Senandung Rakyat Bawahan..

Piliharaya dah habis, bentuk kabinet pun dah selesai, lantik menteri besar pun sudah. Konsert Toto pun dah setel..hehe. Sekarang masa untuk kita bersenandung. Kawan aku yang suruh aku carik lagu ni. Asalnya lagu ni memang antara lagu yang dah bertaraf "malar segar" dalam arena klasik rock dan sangat "berpuaka" pada jiran aku kerana tiap kali lagu ni dimainkan atau disimpan dalam komputer dia, mesti hard disk komputer tu akan rosak..hohoho.

Tapi kali ni versi yang dipersembahkan memang sangat2 lain. memang seperti yang semua tahu, kekuatan si freddy mercury tu ialah vokal dia (ada artikel mengatakan range vokal dia boleh sampai 5 oktaf). Tapi apa akan jadi kalau yang menyanyi tu bukan sorang je yang suara macam dia, tapi sepuluh orang? huhu. Giler kentang kan?


Rukunegara


1. Kepercayaan kepada Tuhan

2. Kesetiaan kepada RAJA & Negara

3. Keluhuran Perlembagaan

4. Kedaulatan Undang-Undang

5. Kesopanan & Kesusilaan

-DAULAT TUANKU-

Toto Live @ Cyberjaya Pt 2..


Tiap2 konsert mesti ader part medley kan? Toto punyer part medley tak perform full band. Dorang cuma hantar Greg Phillinganes untuk perform lagu2 dorang. Memang sebelum tu Steve Lukather ada janji akan main semua lagu2 top dorang. Tapi aku memang tak bajet dorang cuma perform guna keyboard je..huhu. Antara lagu yang dorang cover ialah Georgy Porgy, Child’s anthem, 99, Lion, I’ll be over you (frust betul aku pasal dorang tak perform lagu ni full band).

Lepas je habis part medley tu, semua ahli band masuk. Dorang nyanyi intro satu lagu ala2 ballad sket..nyanyi lak ramai2. aku memula memang tak dapat nak cam, pastu terus excited pasal dorang perform “Rosanna”. Terus aku buat video guna Cybershots aku..huhu. memang gempak la dorang. Pastu show dorang bersambung dengan lagu Pamela, Gift of Faith, Hold The Line, I Supply The Love dan banyak lagi lagu (aku lupa tajuk..huhu)


Masa lagu Hydra, dorang buat long arrangemnet. Kasi can kat Simon Philips bantai drum dia..huhu. memang mamat tu tua kutuk tak sedar diri. Tepat giler timing dia rolling drum dia. Memang tak der miss la..

Habis solo drum, dorang perform 2 lagu lagi sebelum semua orang hilang. Crowd dah jerit “encore”..aku tau tu semua taktik je.. Kemudian dorang semua masuk & Simon Philip ketuk drum untuk intro lagu berjantu dorang. Ape lagi..”Africa” la..

Penonton tak kira bangsa berjoget & menyanyi sama2 dorang. Cuma yang tak ngam, bukan David Paitch yang bawak lagu tu. Tapi Greg Phillinganes sampai kantoi2 main. Lukather jeling semacam je..hehehe. Ending lagu tu pun sempoi. Memula Bobby Kimball keluar, kemudian Tony Spinner, kemudian Leland Sklar, pastu Lukather, Greg Phillinganes & last skali, Simon.. Lukather sempat menjerit “Thanks for tonight, see you in Japan”..huhu..Jauh tu..

Show habis pukul 11.20 pm. Memang terasa syok sangat dapat tengok band pujaan perform depan mata. Tapi kesimpulan yang aku dapat, dorang tak buat konsert malam tu. Dorang Cuma jamming je. Ye la... maybe dengan line-up yang x cukup, dorang malas nak bersungguh-sungguh sangat. Tapi itu pun dah cukup gempak. Ape lagi kalau dorang henjut full-blast. Sound jangan cerita la. Dah nama orang putih, sound macam depan muka je keluar. Benda ni aku rasa orang Malaysia kena kaji. Sound artis Malaysia tak macam sound dorang2 ni la..

Antara artis2 yang aku perasan sebelum, semasa & sesudah konsert, Yazid Search & his family, Faizal Tahir (tak habis2 dengan Queen dia), Dada (percussionist n Sessionist), Mustafa Kamal (??) pelakon tu..Joey BPR (kalau tak silap la). Ni je yang aku perasan. Maybe ader lagi cuma aku tak nampak @ jumpa.

Toto meninggalkan Malaysia dengan seribu satu pengalaman yang best (pada aku la, orang lain aku tak tau). Tak rugi aku beli tiket RM 150.00. Walaupun mahal, tapi memang puas sangat. Cuma lagi puas kalau dorang dapat main I’ll be Over You, I Won’t Hold You Back, While My Guitar Gently Wheeps..huhu. Giler lah..

p/s: Kepada Deaf.. Sori la kalau ulasan aku ni tak memenuhi kriteria ko. Aku kena menuntut dengan ko ni cara2 nak buat ulasan konsert yang dahsyat macam ko selalu buat tu..huhuhu

p/s1: Untuk tengok gambar2 sekitar konsert klik sini.

p/s2: Untuk klip Rosanna & Africa, klik tajuk lagu.

Toto Live @ Cyberjaya Pt 1..

Petang 15 hb aku dapat miscall dari satu no. aneh. Aku return call. Rupanya amoi dari Axces Ticket nak maklumkan kat aku yang Toto punya konsert kena delay pasal kargo barang2 dorang baru sampai dari Bandung petang tu. Dah hilang sikit keterujaan aku. Tapi memikirkan yang nak datang ni Toto, semangat tu datang balik..huhuuh


Petang 16 hb, aku keluar rumah pukul 5.30 pm. Bawak kereta dengan tenang melalui hiway KESAS, potong ikut Puchong terus menuju Cyberjaya. Sampai sana dalam pukul 6.30 pm. Sempat lepak dengan member aku yang kerja kat
EDS Cyberjaya cerita pasal politik pasca PRU 12..hahaha.

Pukul 8.30 pm, aku dah terpacak dekat lokasi konsert. Orang baru nak ramai. Maklumlah, hujan baru berhenti di Cyberjaya. Parking kereta agak becak dengan tanah merah. ada guest band dari Kuala Lumpur, cover unplugged lagu2 EWF, Toto & 2-3 band yang aku dah lupa. Sempat sambar t-shirt konsert untuk Tour 2008 ni. Agak frust pasal tulisan kat belakang untuk venue di Malaysia ni Stadium Negara. Apsal dorang tukar lokasi, teman pun tak boleh nak jawab..

Toto muncul pukul 9.20 pm, lewat 20 minit. Tapi tak kesah. Dorang band yang memang dah ada nama yang gah (satu dunia kenal tu). Aku pernah tunggu dekat 1 jam lebih untuk tengok konsert band tempatan (cerita lain). Kira kalau lewat bawah ½ jam tu, memang boleh dimaafkan sangat2 la..

Walaupun aku ni memamng minat dengan dorang, tapi aku ni bukan la dalam kategori kipas-susah-mati. Kira banyak lagu2 dorang yang aku tak tau @ tak der. Jadi tajuk openning song dorang memang aku tak tau. Tapi memang groove giler la..dah nama Toto kan? Lagu ketiga dorang baru dorang main lagu dalam album “Falling in Between”. Tak silap King Of The World. Kemudian Steve Lukather membebel @ buat lawak. Mamat tu memang bagus la. Pandai dia handle crowd (dah nama otai kan?). Kemudian terus masuk lagu “Falling In Between”...

10 days to go..


Yess..akhirnya dengan pertolongan sorang kawan, aku berjaya mendapatkan tiket ni. Setelah puas aku meranjau dekat "Fantasy" Sunway Pyramid & "Rock Corner" Subang Parade, rupanya tiket ni dijual di Mid Valley , OU & outlets2 yang rata2 semua dekat KL. Nasib member aku ni memang kerja setentang dengan Mid Valley (hint:gomen).

Tapi..hasil tinjauan aku, promosi konsert ni tenggelam dek kerana promosi "festival" muzik yang satu lagi tu. Hm.kenapa la dorang ni tak leh nak pakat buat hari lain2. Black Sabbath & Megadeth masa live dekat Singapore pun boleh buat hari lain2. Harap2 konsert ni tak kena tangguh or for the worst, kena kansel akibat tak ramai penonton. Dah macam "dream come true" nak tengok dorang ni main live depan mata ni..huhu

Apa-apa pun..."I heard drums echoing tonight.."

p/s: Apsal tiket ni macam sempoi sangat? Takkan la band "otai" dari luar tiket konsert macam tiket separuh akhir Piala Malaysia je?..hmmm