Menunggu..

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Lama jugak tak kemaskini blog ni. Asyik sebok baca blog orang lain je..Blog sendiri diabaikan...haha. Bulan Mac ni banyak benda2 yang agak struggle yang aku kena buat. Meeting, test, exam, audit, reunion, kenduri, pengapit, jamming..fuh. Banyak kan benda2 yang aku kena buat sepanjang bulan Mac ni?

Penutup bulan ni aku kena ngadap test plak. Maklumlah..pelajar tua. Atau dalam bahasa terhormat "pelajar matang"..haha. Satu pebenda pun aku tak studi lagi ni. Adus..kengkadang tak la rasa cam busy sangat. Tapi ntah. Maybe aku yang tak reti nak handle masa tu.

Weekend ni pun band projek aku nak mula 1st jam. Nak tengok kot2 line-up ni boleh pergi jauh. Huh..susah nyer nak menubuhkan sebuah kumpulan "Rawk" ni..bak kata kawan aku. Dah berapa kali tukar-tukar line-up. masih tak boleh nak dapat yang best.

Semenjak pandai guna Torrent ni, makin tak menang tangan aku ni..haha. Macam-macam benda nak di download. Heroes aku hampir complete..Cuma pasal kat US pun cerita tu bulan April baru main balik, maka aku nyer proses download pun menjadi tergantung. Betty aku pun hampir lengkap. The L Word, tok sah cerita. Dengan konsert lagi..pergh..heaven..hehe.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

A heart that's full up like a landfill,

a job that slowly kills you,

bruises that won't heal.

You look so tired-unhappy,

bring down the government,

they don't, they don't speak for us.

I'll take a quiet life,

a handshake of carbon monoxide,

with no alarms and no surprises,

no alarms and no surprises,

no alarms and no surprises,

Silent silence.

This is my final fit,

my final bellyache,

with no alarms and no surprises,

no alarms and no surprises,

no alarms and no surprises please.

Such a pretty house

and such a pretty garden.

No alarms and no surprises,

no alarms and no surprises,

no alarms and no surprises please.

Keluh-kesah..

Peringatan: Entry di bawah mungkin agak serius nadanya dan mungkin melibatkan perkara-perkara yang agak sensitif..


Malam tadi ada sesi bersembang didepan rumah aku. Aku dan member aku. Tengah syok2 kami bersembang, datang seorang member lama yang dah lama tak lepak sekali. Selepas bersalaman, sambil menghidupkan "Benson & Hedges"nya (dan tak lupa menghulurkan sebatang kepada kawan aku, bukan aku pasal aku dah 6 bulan kata TAK NAK!), beliau mula bercerita...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Cerita beliau dimulakan dengan cerita beliau telah bertukar tempat kerja (sebelum ini beliau bekerja di Sri Kembangan sebagai penjual kereta2 Proton). tempat kerja baru beliau sekarang di kawasan Setapak, sebagai penjual kereta Honda pulak. Baru mula bekerja tak sampai sebulan.

Cerita beliau dimulakan juga dengan masalah kekurangan duit yang dialami olehnya. Cerita tentang perkembangan jualan kereta di Malaysia yang dikatanya terlalu teruk (dari kaca mata seorang penjual kereta). Cerita tentang kehidupan di negara ini yang semakin hari semakin mendesak penduduknya tentang duit. Cerita tentang "cerita" yang diceritakan kepada beliau oleh seorang yang bekerja "menaiki-motor-besar-warna-putih" setiap hari tentang kenapa orang2 seperti beliau mengambil rasuah. Juga cerita beliau tentang seorang kawan didalam industri penjualan buku mengenai betapa "susahnya" hidup sebagai penjual buku (salesman syarikat) untuk menyara bini dan 5 orang anak dengan gaji yang "ado-ado". Sehingga tergamak memberi nasihat yang "berguna" kepada beliau dengan mengatakan "sekarang ni, apa benda yang boleh disebat, kau sebat.." Hingga kepada cerita terakhir kawan aku yang menceritakan kerana kesusahan yang dialami sekarang, beliau mula berjinak-jinak bermain "nombor ekor" dengan kadar yang konsistan, setiap Sabtu sebanyak RM 10.00 sekali main.

Kawan aku ni juga sempat memetik sebuah hadis yang bermaksud (tafsiran bebas) "sesungguhnya kemiskinan itu membawa kepada kekufuran" untuk membawakan maksud ke"relevan" an beliau bermain nombor ekor. Itu belum dikira dengan caci-maki dan herdikan beliau kepada pihak pengurusan negara dan partai politik kerana kesusahan yang menimpa beliau sekarang.

Apa yang aku dapat lihat pada masalah kawan aku ni ialah DUIT. Hm..punca kemurungan 90% manusia (baca: lelaki) kat dunia ni berpunca dari duit gak. Dari apa yang diceritakan, memang tu la masalah besarnya. Sampaikan sanggup bermain nombor ekor untuk menunjukkan tanda marah pasal beliau takde duit (pelik kan?)

Masalah duit ni memang masalah yang aku rasa sampai akhir zaman pun tak boleh nak selesai. Memang ada bermaca-macam cara orang buat duit sekarang ni. Dengan MLM la, pelaburan internet la, kerja part-time la..tapi tu la. Pada aku kat dunia ni kalau nak kaya, nak berjaya, uasaha kena lebih. Aku pun tak setuju dengan apa yang aku dengar tapi..orang tengah marah. Apa yang kita cakap pun, dia bukannya dengar.

Aku cuma boleh kata kat beliau supaya redha dengan apa yang ada dan tak perlu nak tunjukkan tanda protes kita sampai main nombor ekor. lagi la nampak bodoh. dah la takde duit, main nombor pulak tu. Komen aku pasal negara ke, politik..takyah kot aku nak tulis. Cuma ye la..aku harapkan semoga satu hari nanti member aku tu akan ok balik dari problem duit beliau ni..

Money, get away.
Get a good job with good pay and youre okay.
Money, its a gas.
Grab that cash with both hands and make a stash.
New car, caviar, four star daydream,
Think Ill buy me a football team.

Money, get back.
Im all right jack keep your hands off of my stack.
Money, its a hit.
Dont give me that do goody good bullshit.
Im in the high-fidelity first class traveling set
And I think I need a lear jet.

Money, its a crime.
Share it fairly but dont take a slice of my pie.
Money, so they say
Is the root of all evil today.
But if you ask for a raise its no surprise that theyre
Giving none away.

Huhuh! I was in the right!
Yes, absolutely in the right!
I certainly was in the right!
You was definitely in the right. that geezer was cruising for a
Bruising!
Yeah!
Why does anyone do anything?
I dont know, I was really drunk at the time!
I was just telling him, he couldnt get into number 2. he was asking
Why he wasnt coming up on freely, after I was yelling and
Screaming and telling him why he wasnt coming up on freely.
It came as a heavy blow, but we sorted the matter out



*gambar dari majalahkereta.com
*lirik lagu: Pink Floyd - Money

Going To Kluang..


Spent my days with a woman unkind,
Smoked my stuff and drank all my wine.
Made up my mind to make a new start,
Going to california with an aching in my heart.
Someone told me theres a girl out there
With love in her eyes and flowers in her hair.
Took my chances on a big jet plane,
Never let them tell you that theyre all the same.
The sea was red and the sky was grey,
Wondered how tomorrow could ever follow today.
The mountains and the canyons started to tremble and shake
As the children of the sun began to awake.
Seems that the wrath of the gods
Got a punch on the nose and it started to flow;
I think I might be sinking.
Throw me a line if I reach it in time
Ill meet you up there where the path
Runs straight and high.
To find a queen without a king;
They say she plays guitar and cries and sings.
La la la la
Ride a white mare in the footsteps of dawn
Tryin to find a woman whos never, never, never been born.
Standing on a hill in my mountain of dreams,
Telling myself its not as hard, hard, hard as it seems.

Aku baru lepas dari minggu-minggu yang "acah-acah" busy. Dengan kerja kat opis, kena pergi bengkel pulak, dengan kelas lagi..huuu..Gila sebok aku ni..hahaha.

Trip kali ni aku kira trip pertama ke Kluang selepas peristiwa banjir besar tempoh hari. Tapi aku tak ambil gambar-gambar kesan banjir tu. Gambar-gambar ni mana yang aku ingat nak tangkap, aku amik je..hehe

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Bandar Kluang sewaktu mendung..

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Deretan kenderaan kerajaan.."Kereta gomen.."

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Jangan ingat nak naik kereta api je kena pergi sini..

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Layan kopi la..

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tempat yang betul kalau nak minum kopi kat Kluang..