Poyo...


Takde ape nak ditulis. Cuma lagu di bawah ditujukan kepada sesiapa yang terasa diri tu poyo..hahaha

One day i'm walking down the street
Then i say this guy his pant so big
Even a barrel can be fit..

He thinks that he so cool
The way he walk nothing but like a bull
So i told him "hey mister, you look so fool"

You so harm that no one ever wanna play with you
You so smelly worst than a doggie..

Even my baby dont wanna play with you..

(Subculture - Love N Hate)

Sekolah..



Seingat aku dah hampir 11 tahun aku tinggalkan alam persekolahan. Tapi tak bermakna lepas sekolah je aku ni tak kena "sekolah". Ya..sekolah, disekolahkan. Satu kata baru aku rasa dalam prosa kata bahasa pasar yang bermaksud "membasuh", menegur" dan yang seangkatan dengan nya.

Baru-baru ni pun aku kena sekolah gak. Sebenarnya bukan secara terus dekat aku la. Pasal salah satu band yang aku turut terlibat dalamnya (ya..aku ada banyak band. Pasal tu aku letak bassist untuk disewa..haha). Aku ditegur perihal pemuzik zaman sekarang (?) yang terasa berbeza dari dulu. Ala..kalau nak dibandingkan dengan dulu, bukan pemuzik je yang berbeza kan?

Tapi teguran tu memang buat aku belajar sesuatu. Sifat yang patut ada dalam band tapi paling susah nak ada sampaikan menjadi salah satu sebab kenapa band-band boleh "bungkus" awal.. Sifat rendah diri sesama ahli band. Kalau diperhatikan banyak band-band kat dunia ni yang berpecah pasal ahli band tak respek satu sama lain. Tak payah la nak kasi contoh, korang boleh google sendiri ataupun beli la mana-mana majalah muzik.

Teguran tu jugak membuka mata aku bahawa jangan sesekali merendah diri tak tentu pasal bila orang dah bagi kredit @ pujian kepada usaha / permainan kita. Macam yang di tegur oleh akak tu (ya, yang menegur aku ni seorang perempuan dan sudah agak lama dalam arena muzik bawah tanah), kalau band dulu2, tiap kali abis je sesi jamming dalam studio, masing2 akan bertepuk tangan tanda menghargai usaha ahli2 lain yang sama2 jamming. Usaha dorang mencarik lagu (kalau main lagu orang) ataupun keringat yang dah dorang kasi untuk menjayakan sesi jamming-menjamming tu.

Apa2 pun, aku dah dapat satu pengajaran baru untuk band2 aku yang akan datang ni. Merendah diri tu sifat mulia tapi kalau tak kena tempat, memang boleh menjengkelkan sebahagian orang. Respek kepada orang / band mate juga elemen penting untuk mengekalkan band. Dan masing-masing pun kena buat homework jugak la untuk mendapatkan perasaan hormat dari kalangan bandmates lain tu kan?

Berehat sejenak..


Duri dan Api (versi penuh) Oleh: Usman Awang.

(Catatan pertama Pemogokan Utusan Melayu 1961)

Kawan-kawanku yang dikasihi
semalam kita bertemu kembali memadu
ketika matari tersangkut di bumbung Utusan
kita tidak menerima apa yang ada
yang dinyanyikan dari hati berani
dengan tangan erat pada keyakinan terpahat.

Lagu kita telah mulai terpancar
ah, anak-anak manisnya menjenguk keluar
di luar udara basah dalam matari bersinar
semua antara kita lagunya seluruh sedar.

Apakah ini derita diri dalam mimpi
atau kenyataan pahit menjepit
pada lena yang membunuh kehidupan manusia
sama-sama kita rangkul menguji diri.

Kawan-kawanku yang dikasihi
di belakang duri di depan api
kita tidak bisa undur lagi
duri dan api, tajam panasnya kita hadapi.

Semalam dan hari ini kita diukir sejarah
di mana air mata tidak akan menitik tumpah
sebab kebulatan ikrar tak akan berubah
apa saja kita tidak akan menyerah.

p/s: Sajak ini telah ditulis oleh Allahyarham Sasterawan Negara Usman Awang ketika berlakunya mogok di Utusan Melayu pada tahun 1961.

p/s: Nak tau apa sebab mogok, sila google sendiri..

Strange Kind Of Woman..


Haha..tajuk punya la gempak. Macam tajuk lagu Deep Purple kan? Tapi aku bukannya nak cerita pasal lagu ni. Tapi pasal satu lagu yang semenjak-2menjak ni terngiang-ngiang je dalam telinga aku.

Lagu yang aku maksudkan lagu Search.."Gadis Misteri". Lagu yang dimuatkan dalam album "Fenomena", album studio Search yang ke empat selepas "Cinta Buatan Malaysia", "Langit & Bumi" & "Mentari Merah Di Ufuk Timur". Lagu ni juga dimuatkan dalam filem "Fenomena" lakonan Ramona Rahman (sapa tak ingat scene berkemban tu?), M.Nasir, Amy & Gang & ramai lagi.

Aku suka part lagu ni masuk. Masa scene tu, Ramona Rahman berdiri dekat tepi pantai sambil pakai baju kurung. Memang ayu dia masa tu..hehe. Part muzik jangan cerita la. Memang part solo Hillary tu (Hillary main untuk 7 lagu dalam album ni walaupun dinamakan Kid sebagai pemain gitar untuk album ni) betul-betul berhantu. Lirik pulak betul-betul puitis & tak la menceritakan pasal jiwang-jiwang cintan tak ingat punya. Tak macam lirik-lirik lagu melayu dizaman kejatuhan muzik melayu (semua lagu cinta cerita nak mati pasal putus cinta..)

Hm..memang lagu ni plak boleh dikatakan agak nak kena dengan aku sekarang ni..cheh. Tengah mencari-cari ni kan..hahaha. Sapa la gadis misteri tu..hahaha


Lama aku menanti
Musim saling berganti
Mekar layu di pinggir waktu

Lama aku mencari
Dalam angan dan mimpi
Keujudan jadi misteri

Berbagai bentuk dan rupa
Bermain di ruang mata
Siapa gerangan agaknya

Bukakanlah jendela asmara
Moga terang kamar cintaku
Moga langit menyeri warna
Mewarnakan taman hatiku

Berilah daku sayap impian
Bawalah daku di awangan
Bukakan jendela asmara
Untuk ku kenal resah dan rindu




p/s: Thanks to kdeternity for this wonderful clip..