Anda ada pesanan..



"Anda ada surat", "anda ada pesanan"..agak kelakar pulak kalau nak diterjemah tajuk filem ni ke bahasa melayu. Tapi tu la bunyiknya.."You've Got Mail" yang dilakonkan oleh "big crush" aku, Meg Ryan (aku rasa aku ada citarasa MILF di sini) bersama Tom Hanks. Juga dibantu oleh Steve Zahn, Parker Posey, Greg Kinner dan ramai lagi. Cerita ni memang buat aku ingat sangat pasal nilah cerita "pertama" yang aku tengok dekat wayang selepas "Tenage Mutant Ninja Turtle" tahun 1991 (giler lama kan?). Cerita ni ditayangkan serentak dengan "Meet Joe Black pada 1998 (aku sempat intai panggung sebelah lepas habis cerita ni. Member yang jaga masa tu..hahaha)

Cerita ini sebetulnya bukan cerita baru tetapi diolah dari cerita lama "Shop Around The Corner", sebuah cerita hitam putih tahun 1940. You've Got Mail menceritakan mengenai seorang pengusaha sebuah buku kanak-kanak (Meg Ryan) yang cuba untuk bertahan apabila sebuah toko buku gergasi dibuka berdekatan dengan kedainya (kedengaran macam sedang berlaku di tempat sendiri kan?). Habis tu, mana datang "you've got mail" tu? Haa..ianya diambil sempena kegilaan Meg Ryan dalam cerita ni yang suka berbalas email (menggunakan AOL) dengan seorang yang dia sendiri tak kenal (ala2 "blind date" gitu).

Menonton cerita ni membuat aku terasa macam menonton cerita-cerita Khabir Bhatia sekarang. Kenapa? Pengarahnya iaitu Norah Ephron berjaya menonjolkan sisi-sisi cantik kota New York terutama tentang budaya masyarakatnya, taman-tamannya dan juga kesibukan kotanya. Khabir Bhatia juga seperti yang sedia maklum memang terkenal dengan shot-shot yang lawa dan mengagumkan (siapa boleh lupa shot komuter, LRT dan Monorel berjalan serentak didalam filem Cinta) dan Norah Ephron terlebih dahulu dah buat shot-shot macam ni.

Kalau nak ulas mengenai gaya lak0nan Meg Ryan & Tom Hanks aku rasa macam tak patut. Pada aku dorang berdua ni memang macam dah ada pertalian kimia antara satu sama lain. Memang cukup sempurna lakonan dorang walaupun jalan cerita untuk filem ni macam "biasa-biasa" je. Selain cerita mengenai usaha Kathereen Kelly (KK) cuba menyelamatkan kedainya, juga dipaparkan dalam filem ni teknologi chatting pada waktu itu (tahun 1998 aku memang tak tahu apa2 pasal chatting..hahaha) dan dialog-dialog antara KK dengan pasangan chattingnya, NY152 (Joe @ Tom Hanks). Juga diselitkan dialog mengenai hebatnya pengaruh "The Godfather" dalam kehidupan lelaki (Eddie mungkin bersetuju).."The Godfather is the I-ching. The Godfather is the sum of all wisdom. The Godfather is the answer to any question. What should I pack for my summer vacation? "Leave the gun, take the cannoli." What day of the week is it? "Monday, Tuesday, Thursday, Wednesday."

Antara filem yang berbaloi kalau nak dibuat koleksi (untuk mereka yang tak suka cerita seram & ganas macam aku ni..hahaha). Sountrack dia pun boleh tahan. Banyak lagu-lagu lama dan ada satu lagu yang dirakam semula oleh Sinead O' Connor (penyanyi perempuan yang botak tu). Oleh kerana lagu versi Sinead O' Connor ni takde dalam youtube, aku uploadkan yang versi asal...







(Lagu oppening cerita)

Sayap kecil...



Giler la. Musim hujan sekarang ni memang membawa satu pe'el susah nak update blog. Nasib baik bukan aku sorang je yang terkena kesannya tetapi turut dikongsi dengan kawan-kawan dekat bloglist aku yang duduk tangga corot-corot tu..hahaha.

Berkuatkuasa 10 November yang lepas aku secara rasminya sudah berhijrah kembali ke Shah Alam. Akhirnya setelah puas merayu, aku berjaya untuk keluar dari "Ladang Prang Besar" tu. Secara rasminya juga aku kembali kepada tugas-tugas hakiki aku yang hampir setahun aku tinggal. Baru terasa nikmat buat kerja beb..hahaha. Giler poyo kan ayat tapi memang tu la hakikatnya..hahaha

Sebelum nak masuk kepada bab-bab ulasan muzik dan filem ni, aku kasi pra-pembukaan dulu kot (padahal belum ada masa..hahaha). Kita kasi layan pada genre muzik yang satu ketika dahulu pernah dikategorikan sebagai muzik "syaitan" (lama sebelum wujudnya genre metal dan cabang-cabangnya, genre ini terlebih dahulu telah dicop sebagai setan). Genre muzik yang asalnya dimainkan oleh hamba-hamba kulit hitam "kunta-kinte" sebagai hiburan di waktu malam setelah penat berkerja di ladang-ladang tuan orang putih mereka. Dan signifikannya video ni ialah kali ni orang putih pulak yang main balik lagu yang pencipta asalnya adalah seorang kulit hitam...


Tiada alasan...

Tiap-tiap hari aku blog hopping dari satu blog ke satu blog. Terutama blog-blog kawan-kawan dalam blog list. Satu yang aku dapat simpulkan, sekarang ni macam ada satu wabak yang melanda. Virus malas update blog. Dengan aku punya blog pun tak update..hahaha. Kecuali kawan-kawan yang menyahut cabaran brader ben dengan 1hari : 1entry : 1malaysia. Yang lain semua sepesen je ngan aku..hahaha

Minggu ni agak "sucks" untuk pasukan kegemaran aku, Liverpool. Kalah dengan Fulham sabtu lepas, game semalam pun boleh seri je dengan Lyon. Alahai..memang dapat rasakan team musim ni team yang paling lemah. Macam-macam rumusan yang boleh dibaca dalam internet. Yang mengutuk memang bersepah. Tapi apa pun, kalah menang Liverpool tetap dihatiku..hahaha. Dari zaman Road To Wembley lagi sampai sekarang, memang tu satu-satunya pasukan pujaan aku untuk bola sepak Inggeris.

Nak ulas album rasa malas. Kebetulan malam kekalahan dengan Fulham tu aku lepak dengan seorang penyokong Arsenal dari Singapura, Deaf. Dengan pesanan yang "panas" macam baru keluar dari oven tu, S.A.P & Jar Of Flies selamat tiba ke tangan aku. Tunggu aku khatam dengar album tu baru aku ulas ek? Untuk makluman awal, kedua-dua itu adalah tajuk album Alice In Chains yang boleh dikategorikan sebagai extended player (E.P) dan memang dah sampai tahap "dinasour" kalau nak carik balik. Terima kasih kepada ebay dan juga Deaf yang sudi menjadi perantara aku dengan penjual..hahaha

Jadi sementara menunggu aku khatam kedua-dua cd tersebut, layankan dulu satu lagu dari Jar of Flies..(bersama penyanyi baru untuk promosi "Black Gives Way To Blues")