Happy birthday..

Pejam celik, pejam celik, tak sangka akhirnya "benda" yang dulunya macam tak ada sambutan sudah setahun bertapak...

"Benda" yang dulunya tidak diberi perhatian tetapi hanya dengan sekali tayangan "Melodi" akhirnya sehingga kini menjadi sebutan..(Thanks bro Nas Ahmad!)

"Benda" yang dulunya hanya duduk diam di tengah Malaysia sekarang ni sudah semakin melebarkan sayapnya hingga ke Kota Singa..

"Benda" yang pada mulanya dianggap mengarut kerana mengenakan bayaran untuk menyokong sesebuah kumpulan akhirnya sekarang makin bertambah keahlian hari demi hari..

Semoga "benda" ni akan sentiasa berkembang dan dapat memberi manfaat kepada mereka yang menyokongnya..Tanpa pendokong-pendokong di luar sana, "benda" ini takkan dapat melebarkan sayapnya dari Perlis sampailah ke Sabah dan Singapura..

Selamat menyambut Ulang Tahun Pertama Sayap-Sayap Wings! (31/10/2009). Satu-satunya kelab peminat rasmi di Malaysia yang diasaskan dan diterajui oleh peminat untuk peminat.

Dua kosong..

*Takde Gerrard pun boleh menang?

*Guna striker yang belum "fit" pun boleh score?

*Dah tolong buangkan bola-bola pantai kat atas padang pun boleh menang?

*Salahkan Man U pulak kena beli?

Heh..apa punya turrr la wei. Kasi ada pendirian sikit. Man U kalah pun melawan..hahaha

Chill brader..chill!

You're Never Walk Alone!

p/s: Prediction ESPN pasal Torres agak tersasar. Member tu tetap main walaupun injured. Siap score lagi..hahaha

Muda & Berbahaya..

Tengah layan-layan FB minggu lepas sambil melihat-lihat "news feed" kawan-kawan, aku terpandang sebuah video klip yang menarik perhatian. Video klip "Beyond". Nama lagu aku tak tau (pasal tulisan cina) tapi cukup untuk membuat aku masuk "youtube" dan menyelongkar lagi lagu-lagu diorang. Dan hasilnya? Aku dapat cari juga lagu tema filem Young & Dangerous (Y & D) yang dinyanyikan oleh pelakon2 utama mereka..

Sejarah aku dengan filem ni bermula pada tahun 1998. Masa tu member-member kat rumah dok bising-bising cerita pasal Chicken la, Ho Nam la, Crow la. Mula-mula ingat tak nak amik port je, tapi sifat "curiosity" tu membuak-buak dan akhirnya, aku yang dapat kumpul semua siri Y & D I - IV siap dengan prequel & Those Were The Days.

Pada yang tak pernah tahu pasal filem ni, Y & D berkisar mengenai dunia gangster Hong Kong yang menumpukan kepada sekumpulan pemuda dari kongsi gelap Hung Hing. Diketuai Chan Ho Nam, antara orang kanan beliau ialah Chicken, Pou-Pan, Chou-Pan dan Ah Yee. Yang menarik pasal filem ni ialah ianya menyorot cerita gangster2 ini dari mereka di bangku sekolah sehingga berjaya sebagai ketua cawangan & ahli korporat. Kalau dah ada kongsi gelap, mesti ada musuh tradisi kan? Dan musuh mereka dalam filem ini ialah kongsi gelap Tung Sing yang sentiasa bersaing dengan mereka untuk menguasai "Causeway Bay" iaitu salah satu tempat yang menempatkan pelabuhan di HongKong.

Dibintangi nama-nama besar dalam duni perfileman HongKong seperti Cheng E-Kin, Jordan Chan, Karen Mok (Sister 13), Gigi Leung (Those Were The Days) dan ramai lagi, tidaklah menghairankan apabila sequel filem ini menjadi sebuah fenomena di Hong Kong, Taiwan malahan di Malaysia juga. Berinspirasi daripada "The Godfather" arahan Francis Ford Coppola, Y & D bukan sahaj menceritakan mengenai sisi gelap HongKong ( Causeway Bay) tetapi turut mengangkat tema persahabatan, percintaan, setia kawan, patuh kepada arahan ketua dan banyak lagi ciri-ciri positif yang hanya boleh dilihat sekiranya korang menonton kesemua filemnya.

Cuma pada aku dalam Y & D ini nampak ketara kelemahan Chan Ho Nam sebagai ketua kerana dari episod satu hingga enam, diperlihatkan yang asyik dia je yang kena tipu/perangkap dan kawan-kawan nya yang banyak menolong beliau. Cuma dalam Those Were The Days, siri ini lebih menumpukan kepada cerita mengenai Chicken, iaitu orang kanan kepada Chan Ho Nam dan serius, episod khas ni memang menyebakkan aku..huhuhu

Akhir kata, kepada korang yang baru cuba-cuba nak belajar layan filem gangster ni, bolehlah tanya apek DVD pirate di tempat korang atau kalau nak jimat, download je guna torrent. Di sini aku letakkan lagu tema filem ni yang dinyanyikan secara "Live" oleh pelakon-pelakon utama filem ini.



Yang ni pulak lagu yang dorang nyanyikan masa dalam karaoke ketika Young & Dangerous I. Ada sesiapa ingat?


Papadom..1Ulasan


Pertama sekali, kalau ada yang berhajat nak tengok filem ni esok lusa, disarankan supaya jangan membaca ulasan ini. Takut-takut membantutkan hasrat kalian untuk menontonnya kerana akan ada "spoiler" dalam ulasan ini.


Untuk kali kedua, aku pergi menonton filem "chip" Afdlin Shauki dengan memakai t-shirt "Fellowship Of The Kodok". Kali pertama ketika tayangan filem "Sumolah". Memang terasa feel lain macam bila pakai t-shirt ni sambil menonton filem beliau. Sama feel macam sarung t-shirt "Stairway To Heaven" sambil menonton Led Zeppelin beraksi "live" didepan mata..hahaha.

Bila kali terakhir korang rasa korang sayang ayah korang? Filem ni cuba mengupas tentang seorang ayah yang "terlalu" sayangkan anaknya sampai sanggup mengabaikan kehidupannya sendiri dan berbuat apa saja demi memastikan bahawa anak kesayangan beliau selamat sentiasa. Ini semua berpunca akibat daripada kesilapan masa lampau beliau yang ketika itu terlalu mementingkan kerjaya sebagai seorang penjual "nasi kandar" yang berjaya hingga mengabaikan anak isteri hinggalah berlaku tragedi yang meragut nyawa bininya. Cara beliau menjaga anaknya juga sangat lucu dimana "roh" bininya telah membantu dalam setiap tindakan yang di ambil.


Filem ni pada aku sangat cantik pergerakannya. Antara satu babak ke satu babak macam ada kesinambungan yang tersendiri. Tapi sebagai penonton harus "alert" akan apa yang berlaku pada sesuatu babak kerana tidak semestinya babak itu kesinambungannya pada babak seterusnya. Para pelakon juga aku rasa sangat bagus. Dari lakonan anak Afdlin sendiri, Miasara hinggalah kepada lakonan Farid Kamil sebagai "romeo" penakut memang "sampai" kepada aku. Lakonan Liyana Jasmay juga bagus dan sangat comel. Tidak hairanlah anugerah pelakon wanita terbaik FFM ke 22 jatuh ke tangan beliau.


Satu yang aku pelik dengan chip ni ialah keupayaan beliau untuk menarik pelakon-pelakon yang "rare" untuk berlakon drama / filem melayu untuk berkerjasama dengannya. Untuk "Baik Punya Cilok" dia panggil Carmen Soo, untuk "Papadom" pula dia boleh panggil Chelsia Ng berlakon bersama. Lakonan Chelsia Ng pun agak bagus. Tak la kayu sangat. Mungkin 2-3 filem lagi dah boleh sama macam Janet Khoo kan?


Pada yang pernah menonton filem-filem arahan chip, korang mesti perasan akan "kroni-kroni" beliau yang selalu dipanggil bersama untuk berlakon. Kali ni Harun Salim Bachik pula yang membuat penampilan dan memang watak beliau boleh dianggap sebagai "screen stealer" dalam filem ni lebih-lebih lagi dengan dialog "Jangan emosi sangat dengan tanah". Memang pecah perut. Dan "hot mama" filem melayu, Vanidah Imran juga dah mula masuk sebagai antara "geng-geng" Afdlin. Ingat cerita "Sepi"? Babak "makan nasik dalam taman" memang buat aku teringat pada filem "Sepi" part dorang duduk di tepi jalan tu..huhuhu

Kalau dalam "Baik Punya Cilok" chip membawa dikir barat ke dalam filem, untuk filem ini pula chip telah membawa "Boria" pula yang digunakan sebagai lagu pembukaan & penutup filem. Ini baru betul dengan tema "Filem Kita, Wajah Kita". Juga dengan adunan elemen 1Malaysia dalam filem ni (yang memang telah lama dibuat sebelum slogan 1Malaysia dilancarkan) juga berjaya menjentik sedikit rasa prejudis antara kaum yang kelihatan menebal dalam filem-filem melayu yang lain.

Dalam "Papadom" chip juga menggunakan lesen kreativitinya untuk "menjentik" dan memerli dengan lembut dan sopan. Tapi kalau korang "alert", korang memang akan perasan kepada siapa sindiran itu ditujukan. Tapi rasanya ada betul jugak apa yang chip cuba nak sampaikan pada pendapat aku la..

Tak semua yang indah-indah dalam filem ni. Masih ada sikit-sikit "kecacatan" tapi tidak sampai mencacatkan filem ni. Seperti contoh dialog antara Yvone dan Miasara ketika keputusan SPM diumumkan. Yvone (Chelsia Ng) kata bapanya dah daftarkan beliau ke Kolej di Kuala Lumpur sedangkan akhirnya dia dan Mia Sara (Liyana Jasmay) belajar di Uitm Shah Alam. Juga penamat cerita ni yang pada aku ok je tapi pada pendapat member aku yang sama-sama tengok dengan aku, katanya penamat cerita ni terlalu "gembira" dan menyebut filem "The Girl Next Door"sebagai rujukan penamat.

Kesimpulannya aku rasa nak pergi tengok cerita ni lagi sekali dan kepada yang belum tengok cerita ni lagi, baik korang pergi sebelum "wajib tayang" cerita ni tamat tempoh. Filem arahan chip yang paling baik setakat ni (aku memang ikut semua filem-filem arahan chip di panggung wayang kecuali Buli). Pada aku, ini la antara contoh-contoh filem yang boleh digunakan untuk mendidik atau menyampaikan mesej (walaupun pengarah filem bukannya posmen) daripada cerita tentang "Orang Asli" yang sesat di bandar ataupun cerita hantu yang merapu-rapu. Chip juga berjaya membuktikan bahawa filem yang bagus tidak memerlukan seorang sarjana dalam perfileman untuk mengarahkannya.



(gambar dari facebook Papadom, google & koleksi sendiri)

Tidak semua perkara memerlukan kata-kata..

Link asal aku dapat dari facebook. Tapi takde "coding" nak tampal kat sini. Bila carik kat youtube, ada pulak walaupun di bahagikan kepada 2 episode. Tapi tetap tak menjejaskan jalan cerita dan maksud yang ingin disampaikan.

So, korang layan la filem pendek ni. Arahan dari pengarah Australia dan dibuat juga di Australia (aku agak la).



Up, close & personal..


(Gambar diambil dari Google)

Sepatutnya aku bukan orang yang layak nak review showcase ni. Pertama pasal aku takde sepenuh masa di dalam Hard Rock Cafe (HRC) pada malam 4/10 itu hari. Keduanya pasal terasa macam "bias" pulak pasal confirm aku akan cerita yang indah-indah belaka pasal show ni. Tapi pasal dah ada orang request dan aku jenis yang susah nak hampakan permintaan orang (tapi orang suka buat benda ni kat aku..huhuhu) maka aku tunaikan jugak (berapa banyak pasal daa).

Aku sampai di depan HRC ni lebih kurang jam 6.30pm. Sempat layan dua rumah terbuka kawan-kawan sebelum gerak ke KL. Lepas loading barang-barang untuk booth sayap2wings, phone aku dah mula "busy" dengan sms tanya jalan, tiket..etc..etc. Sempat usha-usha ke dalam nak tengok camne rupa HRC KL ni. (1st time sampai ni yop!). Dalam hati dah dapat agak confirm sendat macam sardin malam ni.

Pukul 8.30pm booth dah mula sibuk. Dan aku berpeluang menyaksikan satu permandangan yang selama ni tak pernah aku tengok. Orang berbaris panjang nak tengok show! Selama ni aku layan show Wings atau Search kat Planet Hollywood tak pernah dapat tengok benda2 ni pasal aku antara orang terawal yang akan masuk ke dalam untuk carik port paling best depan stage tapi kali ni atas tanggungjawab tugas, aku banyak berlegar-legar depan venue. Time ni la ko dapat jumpa orang merengek-rengek tak nak beratur tapi nak beli tiket. Dah kasi tau awal2 suruh beli sebelum show tapi ramai yang tak makan saman kan? Jadi, sendiri tanggung la..hahaha

Show terpaksa dilewatkan 15 minit dari waktu asal pukul 11.00pm. Bukan pasal Wings datang lambat tapi pasal memang ramai yang tak dapat tiket lagi. Menjelang pukul 11.00pm baru semua yang beratur dapat masuk ke dalam. 11.20pm brader2 Wings muncul di "main entrance " untuk masuk dan HRC dah bergegar dengan sorakan..hahaha. Intro drum di mainkan...

"Puisi Merdeka" menjadi lagu pertama yang dimainkan. Untuk verse pertama lagu ni, suara Awie tak kedengaran. Crowd dah mula bising. Rupa-rupanya mikrofon tak berfungsi. Tapi dengan sepantas kilat benda ni dapat setel. Cuma agak geram pasal crowd yang duduk depan stage macam "blur" ngan lagu ni. Takkan nak harap lagu "Syakila" untuk opening brader? Lain kali nak layan show kasi study habis album2 band tu..hahaha. 3 lagu bersambung untuk pembukaan. "Jerangkap Samar" menyusul diikuti dengan "Rantai". HRC bergegar malam tu!

Dalam show ni ada beberapa kejutan. Kejutan pertama apabila Wings memainkan slow ballad dari album "Jerangkung Dalam Almari". Intro drum memulakan lagu dan petikan bassist Eddie mengesahkan yang "Aku Pun Tahu" berkumandang. Time ni aku memang tak keluar lagi dari dalam HRC. Rare beb! Kejutan kedua apabila Wings memainkan ke dua-dua medley di dalam album "Naga Kramat". Medley ReUnion dan Medley Istimewa juga berkumandang. Kira dapat gak la dengar "Amok" dan "Anugerah" secara "live" walaupun hanya secara medley.

Sepanjang showcase berlangsung kira-kira 17 lagu dimainkan untuk show yang pada mulanya dijangka selama 1 jam 45 minit. Tapi lepas encore "Peronda Jaket Biru", mereka tidak terus berhenti malahan "Biarkan Berlalu" dimainkan. Akhirnya tepat pada pukul 1.20am show ditamatkan.

Secara keseluruhan Wings masih mengekalkan "title" sebagai Raja Rock n Roll tempatan. Mungkin agak keterlaluan bagi sesetengah pihak dan mungkin akan ada yang membandingkan mereka dengan Search tapi selepas apa yang berlaku di Bukit Kiara pada 1 Ogos, aku rasa akan ramai yang bersetuju dengan pendapat aku. Cuma pada aku Awie kena buat sesuatu dengan diri beliau memandangkan pada pertengahan show, kedengaran suara beliau dah "rabak" dan pancit di sana sini. Tapi attitude rock n roll tetap terserlah..hahaha

untuk show kali ini, Grousiey Printhouse juga telah mengeluarkan t-shirt edisi khas "Up, close & personal" dan ianya teramat "limited" dengan harga RM 45.00. Untuk pembelian awal akan disertakan juga dengan "wooven bag" bercetak logo Wings. Untuk makluman lanjut mengenai t-shirt dan tempahan sila layari www.sayap2wings.com.


(Kredit gambar: Mohd. Firdaus Sanudin)


Biru + Merah = Purple Haze!



Ahad ni selain dari "Garuda" yang bakal melanggar Kafe Batu Keras, nun jauh di Kota London juga akan ada satu pertandingan hebat. Singa "Biru" London bertemu Burung Kop "Merah" Liverpool. Siapa yang tumbang? Tunggu!! Team "Merah" aku ni baru kena hempok dengan batu besar kat Itali itu hari. Elok gak bebudak Fiorentina tu ajar dorang camne skill nak lepas perangkap offside. Boleh dorang try buat kat dalam liga pulak..huhuhuh.

Tapi berita gembira sket ialah Agger dah boleh main malam ni. Aku dah naik lemas dengan Skrtel. Harap body je macam seladang tapi selalu bocor..huhuhu. Susah Skrtel nak amik tempat Hyypia tu. Harap-harap Agger menjadi ahad ni.

Team lawan aku dengar penjaga goal masih bercuti raya "paksa" kan? Tapi team macam tu apa ada hal. Duit berjuta. Kalau Dino Zoff main bola lagi mau dibelinya Dino Zoff tu buat ganti sementara kan? hehehe

Tapi aku yang memang benci ialah orang yang provoke team lawan sampai nak tukar-tukar ejaan. Chelshit la, Liverfool la, Arsengal la, Manure la..huh. Macam budak tak sekolah pulak kan? Dah jadi macam zaman ejek-ejek nama bapak masa sekolah dulu. Stupid! Sokong rilek-rilek sudah la. Bukan ko ada taruk betting dalam Barclays tu. Paling-paling idak pun takat main dalam Fantasy Football. Nak dengar ada taruk betting kat bookie-bookie Europa? Jangan harap la..huhuhu

Apa-apa hal, ahad ni aku kat Kafe Batu Keras. Jadi kalau ada antara korang yang datang ahad ni, jangan segan carik aku kat booth sayap2wings. Boleh kita lepak-lepak sementara menunggu "Garuda" terbang masuk pukul 11.00 malam. Dengar kata non-stop action malam tu. Siap ada 2 medley lagi. Satu keras & satu slow. Juga lagu-lagu "rare" yang tak pernah perform Live. Ada betui ka? Kasi tengok sendiri la...hahaha

p/s: Klip dari filem Mat Som. Best giler balik kenduri terus layan konsert Wings. Amacam ahad ni, balik open house terus gi Hard Rock bawak awek / bini sekali? hehehe



Tempoh bertenang..

Syawal dah nak masuk 14 hari kan? Hujung minggu ni confirm semua busy dengan jemputan rumah terbuka. Memang dah jadi trend sekarang semua orang buat rumah terbuka. Kawan2 aku yang dah berkahwin pun tak terkecuali "join the club".

Apa sebab sekarang ni ramai orang berlumba-lumba buat rumah terbuka ek? Satu yang aku perasan sekarang ni budaya kunjung-mengunjung atau "beraya" dah makin susah nak nampak. Mungkin masih ada yang buat. Tapi kebanyakan memang dah tak buat. Masing-masing lebih suka duduk rumah tunggu orang datang beraya padahal orang yang ditunggu-tunggu tu pun berpikiran sama macam mereka. Jadinya, memang dah susah nak nampak orang beraya sekarang ni.

Jadi, satu kaedah yang paling senang, buat rumah terbuka kan? Set satu hari, keluar bajet lebih, panggil semua kawan2, jiran2, saudara-mara dan ..tada! Rumah tu akan penuh dikunjungi serentak oleh jemputan yang datang..hahaha. Senang. Tak payah nak bersusah-susah tunggu orang datang selama 30 hari dalam bulan Syawal ni. Nak buat program sendiri pun senang.

Tapi..meriah ke beraya macam ni?

p/s: Lagu selingan untuk entry ni. Tiada kaitan dengan entry di atas. Tapi sound gitar Brian May sedap kan?