak rompak kalau operasi bermusim takpe jugak pasal benda tu hanya makanan batin (hahaha) tapi kes barang-barang makan ni kalau buat bermusim..kejap halal kejap haram..macam mana tu?

Kalau dah nama 1Malaysia ni negara islam, rakyat majoriti penganut islam dan ketua negara juga adalah ketua agama islam, kenapa tidak diwajibkan saja SEMUA hotel, restoran, gerai dan semua barang makan mengambil sijil halal? Atau kalau nak mudah, keluarkan satu pekeliling yang mengatakan bahawa SEMUA makanan di dalam 1Malaysia adalah HALAL kecuali yang mempunyai tanda atau label HARAM. Dah tentu senang orang nak pilih bukan?

Killer Queen: A Tribute To Queen


Aku agak skeptikal dengan album tribute. Bukan apa. kebanyakkan album tribute untuk artis-artis tak kira genre rock, pop mahupun asli kebanyakkannya lebih kepada "cover" iaitu menyanyikan balik mengikut versi artis tersebut. Contoh klasik ialah Whole Lotta Zep: Malaysian Artis Tribute To Led Zeppelin.

Aku suka petik dialog Chris Cole dan Rob Malcolm dalam filem Rock Star..

Chris: We are NOT a cover band, we're a TRIBUTE band!

Rob: No dude, we are a cover band! Problem is, we've been covering the tunes, you think you're in goddamn Steel Dragon...I love you man but you're mental, you really are. You need to get grip on reality man, you dont know where Bobby Beers ends and you begin..

Dialog ini pada aku dah menerangkan apa itu "cover": dan apa itu "tribute". Pasal tu kalau kita usha suatu ketika dulu, kemelut antara Syafinaz dan Ahmad Nawab mengenai kekecewaan Ahmad Nawab terhadap Syafinaz kerana "merosakkan" lagu-lagu beliau yang dinyanyikan semula oleh Syafinaz dalam album Syyy:...Syafinaz yang ternyata sebuah album tribute untuk Ahmad Nawab.

Ok. Berbalik kepada album ini. Aku dapat daripada seorang amoi (beli ok?) melalui mudah.my. Pada mulanya aku tak harapkan apa-apa daripada alhbum ini. Niat aku beli hanyalah kerana aku minat giler kat Queen (dan sedang dalam proses untuk mendapatkan box set mereka). Tapi bila aku pasang je dalam kereta selepas selesai urusniaga dengan amoi tersebut aku terasa macam...wow!

Mungkin ini bukanlah album tribute terbaik yang dihasilkan (aku masih percaya Encomium tetap di atas..hehe) tapi aku rasa album ini berjaya mendefinasikan maksud tribute dengan betul. Korang boleh bayangkan suara garau + soprano Gavin DeGraw menyanyikan We Are The Champions atau suara mellow Jason Mraz menyanyikan Good Old Fashioned Lover Boy dengan gaya dan genre muzik mereka sendiri. Senang cerita kompilasi ini adalah kompilasi lagu-lagu Queen yang dinyanyikan secara pop.

Cumanya aku pun hairan kenapa Bohemian Rhapsody dinyanyikan oleh dua artis yang berlainan dalam album ni. Aku rasa banyak lagi lagu-lagu Queen yang dorang boleh cover macam Seven Seas Of Rhye, Mustapha dan banyak lagi la. Feveret aku dalam album ni ialah Bohemian Rhapsody oleh Constantine Maroulis dengan iringan pelakon-pelakon We Will Rock You dan Good Old Fashioned Lover Boy oleh Jason Mraz. Juga dalam album ni ada penampilan oleh Eleven, band yang mengiringi Chris Cornell ketika album solo beliau yang pertama dulu, Euphoria Morning.

Track List..

1. Gavin DeGraw - We Are The Champions
2. Shinedown - Tie Your Mother Down
3. Constantine Maroulis feat the cast of We Will Rock You - Bohemian Rhapsody
4. Eleven feat Josh Homme (Queen Of The Stone Age) - Stone Cold Crazy
5. Jason Mraz - Good Old Fashioned Lover Boy
6. Joss Stone - Under Pressure
7. Breaking Benjamin - Who Want To Live Forever
8. Be Your Own Pet - Bicycle Race
9. Josh Kelly - Crazy Little Thing Called Love
10. Los Lobos - Slepin' On A Side Walk
11. Sum 41 - Killer Queen
12. Rooney - Death On Two Leg
13. Jon Brion - Play The Game
14. The Flaming Lips - Bohemian Rhapsody
15. Ingram Hill - '39
16. Antigone Rising - Fat Bottomed Girl

Ramadhan 1431

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada pengunjung-pengunjung http://lagakepala.blogspot.com.