Pergi tak kembali..

Post ini aku dedikasikan kepada gitarist merangkap sahabat merangkap president sayap2wings merangkap jiran aku dari kecik...Roshizal bin Ibrahim.

Arwah telah pergi meninggalkan kita semua pada tanggal 25 Jun 2009 jam 7.15 pagi ketika dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang. Arwah pergi meninggalkan seorang balu dan dua orang anak perempuan yang berumur 9 dan 7 tahun. Punca kematian beliau seperti tertera di permit menguburkan adalah "acute myocardial infarction" ataupun "kegagalan tisu jantung berfungsi"

Aku berkongsi banyak benda dengan arwah. Beliau gitarist band kami, "panca sukma" yang nama band ni cukup tak berkenan oleh abang Eddie Wings. "Tukar la nama band tu"..tu antara kata-kata abang Eddie kepada aku & arwah. Akhirnya arwah membawa bersama nama "panca sukma" tu ke liang lahad.

Arwah adalah pengasas "sayap2wings" ketika di Multiply dulu. http://sayap2wings.multiply.com adalah hasil usaha arwah seorang yang bertujuan untuk menyatukan seluruh peminat Wings untuk sama-sama berkongsi info tentang band kesayangan mereka.

Setelah melihat perjumpaan "tidak rasmi" sayap2wings ketika showcase "21st anniversary wings @ Planet Hollywood" pada 18 Mei 2008, dengan idea beberapa orang kawan termasuk aku, akhirnya tertubuhlah satu kelab peminat yang rasmi yang siap dengan ROC yang diberi nama "sayap-sayap wings" dan beliau telah dilantik sebagai president kelab.

Arwah juga mempunyai blog, mari merepek bersama ijan tapi tak la selalu update. Mungkin kekangan kerja dan tugas selaku president kelab yang mengekang beliau untuk serius dalam dunia blog.

Hari ni, aku kehilangan seorang gitarist, seorang president, seorang sahabat dan juga seorang jiran yang memang banyak jasa dan budi terhadap aku. Semoga damailah kau di sana, di sisi Tuhan..


Perempuan mimpiku..

Masih dalam mood nak upload lagu. Tengah buntu nak menulis. Jadi kat sini aku tampalkan lagi satu lagu hasil kolaborasi bekas vokalis kumpulan Yes, Jon Anderson dengan sifu instrumental Kitaro. Tak sangka bila aku google dulu, Kitaro yang main part gitar solo dalam ni. Memang betul-betul otai..hehehe

p/s: Untuk MK, sila jangan membuat andaian yang bukan-bukan ye..hahaha

Apa khabar sekarang?

Rasa macam nak update blog kan, tapi malas nak tulis panjang-panjang..hehe. jadi untuk sementara ni, bolehlah layan video klip ni dulu kan? Lagipun hari ni tetiba je layan Roxette pulak dalam kereta. Habis sepanjang-panjang jalan dari Amcorp Mall ke rumah layan Roxette lebih-lebih lagi lagu ni..hahaha

Kad jemputan ke syurga..


Sambil-sambil aku menyelongkar ke dalam Facebook kawan-kawan aku (mengular diwaktu kerja..haha) aku ternampak satu status kawan aku "iklan ulangan: mencari calon suami untuk adik saudara. Ciri-ciri..Islamik, berkerjaya tetap, TIDAK MEROKOK, dan mempunyai ciri-ciri lelaki soleh"..lebih kurang ayat tersebut berbunyi.




Ni bukan gambar calon ye..

Serius aku takde masalah dengan ayat tersebut. Cuma apabila komen-komen aku dibalas (aku bertanyakan samada adakah petunjuk atau indikator untuk menentukan bahawa seorang lelaki itu ada ciri-ciri lelaki soleh) dan jawapan yang aku terima."Soleh..guna reasonable man test..yg jaga segala ibadahnya dan boleh bimbing isteri..bukan isteri bimbing dia! Dan dia tak nak yang masuk panggung wayang...lebih-lebih lagi kelab malam!"



Hm..mungkin itu pilihan atau kehendak tuan punya badan tapi..adakah lelaki soleh tak pernah masuk kelab malam & panggung wayang? Maknanya lelaki yang masuk dua tempat ni x berapa nak soleh ke? Menarik jugak label yang diberikan..




Terus aku teringatkan artikel yang aku baca dari blog ini. Tentang perkahwinan campur. Mungkin takde kena mengena tapi ntah la..rasa cam related lak pada aku..
(Gambar diambil dari Google)

Maskara datang lagi..


Setelah puas dengan dentuman pedal drum yang menggila dan bunyi-bunyian gitar yang membingitkan (Konsert Lefthanded & Kawan-Kawan, Search berbaloi-baloi & Wings showcase @Bale@13), pada sabtu lepas (6/9/09) aku telah menghadiri satu acara hiburan santai yang hampir tidak menggunakan eletrik yang telah diadakan di Rumah Pena.



MASKARA showcase: Dewangga Sakti Terbang ke Dada Langit Sambil Meronggeng Pak Abdul adalah nama pertunjukan "separa akustik" yang ditunjangi oleh group "hip" tradisional Dewangga Sakti. Persembahan ini dibawakan khas oleh Sindiket Soljah yang dianggotai oleh blogger-blogger terkenal seantero Malaya yang cuba untuk menyuntik elemen "pop" kedalam seni.

Memandangkan ini adalah MASKARA kedua aku, maka aku berjaya men"jebak"kan sorang lagi mat kental rock untuk menemankan aku ke sini. Kitorang sampai dalam jam 7.45pm dimana ketika itu sesi "soundcheck" masih lagi berlangsung. Dah macam konsert rock kitorang buat. Mesti mau layan soundcheck dulu..haha. Oh ya,untuk yang tak pernah mendengar MASKARA selain dari alat solek perempuan tu, MASKARA bermaksud "Malam Baca Naskhah Sindiket Soljah & Kawan-kawan yang Kita Suka". Jangan tanya aku macamana "R" tu boleh muncul. Ianya kekal jadi misteri sampai ke hari ini.



(Terpengaruh dengan konsert rock, mesti mau carik setlist & mintak autograf..haha)

Sesampainya kami di Rumah Pena, Pipi dan Vovin kelihatan berlegar-legar di sekeliling kawasan Rumah Pena sambil meletak tin yang dilabel "Ini tempat membuang puntung rokok". Setelah bersalam lebih kurang dan berborak sambil menyental bihun goreng, kami pun masuk kedalam untuk mencari "spot" paling ngam nak layan "konsert" nanti..hehe.



(Sama seperti di atas)


Show bermula tepat jam 8.45pm dimulai dengan "mantera" pembuka gelanggang oleh Attokz Dikulgai yang membaca mantera dalam bahasa jawa aku rasa (pasal aku bukan Jawa). Setelah mantera pembuka gelanggang dibaca, maca tampillah 6 jejaka Dewangga Sakti mengambil tempat dengan lagu pembukaan "Mabuk Kepayang" dari album mini mereka yang juga bertajuk "Mabuk Kepayang". Kemudian diikuti dengan lagu yang dialihbahasa dari bahasa Minang yang bertajuk "Kaparingo".


Persembahan Dewangga Sakti dibahagi kepada 2 set dimana ada "Intermission" iaitu sesi makan-makan dan membeli buku-buku. Dari apa yang aku dengar sohseh-sohseh "chikadungSLR" (chick pakai tudung bawak kamera DSLR) yang MASKARA kali ini tidak sehebat MASKARA yang sebelum-sebelum ini dari segi sambutan penonton. Mungkin penganjuran yang jatuh ketika waktu cuti sekolah yang banyak menjejaskan sambutan penonton ke acara MASKARA ini.



Secara keseluruhan Dewangga Sakti telah menyampaikan sebanyak 14 buah lagu dan satu lagu tambahan yang di"sumbangkan oleh jeneral Soljah, Naga. Yang membuat aku bertambah kagum, berbanding MASKARA Filem pendek yang aku hadiri dulu, kali ni pihak penganjur berjaya menambah menu jamuan untuk pengunjung yang hadir TANPA mengenakan apa-apa bayaran kepada pengunjung. Ketika ditanya kepada seorang Soljah dimana dana untuk jamuan didapati, beliau menjawab dari jualan buku dan t-shirt mereka. Memang betul-betul DIY!


Diharapkan acara MASKARA ini dapat diteruskan hingga bilangan ke 1000 sebagai alternatif hiburan kepada generasi baru kita (cheh!). Sindiket Soljah boleh dikunjungi di pautan ini dan blog Dewangga Sakti di pautan ini. Akhir kata, berilah sokongan kepada produk Sindiket Soljah demi untuk menjamin menu chicken chop pada MASKARA yang akan datang..hahaha


Setlist 6/6/09


1st Set

1. Mabuk Kepayang
2. Kaparingo
3. 4 Dara
4. Selembar Kasih
5. Lemak Manis
6. Zapin Budi
7. Tertinggal Kapal Angkasa

Intermission

8. Belayar Ke Pulau Jauh (Untuk mencipta Rekod Dunia)

9. Aladom

10. Tudung Periuk

11. Wajah Kesayangan Hamba

12. Sukiyaki

13. Sway

*Lagu bonus Blues Naik Kereta oleh Naga

14. Joget Johor