Perang Suci?

Setelah hampir 4 tahun ditayangkan, baru malam tadi aku berpeluang menonton Kingdom Of Heaven. Cerita arahan Ridley Scott ni yang berdurasi hampir 2 jam (versi dvd lanun aku la) banyak membuatkan aku tertarik dengan cara pengolahan cerita dan fakta yang digunakan dalam cerita ini.

Seperti yang semua tahu, cerita ini berkisahkan tentang "crusades" pada abad yang ke 12 ataupun perang salib dalam bahasa melayu. Versi filem ini ialah ketika Salahuddin Al-Ayubi menawan kembali Jerussalem (Baitulmaqdis) dari tawanan tentera kristian yang dipimpin oleh Baldwin IV.

Memang ada unsur fiksi yang dimasukkan dalam cerita ini iaitu watak Balian Of Ibelin, iaitu watak seorang tukang besi yang diangkat menjadi kesatria menggantikan bapanya, Godfrey Of Ibelin yang mati akibat kecederaan ketika bertempur.

Yang menjadikan aku tertarik pada filem ini ialah pertama mengenai pengolahan jalan ceritanya. Pengarah seboleh-boleh cuba menyeimbangkan antara Islam dan Kristian dimana hampir tiada plot2 yang berat sebelah kepada Kristian. Kadang-kala aku merasakan pengarah lebih berat membantai Kristian terutama melalui dialog Balian, Raymond (Count of Tiberias) dan dialog Baldwin IV, King of Jerussalem.

Juga ditunjukkan antara sifat2 penduduk pada waktu tersebut dimana Saladin, tentera Saracen (Islam) dan penduduk Kristian saling berbalas-balas ucapan salam (yang mengingatkan aku kepada Ayat-Ayat Cinta). Memang aku berpendapat dari dulu tiada masalah untuk mengucapkan salam kepada bukan Islam dan tiada maslaah juga untuk menjawab salam mereka. Ini akan lebih menunjukkan perpaduan dan toleransi yang kuat antara agama (dan kaum).

Juga detik-detik ketika Salahuddin memberi syarat kepada tentera Kristian untuk menyerah diri tanpa mencederakan walau satu nyawa dari pihak Kristian juga membuatkan aku teruja dengan pendirian pengarah. Memang jarang berjumpa dengan karyawan barat terutama Kristian yang cuba mengupas sesuatu isu atau perkara berkaitan agama tanpa prejudis kepada agama yang satu lagi.
Dalam menu "special features" didalam DVD aku ni, ada dokumentari mengenai "History vs Hollywood", "Inside The Film", dokumentari tentang "Crusades" dari pandangan cendekiawan barat dan temubual bersama pengarah dan pelakon. Memang banyak fakta-fakta menarik yang cuba dikupas oleh pengarah dan juga barisan crew beliau. Antaranya tentang kostum yang digunakan, buku-buku dan juga dokumen-dokumen yang dirujuk semata-mata untuk memberikan gambaran yang hampir tepat untuk suasana sebenar yang berlaku 1000 tahun dahulu dan juga lawatan ke istana peninggalan Kristian di Sepanyol untuk mengkaji kesan sebenar peperangan antara Islam & Kristian.
Pada pandangan aku, filem ini antara filem yang boleh dijadikan rujukan santai (kerana unsur-unsur fiksi yang dimasukkan) untuk kita lebih memahami tentang perang salib antara Islam & Kristian yang pernah berlaku dahulu. Memang sukar untuk mendapatkan buku-buku rujukan yang boleh digunakan untuk merujuk kepada peristiwa ini yang tidak berat sebelah kepada barat lebih-lebih lagi yang telah diterjemah kepada bahasa melayu. Kesimpulannya adalah hampir mustahil lagi untuk mewujudkan sebuah negara dimana Kristian, Islam dan Yahudi dapat hidup dengan aman seperti mana dialog Godfrey dalam filem ini "A new world. A better world. A kingdom of conscience...a kingdom of heaven"

"I have given Jerusalem my whole life. First, I thought we were fighting for God. Then I realized we were fighting for wealth and land. I was ashamed." - Raymond of Tiberias

(kredit gambar: rottentomatoes.com)

Holy Wars - Megadeth
Brother will kill brother
Spilling blood across the land
Killing for religion
Something I dont understand

Fools like me,who cross the sea
And come to foreign lands
Ask the sheep,for their beliefs
Do you kill on gods command?

A country thats divided
Surely will not stand
My past erased,no more disgrace
No foolish naive stand

The end is near,its crystal clear
Part of the master plan
Dont look now to israel
It might be your homelands

Holy wars

Upon my podium,as the
Know it all scholar
Down in my seat of judgement
Gavels bang,uphold the law
Up on my soapbox,a leader
Out to change the world
Down in my pulpit as the holler
Than-thou-could-be-messenger of god

Wage the war on organized crime
Sneak attacks,repel down the rocks
Behind the lines
Some people risk to employ me
Some people live to destroy me
Either way they die

They killed my wife,and my baby
With hopes to enslave me
First mistake...last mistake
Paid by the alliance,to slay all the giants
Next mistake...no more mistakes
Fill the cracks in,with judicial granite
Because I dont say it,dont mean I aint
Thinkin it
Next thing you know,theyll take my thoughts away
I know what I said,now I must scream of the overdose
And the lack of mercy killings

Taufan Jiwa..


Musim-musim sekarang ni, memang antara musim yang aku paling tak suka. Musim yang selalu buat aku termenung, mengeluh dan kadang-kadang rasa marah dengan diri sendiri..

(Presence)

Bila tengok orang ada, timbul sejenis perasaan dengki, jaki dan seribu satu macam rasa yang akhirnya membuatkan aku geram kepada orang yang dah memilikinya..




(Ummagumma Double Disc)

Kadang-kadang aku terpikir.."adakah agak terlambat untuk aku memulakan?" "Mungkin orang yang ada dia lebih awal dari aku. Jadi harga yang perlu dibayar juga tidaklah semahal sekarang". Pada yang lewat seperti aku, kadang-kadang harga yang perlu dibayar hm..boleh mengusutkan kepala..


Tapi apakan daya..kerana perasaan suka dan sayang, akan ku turutkan juga la kan. Bak kata orang tua-tua..alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal jalan..er maksud aku lengan..


(Wish You Were Here Inside Lyrics)
Eh..korang pikir apa?....

.
.
.
.
.

Hehehe..kalau korang ingat aku dah kemaruk nak kawin, perasaan kemaruk tu belum sampai tahap kronik lagi beb. Maksud aku tak la sampai aku perlu berkeluh-kesah dalam blog ni..hehe. Yang aku maksudkan sekarang hobi baru aku ni. Misi untuk melengkapkan koleksi Pink Floyd & Led Zeppelin sebelum penghujung tahun 2009. Yang aku sasarkan hanya cakera padat. Tapi bila dah terjebak dengan LP ni..hmm "no turning back" kata Poetic Ammo dalam iklan Digi beberapa tahun lepas..

p/s: Boxset "Warchest" tu sekadar prop tambahan. Aku pinjam dari kawan. Jadi kalau nak review pun rasa macam tak ngam la plak kan? Tunggu jadi milik aku baru aku review ok?


This morning I made the call
The one that ends it all
Hanging up, i wanted to cry
But dammit, this wells gone dry
Not for the money, not for the fame
Not for the power, just no more games
But now I'm safe in the eye of the tornado
I can't replace the lies, that let a 1000 days go
No more living trapped inside
In her way I'll surely die
In the eye of the tornado, blow me away
You'll grow to loathe my name
You'll hate me just the same
You wont need your breath
And soon youll meet your death
Not from the years, not from the use
Not from the tears, just self abuse
Who's to say, whats for me to say...be...do.
Cause a big nothing it'll be for me
The land of opportunity
The golden chance for me
My future looks so bright
Now I think I've seen the light
Can't say what's on my mind
Can't do what I really feel
In this bed I made for me
Is where I sleep, I really feel
I warn you of the fate
Proven true to late
Your tongue twist perverse
Come drink now of this curse
And now I fill your brain
I spin you round again
My poison fills your head
As I tuck you into bed
You feel my fingertips
You wont forget my lips
You'll feel my cold breath
Its the kiss of death
(Tornado Of Souls)





Ayam ku terlepas..



Semenjak dua menjak ni kepala dah tepu dengan muzik rock. Konsert Awan Biru berbaloi-baloinyer, konsert 2 generasi untuk dana Mercy, konsert itu, konsert ini. Rasa macam dah penuh kepala ni dengan bunyi "distortion", "metal zone" dan kadang-kadang "wah" pedal & double pedal drum..hehe.


Jadi bila kepala dah tepu ni, aku suka kembali pada asal balik. Maksud aku muzik melayu klasik. Bukan klasik ala2 Tanjung Puteri atau Seri Mersing, tu 'oldies' sangat..hehe. Tapi muzik melayu dalam era 70an ke 80an. Dan feveret aku dah tentu lagu ni..


Luruihlah jalan payakumbuah
Babelok jalan kayu jati
Dima ati indak karusuah
Ayam den lapeh ai ai
Ayam den lapeh

Mendaki jalan padangsikek
Basimpang jalan ka biaro
Di ma ati indak kamaupek
Awak takicuah ai ai
Ayam den lapeh

c/o

Sikucapang sikucapeh
Saikua tabang saikua lapeh
Tabanglah juo nan karimbo
Oilah malang juo

Pagaruyuang batusangka
Tampek bajalan urang baso
Duduak tamanuang tiok sabanta
Oi takana juo ai aiAyam den lapeh


Kita layan lagu ni dulu sebelum aku nak post benda2 serius seperti status terkini koleksi Pink Floyd & Led Zeppelin aku ke (hihihi), permasalahan duni muzik rock di gugusan tanah melayu ni ke dan lain-lain lagi la..


p/s: Sori aku tak dapat nak upload VC lagu ni pasal opis aku terlalu "baik" untuk kasi staff dorang access untuk buka youtube. So, korang google sendiri la ek?


p/s: Kalau ada yang membaca posting ni berketurunan Minang dan sudi untuk menterjemah lirik di atas, sangat dialu-alukan.

Lefthanded & kawan-kawan..

Nak besar klik kat gambar..
Bila kali terakhir korang layan konsert rock dekat stadium Negara? Aku mengaku aku tak pernah layan konsert kat sana hatta konsert dangdut sekalipun. Jadi inilah masa dan ketikanya kalau korang nak merasa & mengimbau kembali zaman2 dimana konsert rock tengah happening suatu ketika dulu yang banyak ditaja oleh syarikat2 rokok. Inilah konsertnya.

Bukan setakat nak merasa feel konsert. Kalau korang kenal Shima masa lagu teringin, dan korang kata dia minah pop korang silap. Asal2 minah tu dulu memang rock. Dia ganti Ella dalam The Boys. So kalau nak tengok macamana gayanya Shima rockin' memang kena datang konsert ni.

Dulu ada 1 band kat Malaysia yang ada dua gitarist & dua2 main guna tangan kiri, Scandals. Opie & Abu Zamin aka Joe dalam band tu dulu. Tapi sekarang ni kalau korang nak tengok macamana gayanya dua gitarist kidal berentap di zaman LRT dan komuter ni, memang korang kena datang konsert ni.

Jadi apa lagi? Tak cukup 3 sebab aku kasi kenapa korang kena datang konsert ni? Dah, pegi amik diari, IPhone, Blackberry korang & catit dalam reminder..

Tarikh konsert : 30 May 2008
Tempat konsert: Stadium Negara
Masa konsert : 3pm - 11pm
Tiket konsert: RM 48, RM 68, RM 88

p/s: Sapa nak amik gambo poster kat atas tu untuk promote kat blog memasing dialu-alukan. Tak yah nak mintak2 kebenaran.